You are currently browsing the tag archive for the ‘lesbian’ tag.

Irshad Manji dan para penganjur kehadirannya di Malaysia tidak akan berhenti untuk terus mencari ruang untuk dia bersuara dan menghebahkan idea kesongsangannya selagi dia berada di Tanah Air kita.

Pemantauan pelbagai tweet dan akaun FB akhir-akhir ini mengambarkan terdapat pelbagai usaha untuk mengetengahkan pengaku dan pengamal Lesbian ini supaya mendapat ruang juga setelah pembatalan ceramahnya di Universiti Monash kampus Sunway dan pelancaran buku di The Borders diumumkan.

Terdapat ramai yang bertanya dalam tweet mereka ke Irshad Manji dan Ezra Zaid (penerbit buku beliau) ingin mengetahui program alternatif – antaranya:

  • @moe_tayeb: have u confirmed where the event will be held?
Dan terdapat beberapa jawapan dari Irshad [@IrshadManji] menunjukkan memang ada perancangan yang bersungguh sedang dirancangkan:

  • Not yet. Will tweet out time/day/location as soon as we have them. Stay tuned… [8:37 PM – 17 May 12]
  • Then stay tuned! Hope to announce public event v soon. Hugs from KL [9:00 PM – 17 May 12]

Mereka juga mengambil-kira isu-isu keselamatan hasil dari pengalaman mengerunkan mereka di Indonesia minggu lepas:

  • That’s why we work on detailed security plan b4 we can announce details of any public event. [10:30 PM – 17 May 12]

Malah, Irshad juga memaklumkan bahawa beliau telahpun membuat rakaman dengan radio BFM 89.9 yang bakal disiarkan dalam masa terdekat.

Maka, untuk ini, sesiapa yang mempunyai akses dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti segera bertindak untuk menyekat siaran tersebut.

Terbaru, Irshad turut bercadang untuk menyertai “Occupy Dataran”.

Sama-sama kita terus pantau dan halang sebarang ruang untuk pemikiran Liberal yang menghina Islam ini dari terus berlegar di Malaysia.

************
Posting berkaitan sebelum ini:

Paparan skrin dari akaun twitter @EzraZaid

Berikut adalah siri tweet dari @EzraZaid (Pengarah ZI Publication – anak Zaid Ibrahim) sebentar tadi yang mengumumkan pembatalan kedua-dua program yang dirancangkan untuk pengaku lesbian, Irshad Manji.

  • 1/8 MEDIA ADVISORY: Public events cancelled, Irshad Manji calls for free expression in Malaysia.
  • 2/8 Borders Books and Monash University have cancelled the public events of Muslim reformist Irshad Manji.
  • 3/8 Borders cites security concerns while Monash claims it has been pressured by Selangor Islamic Religious Department.
  • 4/8 “I am committed to holding one public discussion in Kuala Lumpur before my team and I leave,” Manji says.
  • 5/8 “We know that many Malaysians want to hear about Muslim reform and moral courage.
  • 6/8 … because my Twitter feed has received nothing but support from Malaysians since I announced my arrival in KL yesterday.”
  • 7/8 Manji’s publisher, KL-based ZI Publications, is trying to find a public space in which Manji can discuss her book, Allah, Liberty & Love
  • 8/8 Her previous book, The Trouble with Islam Today, is officially banned in Malaysia. -ENDS-
 Namun, kita masih tetap berwaspada kerana mungkin mereka akan terus anjurkan program ini dengan secara tertutup – baca para 4/8 dan 7/8:
“I am committed to holding one public discussion in Kuala Lumpur before my team and I leave,” Manji says.
ZI Publications, is trying to find a public space in which Manji can discuss her book, Allah, Liberty & Love
Teruskan pemantauan saudara.
************
Posting berkaitan sebelum ini:

Pagi ini saya telah mengirim satu emel ke pihak Monash University (melalui pegawai – En. Mohamed Ismail – nama dihebah sebagai “contact person” untuk program ini dalam poster sebelah). Emelnya:

Menurut laman: http://www.timeoutkl.com/books/events/Irshad-Manji-on-Moral-Courage-Creating-Space-for-Islam-and-Democracy nama tuan adalah diberikan sebagai contact person untuk program ini.
Kami yang mewakili NGO-NGO Islam membantah sebarang penganjuran yang menghina Islam seperti ini. Orang seperti Irshad Manji tidak sepatutnya diberi ruang untuk berterusan menghina Islam apatah lagi di negara kita ini.
Mohon pihak saudara batalkan program dan maklumkan kepada orang ramai pembatalan program ini dengan kadar SEGERA.

Selang beberapa minit beliau menjawab dengan kenyataan berikut dengan memetik kenyataan ketua jabatan:

There is no seminar scheduled by the School of Arts and Social Sciences on Friday 18th May 2012.

Our seminar schedule can be viewed athttp://www.sass.monash.edu.my/research/SASS-Seminar-Series.html

Prof James Chin, Head, School of Arts & Social Sciences

Dan saya dengan segera membalas emel tersebut dengan:

Terima kasih atas jawapan segera dari emel saya. Saya telah beberapa kali cuba menelefon tuan – tetapi tiada jawapan.
Memandangkan maklumat sudah tersebar luas yang mengatakan adanya satu program yang akan dilangsungkan di Monash University – termasuk di”Tweet”kan oleh penulis buku sendiri (http://twitter.com/#!/IrshadManji) dan Ezra Zaid (penerbit buku), adalah wajar pihak Monash mengambil inisiatif dengan membuat kenyataan penafian secara terbuka.
Ini dari tweet EzraZaid – penerbit buku: http://twitter.com/#!/EzraZaid/status/202621725110833152/photo/1 – poster program di Monash.
yang membuat pengumunan majlis ini sejak 16 Mei lagi – termasuk memasukkan nama tuan sebagi contact personnya.
Penafian yang lebih bersungguh dan terbuka amat perlu bagi mengesahkan jawapan emel tuan.
Semoga sama-sama kita banteras gejala songsang ini dari bumi tanah air kita.

Saya tidak pasti apakah benar-benar tiada majlis seumpama itu di Monash University kampus Sunway atau ianya suatu helah. Ini memandangkan hebahan program ini telah tersebar luas dalam pelbagai media, blog, tweeter dan Facebook.

Atau apakah program ini sememangnya akan diadakan tetapi tidak dianjurkan oleh Monash hanya sekadar mengguna premisnya sahaja. Apa-apa pun kita tetap bantah.

Hebahan yang saya ambil pada imej di atas adalah antara yang awal menyiarkannya termasuk menyebut nama pegawai, no. telefon dan emel yang boleh dihubungi (tidak mungkin Monash tidak terlibat?). Kalau pihak Monash University bersungguh dalam menafi penganjurannya, mereka MESTI membuat penafian yang lebih bersungguh.

Seorang sahabat yang kanan dalam profesion guaman turut menegaskan bahawa pihak universiti MESTI membuat laporan polis kerana ada pihak yang cuba mencemar nama baik universiti.

Sama-sama kita bantah penganjuran program sebegini dan menyeru pihak penguatkuasa mengambil langkah segera mengawal program ini dan yang seumpamanya dari diadakan di tempat kita. Wajar juga orang yang menghina Islam seperti ini tidak kita benarkan berada di tanah air kita.

Setelah program asalnya yang dijadualkan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, dibatalkan (baca) dan pelancaran bukunya yang dijadualkan diadakan di The Borders Garden Mall ditangguh, nampaknya para pendokong gerakan Liberal dan LGBT tetap ingin mengadakan program untuk Irshad Manji ini.

Poster terbaru penganjuran program Irshad Manji di Monash University-Sunway Campus, Jumaat ini.

Terkini, menurut twitternya  @IrshadManji, program yang asalnya dirancang untuk diadakan di UIA itu kini diubah ke Monash University, kampus Sunway pada 18 Mei 2012 hari Jumaat ini.Dengan mengambil pengalaman pahit beliau di Indonesia (baca: Irshad Manji is having second thoughts on Indonesia), kini para penganjur menggunakan strategi menganjurkan program tersebut diwaktu orang lelaki Islam menunaikan solat Jumaat. Dengan mengadakan majlis tersebut di waktu ini mungkin mereka beranggapan bahawa umat Islam tidak mampu bantah.

NGO-NGO mesti bangkit dan bertindak segera untuk membantah serta membuat laporan polis agar penganjuran majlis yang menghina Islam, Allah dan Rasul ini dibatalkan.

Bukan sahaja pengaku Lesbian ini menghina Islam dalam buku dan tulisan beliau, dia juga turut menghina Islam dalam tweetnya terbaru apabila ada yang bertanya apakah majlis ini tidak memberi ruang untuk orang lelaki kerana ianya diadakan waktu solat Jumaat:

Hi, selamat datang 🙂 Is this event catered to Muslim women only? Not gonna include Muslim men? Friday prayer is at about 1-2pm

Irshad Manji menjawab:

All r welcome, sis. Quran does not prescribe how/when 2 pray. This is man-made, not God-given, ritual. Salaam from KL.

Kami menyeru pihak yang berwajib menyekat dan membatalkan program yang menghina Islam ini. Pihak JAIS mungkin dapat melakukan sesuatu memandangkan ianya dilakukan di dalam kawasan yang JAIS mempunyai bidang kuasa mutlaknya.

Sama-sama kita bantah!

Semalam, beberapa SMS diterima bertanya pasal satu program yang dianjurkan oleh sebuah institut di bawah naungan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang memberi ruang seorang pengaku lesbian (self-confessed lesbian) untuk berucap tentang Islam. Dan di beberapa dinding FB rakan-rakan pun tercatat maklumat program tersebut disusuli dengan pelbagai bantahan.

Program yang disebut sebagai “Moral Courage: Creating Space for Islam and Democracy” itu dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity (IIMU) dengan kerjasama ZI Publications. Penceramahnya didatangkan dari benua Amerika Utara, Irshad Manji, yang secara terangan telah mengaku bahawa beliau seorang pengamal seks songsang.

Namun, lewat malam tadi, dilaporkan bahawa program ini telah dibatalkan oleh Rektor UIAM sendiri. Alhamdulillah. Dan tahniah kepada Prof Zaleha di  atas tindakan berani sedemikian.

Program tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada hari Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30 – 3.30 petang di Mini Auditorium, Level 2, UIAM Gombak.

Yang menjadi persoalan ialah bagaimana sebuah universiti Islam yang perdana di Tanah Air kita pada mulanya memberi ruang untuk musuh Islam yang mempromosi seks songsang LGBT, menghina Rasulullah s.a.w. serta memperlecehkan Al-Qur’an dalam tulisan, buku dan ceramah-ceramahnya.

Dengan berbaik sangka bahawa pembuat keputusan di IIMU dan UIAM tidak maklum dari awal tidak boleh dengan mudah melepaskan tanggung-jawab untuk memeriksa terlebih dahulu penganjuran majlis sebegini terlepas pandang. Mungkin ada elemen-elemen yang bersubahat dengan musuh Islam di dalam UIAM itu. Mungkin ada elemen yang terpengaruh faham pasca modenisme dengan mendokong pemikiran “sapere aude”. Ini wajar dihalusi oleh pentadbiran UIAM.

Musuh-musuh Islam tidak akan henti dari membawa pelbagai program yang bertujuan meracuni pemikiran dan budaya umat kita di sini. Ini menepati saranan yang diunjurkan oleh Cheryl Benard (Rand Corporation) dalam buku “Civil Democratic Islam”.

Syabas diucapkan oleh sekalian pencinta Islam yang mengambil sikap waspada dan sentiasa bersiap-siaga memantau aktiviti-aktiviti musuh Islam.

Panganjur bersama program tersebut pula, ZI Publications Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim (ZI) – yang beralamat di B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan Satu, Pju 3, Petaling Jaya, Selangor, 47410. Kini, syarikat tersebut dimiliki dan diurus oleh anaknya Ezra. Ramai yang sangat arif berhubung pendirian Zaid dalam hal-hal begini. Zaid juga penyokong tegar IFC dan kumpulan Artikel 11.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid