You are currently browsing the monthly archive for June 2017.

Tulisan Jenayah Seks dan Vatican Nampaknya Tidak Berkesudahan semalam bukan tujuan untuk memberi gambaran bahawa Kristian Katolik, yang tokoh agama mereka tidak boleh kahwin, sahaja yang terlibat dengan jenayah seks. Tokoh-tokoh Kristian Protestant termasuk yang evangelis pelampau pun sama sahaja.

Saya senaraikan sebahagian (sebahagian sahaja) tokoh-tokoh besar Protestant yang pernah dilaporkan oleh media.

1. Jimmy Swaggart.

Ini tokoh yang pernah berdebat dengan Almarhum Ahmad Deedat pada tahun 1986 di Amerika Syarikat. Swaggart adalah pengasas Jimmy Swaggart Ministries dan  Jimmy Swaggart Bible College (World Evangelism Bible College, or WEBC) juga bersama dengan Assemblies of God. Mempunyai pengikut yang ramai dan rangkaian siaran TV (Sonlife Broadcasting Network – SBN) yang disiar di 74 saluran TV seluruh pelusuk dunia serta telah menulis lebih 20 buah buku Kristian.

Swaggart pernah ditangkap pada tahun 1989 kerana beberapa kesalahan trafik termasuk memandu dalam keadaan mabuk. Ketika ditahan dia bersama dengan seorang pelacur.

2. Ted Haggard

Seorang bekas pastor di New Life Church, Colorado Springs, Colorado, kemudian memulakan gereja sendiri Association of Life-Giving Churches dan pernah mengetuai National Association of Evangelicals (NAE). NAE adalah pertubuhan gabungan 45,000 buah gereja dengan ahli mencapai 30 juta.

Skandal dia dengan pelacur lelaki (gay) dan dadah terdedah pada tahun 2006. Dan itu adalah permulaan kepada beberapa pendedahan yang lain.

3. Marcus Lamb

Lamb adalah seorang Pentacostal dan menjadi President dan CEO Daystar Television Network, rangkaian Kristian kedua terbesar di dunia dengan 90 stesen TV yang mencapai 100 juta rumah di Amerika Syarikat. Kisah skandal dengan tiga orang wanita pekerja di gerejanya terdedah pada tahun 2010.

4. Jim Bakker

Bakker adalah dari Assemblies of God dan pengasas Praise the Lord (PTL) dihadapkan ke mahkamah dan dihukum penjara atas pelbagai kesalahan termasuk membayar seorang pekerja gereja USD350,000 untuk menyembunyikan hubungan sulit mereka.

Ketika skandal ini terdedah, pada tahun 1988, dia bersama isterinya Tammy Faye, berada pada kemuncak dengan pusatnya, Heritage USA,  berkeluasan 2,200 ekar bagaikan suatu resort.

5. Tullian Tchividjian

Cucu kepada televangelis terkenal Billy Graham yang juga mempunyai “megachurch”di bawah Presbyterian Church of America turut terlibat dengan skandal seks. Paderi Tchividjian terpaksa meletak jawatan selepas mengaku terlibat skandal dengan isteri orang lain. Asalnya mangsa pergi berjumpa paderi tersebut untuk nasihat agama tetapi berakhir dengan paderi tersebut mengambil kesempatan meniduri isteri orang.

Hinggakan majalah Kristian “World” menerbitkan satu artikel “Why so many scandals” – seolah-olah memperakui gejala dan masalah skandal seks dalam gereja melibatkan tokoh-tokoh ternama evangelis mereka sendiri.

Ramai lagi. Malah CNN pernah menyiarkan satu rencana “Famous pastor scandals” menyenarai tujuh orang tokoh agama Kristian dengan pelbagai skandal.

Satu portal DailyBeast pernah menyiarkan satu rencana bahawa bukan isu adanya paderi Kristian terlibat dengan skandal, tetapi berapa ramaikah yang terlibat dengan skandal seks – “The Real Christian Preacher Sex Scandal Is How Many There Are

Mana perginya slogan “righteousness” lah yang mereka laung-laungkan? Mereka asyik bercakap tentang moral tinggi “Unashamedly Ethical” – apakah mereka hanya tuduh orang lain sahaja dan apabila kena kepada evangelis-evangelis mereka sendiri mereka cuba sembunyikan?

Baca lagi yang berkaitan:

Hari ini kesemua media utama dunia melaporkan jenayah seks yang dilakukan oleh Kardinal George Pell. Penjawat paling tinggi di Vatican yang dihadapkan ke mahkamah setakat ini.

Vatican memang tidak boleh dipisahkan dari jenayah seks.

Saya tidak mahu ulas panjang, cukuplah dengan petikan akhbar di bawah dan artikel-artikel sebelum ini yang telah pernah saya ulas berkaitan jenayah seks dan Vatican.

Berkaitan:

 

Ini adalah suatu fakta yang memang memeningkan kepala para strategis pembangkang. [sebaliknya ini adalah kelemahan strategis kerajaan untuk ambil kesempatan]

Bloomberg melaporkan bahawa pada suku kedua 2017, RM adalah dianggap sebagai matawang yang terbaik dari kalangan matawang-matawang Asia. Walaupun pada satu ketika RM dilihat sebagai di antara matawang yang paling teruk terkesan dengan kenaikan nilai USD namun tren kebangkitan ini sudah pun dikesan oleh para penganalisa di awal tahun ini. Ianya sudah pun dilaporkan oleh Bloomberg pada 13 April 2017.

Moga nanti kita akan dapat lihat perubahan ini berterusan dan kembali pulih seperti sebelum ini.

Dalam laporan hari ini, 29 Jun 2017, Bloomberg menyatakan bahawa

The Ringgit Is Easily Asia’s Strongest Currency

“The ringgit is easily the strongest major Asian currency this quarter, climbing more than twice as much as the next best, the Chinese yuan”

Laporan tersebut mengatakan bahawa pelabur kini fokus kepada Malaysia kerana kekuatan ekonomi dan tidak melihat skandal-skandal yang dihadapi kerajaan.

Perkembangan seperti ini  sudah pasti tidak menyenangkan pasukan pembangkang yang sentiasa memberi gambaran buruk tentang kedudukan ekonomi negara. Hasutan dan fitnah mereka tidak disokong oleh fakta tentang keadaan sebenar ekonomi negara yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Kelemahan jentera kerajaan pula kadang-kadang lambat dalam menjawab isu dan mengguna fakta sebegini untuk memberi penerangan yang berkesan bagi menangkis hasutan dan fitnah pembangkang.

 

Putrajaya – Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) tidak  mencadangkan  untuk mengharamkan evangelism sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini kerana cadangan sekatan sedemikian akan mengundang kritikan antarabangsa dan imej Malaysia sebagai peneraju wasatiyyah akan terjejas teruk. Persepsi negatif antarabangsa ke atas Malaysia seperti inilah yang pihak radikal seumpama ini mahukan. Kita perlu bijak mengelak perangkap mereka.

[sumber: menara.my]

Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Dato’ Prof Mahamad Naser bin Disa, ketika dihubungi pihak menara.my turut menambah “IKSIM yakin dan percaya, peruntukan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada di Malaysia adalah cukup untuk memastikan semua pihak dilindungi daripada sebarang ancaman daripada mana-mana kumpulan ekstremis.”

“Jika di pihak Islam, kita berhadapan IS yang menyalahgunakan nama Islam dan jihad, di pihak Kristian dalam negara pula kita berhadapan dengan ancaman pelampau-pelampau CS (Christian State). Banyak media telah mendedahkan tentang hasutan kumpulan evangelis radikal yang sejak hampir 20 tahun menyemai semangat untuk menukar negara Islam Malaysia kepada Negara Kristian. Ini termasuk hasutan menjadikan Malaysia sebagai negara “Golden Gate” yang bernaung di bawah kuasa pemerintahan Jerusalem sepertimana yang sering diucapkan oleh pelampau evangelis dari dalam dan luar Negara.”

Beliau turut menambah, semua pihak harus melihat isu ini dari aspek ketidaksetiaan kumpulan radikal seperti ini kepada Raja-raja, Negara, Undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Semua tiang seri pengukuh keamanan negara ini, sedang cuba dihakis oleh pelampau evangelis dari hati sanubari penganut-penganut agama Kristian Malaysia.

Dato’ Prof Mahamad Naser menegaskan, majoriti penganut Kristian di Malaysia, bersikap moderat. Tetapi, lewat kebelakangan ini, apabila adanya pergerakan kumpulan radikal dengan bantuan dan pembiayaan yang masuk keluar ke dalam negara, suasana pengamalan agama di kalangan mereka-mereka yang moderat, kian terhakis dari hari ke hari.

“Tan Sri Joseph Kurup, Menteri yang bertanggungjawab berkenaan perpaduan kaum dan agama dalam negara, harus memimpin golongan-golongan Kristian Moderat untuk turut sama memulau dan tidak bersekongkol dengan kumpulan radikal evangelists ini sebagaimana juga orang-orang Islam memulau dan tidak mahu bersekongkol dengan pengganas IS. Mereka perlu mempromosi ketaatan dan  kesetiaan kepada Raja dan Negara serta memupuk semangat hormat kepada Perlembagaan terutamanya aspek kedaulatan Islam. Hanya dengan sikap begini Negara akan dapat terus menikmati kedamaian dan kesejahteraan.”

Maka semakin dekat dengan Raya, semakin orang kita zahirkan bahawa sebenarnya mereka sudah tidak kisah dengan GST. Lihatlah cara mereka berbelanja. Lihatlah mereka bazirkan dengan berdentum-dentum membakar wang ringgit.

[baca: Bantah GST! Tapi Apa Itu GST? … eerrr …]

Tidak memperduli kerehatan jiran tertangga. Setiap kali dentuman yang kuat akan ada pulak alarm kereta yang berbunyi. Sesetengah dentuman yang terlebih kuat ada pula alarm rumah berbunyi kerana gegaran yang terlalu kuat dirasakan.

Bukan sahaja mengganggu, ada pulak mangsa yang cedera sama ada akibat diri sendiri, tetapi yang lebih menyedihkan apabila akibat kerja orang lain.

Bacalah kes mercun bebola yang dibaling dalam bakul motorsikal awal Ramadhan lalu. [Hilang dua jari dibaling mercun] Tidak pasal-pasal orang lain jadi mangsa. Sepanjang hayat seorang yang mengharapkan mata pencariannya dari hasil kerja tangannya menderita bukan sahaja fisikal tetapi tidak lagi dapat lakukan satu-satunya usaha pendapatannya melalui pertukangan.

Orang-orang Cina pun terkejut melihat yang asalnya budaya mereka tetapi orang Melayu yang melebih-lebih membakar duit. Orang Cina pun terkejut kerana sebenarnya budaya mereka itu adalah untuk halau hantu. Tetapi orang kita main mercun macam hantu.

Tiada keperluan untuk orang Melayu membakar mercun dan membazir duit jika keluhanan harga barangan menjadi mahal kononnya akibat GST yang mereka sembang dan sembangkan. Malah di bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya inilah kita lagi nampak sebenarnya mereka banyak duit untuk dibazirkan.

Kita belum bercakap pasal hotel dan restoran penuh dengan orang berbuka puasa buffet Ramadadhan yang kebanyakkannya dengan harga yang tidak masuk akal untuk orang masih tetap melangganinya dalam keadaan yang dikatakan masyarakat merungut harga barang mahal.

Mereka hanya sibuk bermusim untuk Goods and Services Tax (GST) tapi mereka tidak pula kisah Gerakan Sesat Tauhid (GST yang satu lagi).

Posting dulu: Pembaziran Mercun dan Bunga Api Yang Tidak Berkesudahan

Fahaman dan aktiviti sesat Liberalisme Ani Zonneveld nampaknya berterusan. Dia masih berterusan dalam zulumat. Masih belum puas dengan gerakan sesat Muslim for Progressive Values (MPV) berpusat di Los Angeles, dan mempunyai pengikut di Malaysia di bawah Komuniti Muslim Universal (KMU), kini melaksanakan aktiviti sesat terbarunya di Berlin pula [baca laporan Utusan di bawah].

Dalam pada umat Islam bersungguh melakukan ibadah mengejar Laylatul Qadr di akhir Ramadhan ini, ada pula golongan yang mengaku Islam tetapi lari dari cahaya Nur Islam ke kegelapan zulumat Liberalisme.

Kita doakan agar diri kita dan ahli keluarga kita terpelihara dari hasutan Liberalisme dan fitnah akhir zaman ini. Kita juga doakan semoga Allah memberi pertunjuk kepada mereka agar keluar dari zulumat.

Baca kumpulan sesat MPV di bawah pimpinan Ani Zonneveld – Liberal Yang Sesat – Terjemahkan Bacaan Selari Dalam Solat.

Baca juga: Imam-imam Wanita Liberal Sesat – Kenali Mereka

Baca seterusnya laporan Utusan:

Masjid di Berlin sebar fahaman Islam liberal

BERLIN 17 Jun – Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal.

Terbaharu, sebuah masjid yang membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dibuka semalam di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.

Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.

“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.

Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.

Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golo­ngan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim.

Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam ber­ucap dalam bahasa tempatan.

Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.

Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid. – AFP

dipetik dari © Utusan Melayu (M) Bhd

Putrajaya: Segala bentuk pengucapan atau perbuatan yang mengganggu kedaulatan negara perlu diambil tindakan segera. Ini tidak terbatas kepada gerakan evangelikal sahaja, bahkan setiap yang berbentuk sedemikian termasuk ekstremisme agama.

[sumber: Menara.my]

Menurut Dato’ Prof Mahamad Naser Bin Disa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) lagi, jika gerakan sebegini dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan tidak diendahkah, ia akan berkembang menjadi marak hingga tidak mampu dikawal dan mudah bagi mereka untuk memusnahkan kedaulatan negara. Justeru kanun keseksaan di dalam bab VI menjadikan sebarang bentuk niat, hasrat atau perancangan untuk menumbangkan kedaulatan negara sebagai satu kesalahan berat, maka ia tergolong dalam kesalahan keselamatan di bawah SOSMA.

“Perbuatan seperti menganjurkan program ‘Johor for Jesus‘, dan ‘Jerusalem Jubilee‘ kelihatan seperti perhimpunan keagamaan biasa sahaja tetapi terbukti dari penganjuran-penganjuran yang lepas, ucapan-ucapan penganjur dan pemimpin evangelis serta pekikan yang dilaungkan oleh para hadirin amat bersifat ekstrim dan jelas menyatakan hasrat dan tekad untuk meruntuhkan kedaulatan negara dan digantikan dengan kedaulatan Kingdom of God yang berasaskan agama Kristian,” tegas Dato’ Mahamad Naser.

“Penggunaan ayat-ayat seperti ‘Kingdom of God‘ dan ‘Allow me to chase away the enemy in this city‘ memberi gambaran seolah-olah bukan Kristian dan umat Islam khasnya adalah musuh kepada penduduk Kristian di negara ini, maka akan berlaku penyingkiran dalam pemerintahan negara dan pemerintahan sedia ada akan digantikan dengan satu bentuk pemerintahan berasaskan agama Kristian,” ujar beliau lagi.

Beliau juga berpendapat bahawa, pelindung dan pembela pelampau gerakan evangelis perlu merenung masa depan negara dan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan dan keselamatan negara tidak boleh digadai hanya atas nama hak kebebasan beragama jika mereka memahami erti sebenar seruan-seruan melampau ekstremis evangelis tersebut.

“Kenyataan-kenyataan mereka perlu dinilai dari perspektif keselamatan dan kedaulatan negara yang jelas tergolong dalam bab VI kesalahan-kesalahan terhadap negara seperti yang tersenarai dalam beberapa seksyen kanun keseksaan. Kita tak perlukan undang-undang baru untuk menyekat pelampau evangelis ini, kita hanya perlu kuatkuasakan undang-undang sedia ada dengan menyiasat kenyataan-kenyataan yang mereka buat,” kata Dato’ Prof Mahamad Naser lagi.

Tegas Dato’ Prof Mahamed Naser, Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan Ketua Negara adalah Yang Di-Pertuan Agung yang bersumpah untuk memelihara agama Islam. Maka sebarang usaha untuk mengubah pemerintahan negara ini kepada sesuatu yang terang dan nyata menyanggahi Islam terbukti menggugat kedaulatan negara.

Terdapat elemen-elemen campur tangan asing di dalam rencana evangelikal, campurtangan oleh pertubuhan-pertubuhan dari luar negara yang menyalurkan dana dan kepakaran untuk mengembangkan agama Kristian hingga ke tahap menumbangkan kedaulatan negara di tanah air yang tercinta ini, tegas beliau lagi.

Melihat kepada perkembangan terkini gerakan pelampau evangelikal ini negara berhadapan dengan ancaman keselamatan baru tanpa segan menyeru ke arah disaffection atau ketidak setiaan kepada Yang Di-Pertuan Agung atau Raja-raja. Justeru segala bentuk gerakan yang menggugat kedaulatan negara merupakan satu ancaman yang perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Jika IS menjadi ancaman kerana ingin menubuhkan negara Islam di Iraq dan Syria, pelampau gerakan evangelikal berhasrat untuk mendirikan negara Kristian di Malaysia dan perancangan gerakan ini telah pun bermula di sini sejak puluhan tahun yang lalu dengan mendapat dana yang besar dari dalam dan luar negara. Perlu diingat kanun keseksaan juga menjadikan perbuatan menyembunyikan gerakan yang mengancam kedaulatan negara sebegini juga sebagai satu kesalahan yang berat.

Semua pihak perlu peka kepada kegiatan sebegini dan mematuhi undang-undang dan kedaulatan negara.

Setelah Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Sdr. Azril Mohd Amin berhubung cadangan untuk mengadakan undang-undang baru bagi menyekat gerakan evangelisme, seorang Timbalan Menteri Melayu menjawab. Saya pun tidak tahu kenapa Nur Jazlan pula yang membuat komen. Sama ada dia ini tidak ketahuan bab Perlembagaan dan undang-undang atau dia tidak faham ancaman evangelisme.

Nur Jazlan memberi hujah bahawa jika disekat, kumpulan evangelisme ini akan bergerak secara “bawah tanah”. Maka disyorkan supaya diadakan sesi dialog dan perbincangan.

“Legislating any form of anti-evangelism or evangelicalism officially would have counter-productive outcomes because the followers would go underground instead of stopping their activities”

Jika begitulah logik yang digunakan, kenapa kita haramkan gerakan militan Daesh, Tamil Tigers, komunis dan seumpamanya? Kenapa tidak kita adakan dialog dan perbincangan sahaja?

Mustahil orang yang ada kelulusan undang-undang tidak maklum tentang Perlembagaan Persekutuan. Mustahil seorang Timbalan Menteri KDN tidak tahu adanya peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan sekatan sedemikian.

Perkara 11 Fasal 4 Perlembangaan Persekutuan jelas:

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

MEMANG SUDAH ADA.

Takkan sebagai orang Melayu Islam dari Johor tidak tahu adanya Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama – Agama Bukan Islam 1991.

Sekatan-sekatan itu sudah ada, sebab itu saya berkata, dia ini tidak ketahuan. Sebab undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam sudah pun ada. JELAS.

Cuma persoalan kedua ialah apakah Nur Jazlan tidak tahu tentang ancaman gerakan evangelisme Kristian di Johor? Takkan sebagai Timbalan Menteri KDN dia tidak maklum bahawa di Johor sahaja sudah ada lebih 10,000 orang Melayu yang murtad masuk Kristian. Ini adalah pengakuan seorang paderi Kristian pada sekitar tahun 2009. Video pengakuan paderi tersebut masih tersebar di Youtube hingga ke hari ini.

Maklumat ini ada dalam rekod Polis. Dia sepatutnya bertanya dengan pegawai-pegawai di bawah Kementeriannya dahulu untuk tahu ancaman evangelisme sebelum membuat komen sembrono.

Pelampau evangelis Kristian telahpun menzahirkan niat mereka untuk merampas Johor. “Johor for Jesus”. Pelamapu evangelis Kristian telahpun berikrar untuk sanggup mati bagi mendapat bumi Johor. Dan mereka sudah juga berikrar untuk halau semua orang-orang Melayu Islam dari bumi Johor itu.

Kalau Nur Jazlan jawab bahawa tidak perlunya undang-undang “anti-evangelisme” yang baru kerana sudah ada peruntukan-peruntukannya – itu lebih memperlihatkan kebijaksanaan dalam jawapan seorang Timbalan Menteri KDN.

Yang menjadi masalah hari ini bukannya perlu ada undang-undang baru – tetapi isu kelemahan penguatkuasaan dan pendakwaan.

Portal ChristianityMalaysia.com yang kononnya “Malaysia’s most comprehensive Christian news website” gagal berlaku jujur apabila cuba menyembunyikan banyak bukti tentang keganasan pelampau evangelis Kristian.

Semenjak program “Jerusalem Jubilee” yang asalnya dicadang untuk dibuat pada hujung minggu ini di Melaka menjadi heboh, portal tersebut nampaknya cepat-cepat membuang segala laporan berkaitan perayaan sedemikian.

Portal tersebut turut menghilangkan banyak artikel yang pernah mereka siarkan sebelum ini berkaitan dengan penganjur, individu-individu yang terlibat dan juga pelampau evangelis yang mereka sering jemput untuk datang.

Carian terkini berkaitan Elim Freedom (penganjur utama) dan Philip Marc Lee (individu utama dalam Elim Freedom) mendapati ianya sudah dipadamkan dari portal tersebut. Walaupun carian google masih menunjuk penemuan cari ke leman portal tersebut.

Nampat sangat bahawa mereka cuba membuang segala bahan bukti yang boleh disabitkan dengan kesalahan mereka dalam keganasan ideologi yang dibawa oleh pelampau evangelis ini.

Sama seperti dalam kes-kes pembunuhan. Pembunuh akan cuba menghilangkan segala bukti yang boleh mengaitkan mereka dengan pembunuhan. Namun kehebatan unit forensik pasti dapat menjejaki pembunuh tersebut. Itulah bandingan kepada apa yang cuba dilakukan oleh ChristianityMalaysia.com

Ini bukanlah kali pertama: Johor Untuk Jesus – Kenapa Mereka Cuba Hilangkan Bukti?

Terus membaca lagi …

Portal Christianity Malaysia [http://www.christianitymalaysia.com] mendabik dada kononnya mereka adalah “Malaysia’s most comprehensive Christian news website”.

Tetapi ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan berkaitan penganjuran “Jerusalem Jubilee”. Tiba-tiba sahaja, semenjak isu penganjuran program di Melaka mendapat bantahan orang ramai, semua pautan berhubung majlis tersebut hilang. Dihilangkan dari portal tersebut.

Bukan itu sahaja, semua pautan berkaitan penganjur utama, ELIM Freedom dan Philip Marc Lee, pengerak utama ELIM dan penganjuran program tersebut sejak mulanya pada tahun 2013, semuanya dipadamkan.

KENAPA tiba-tiba portal “Malaysia’s most comprehensive Christian news website” memadamkan segala posting kaitan dengan majlis, penganjur dan orang utama dalam penganjuran Jerusalem Jubilee?

Apa yang hendak disembunyikan?

Apa AGENDA ChristianityMalaysia?

Boleh percayakah – Jerusalem Jubilee – Betulkah Mereka Batal? Atau Mereka TUKAR STRATEGI?

Terus membaca lagi …

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2017
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid