Selepas posting terdahulu berhubung satu lagi masjid bakal dirobohkan di Kuala Terengganu, ramai bertanya kesahihan laporan saya. Ada yang tidak percaya.
Sebaik pulang ke Kuala Terengganu semalam saya terus ke Masjid Raja Bukit Besar untuk solat Asar. Dan sememangnya kerja-kerja awal untuk merobohkan masjid tersebut sudahpun bermula.
Beberapa rumah di sekeliling masjid yang dikatakan telah diambilalih untuk projek pembinaan semula masjid ini telah mula dirobohkan.
Apakah perlu sesebuah masjid penuh sejarah yang melibat pemerintahan seorang sultan di suatu masa dahulu dilenyapkan? Apa akan jadi dengan warisan sejarah kita? Apa yang akan jadi dengan sedekah jariah orang-orang terdahulu untuk saham mereka yang kini kesemuanya telah tiada lagi untuk menokok tambah pahala mereka?
Masjid ini dipercayai sudah berumur lebih 80 tahun dikatakan bakal menyembah bumi awal tahun depan.
Wajar juga Persatuan Sejarah Terengganu dan mana-mana badan lain yang ingin memelihara warisan sejarah Islam dan pusaka tradisi Melayu menggerakkan bantahan terhadap usaha merobohkan masjid yang telah bertapak dengan niat jariah ramai yang telah pergi. Janganlah kita putuskan sadaqah mereka.
4 comments
Comments feed for this article
3 August, 2011 at 6:50 am
Masjid Baru Taman Jaya, Jalan Pusara Dibuka Untuk Solat Jumaat « Karim’s Blog
[…] ini di atas tapak runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali terbengkalai. Pintu ke ruang solat […]
3 August, 2011 at 12:35 pm
Masjid Baru Taman Jaya, Jalan Pusara Dibuka Untuk Solat Jumaat | Darul Iman
[…] ini di atas tapak runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali terbengkalai. {Pintu ke ruang solat […]
10 August, 2011 at 9:06 pm
Masjid Baru Taman Jaya, Jalan Pusara Dibuka Untuk Solat Jumaat | Al Masjid
[…] ini di atas tapak runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali […]
21 August, 2020 at 7:37 pm
Radzi Hashim
Masjid ini tempatnya aku belajar solat pada tahun 1970an. Dulu ditepi masjid sebelah ruang solat perempuan, ada padang, tempat kami main bola. Tempat wuduk tu la kami jadikan tempat hilangkan dahaga. Minum air paip je boh. Ditepi sebelah kanan masjid antara lorong dengan kedai runcit, dulu kami panggil kedai Wan Dolloh, tempat kenangan aku kena sengat dengan tebuan… adalah dekat 10 ekor sengat aku kat kepala… hahaha…
Bila bulan puasa je, kedai Wan Dolloh tu la tempat kami ambil tempurung kelapa, letak lilin, jadi lampu.. perang mercun jangan cerita lah… hahaha
Perang antara kampung wey… aku sendiri hampir kena tembak dengan mercun das. Tembak betul2.. memang hala ke arah orang time tu… umur aku baru 5 atau 6 tahun lagi kot dah main perang2.. hahaha…
Rumah arwah tokki aku dekat je dengan masjid tu. Arwah pun dikuburkan diperkarangan perkuburan di masjid tu. Umur aku 8 tahun (1979) aku dah sekolah di KL.
Balik kampung bila time raya je dulu..
Gambar yang tunjuk ni pun dah ada tambahan. Dulu kecil sedikit dari gambar masjid yang dikongsi di sini.
Kami je yang masih ingat rupabentuk masjid ni pada tahun 70an dahulu.