You are currently browsing the monthly archive for November 2014.

Dalam temubual “live” di TV Al-Hijrah petang tadi untuk rancangan “Assalamualaikum Khas” saya ada menyebut berhubung satu kes permohonan seorang pelajar kulit putih, Barbara Grutter, ditolak untuk memasuki University of Michigan dan kemudian menyaman universiti tersebut (kes Grutter v Bollinger, 1997)

Keputusan mahkamah memihak kepada universiti. Dan kes tersebut dibawa hingga ke Supreme Court Amerika Syarikat (SCOTUS). Keputusan Supreme Court yang ditulis oleh hakim Sandra O’Connor memihak untuk mengekalkan keputusan yang menyebelahi universiti dalam memberi kelebihan kepada permohonan pelajar kulit hitam kerana sistem kuota walaupun Barbara Grutter mempunyai keputusan yang lebih baik.

Ini membuktikan, di negara maju seperti Amerika Syarikat masih mempunyai sistem kuota yang memberi kelebihan kepada kumpulan yang “ketinggalan”. Di Tanah Air kita, peruntukan khusus seperti kuota ini ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.

FT-SandraOconnor-GusDur-AnwarSaya turut menekankan tadi bahawa hakim Supreme Court yang membuat keputusan tersebut adalah Sandra O’Connor. Saya menyebut nama beliau secara khusus kerana ada orang-orang yang rapat dan amat mesra dengan beliau tetapi menyanggah polisi yang sama dihakimi Sandra O’Connor apabila sistem kuota tersebut dilaksanakan di negara kita sendiri.

Saya menyebut bahawa Sandra O’Connor pernah cuba campurtangan dalam kes mahkamah di Tanah Air kita. Bagaimana sebagai bekas hakim dalam barisan kehakiman tertinggi di Amerika Syarikat boleh mengganggu gugat (baca: AMARAN!) perjalanan pembicaraan di sebuah negara yang berdaulat.

Apabila mantan-mantan Ketua Hakim Malaysia seperti Tun Ahmad Fairuz dan Tun Hamid Muhammad bersuara dalam isu-isu kepentingan Islam dan Melayu, kumpulan yang menerima campurtangan hakim Supreme Court Amerika Syarikat ini membuat bising.

Saya lampirkan petikan dari Financial Times bertarikh 7 Ogos 2008, campurtangan oleh Sandra O’Connor bersama Gus Dur (Abdul Rahman Wahid) dalam kes pembicaraan kesalahan jenayah di Tanah Air kita.

Diambil dari blog Sdr. Zulkifli Noordin – zul4kulim.blogspot.com/:

Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam seperti cacing kepanasan apabila Dato’ Sri Najib mengumumkan semalam dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, malah akan diberi penambah-baikan dalam bentuk melindungi agama Islam dan kedaulatan Malaysia!

Mereka mendakwa Dato’ Sri Najib mungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan!

Benar, Dato’ Sri Najib ada memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan sebelum PRU-13 dahulu. Namun perlu diingat, Dato’ Sri Najib membuat jaminan tersebut atas premis:

1. TIADA MANDAT MENGHAPUSKAN AKTA HASUTAN 

PM2012-Mansuh Akta HasutanDato’ Sri Najib memberi jaminan tersebut atas premis kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam termasuk pengundi kaum Cina akan memberi mandat jelas kepada beliau untuk memimpin Malaysia selepas PRU-13 demi membangunkan negara untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020.

Ternyata kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti Islam dan pengundi Cina menolak jaminan tersebut kerana mereka gagal memberi undi kepada BN, hingga menyebabkan akhbar Utusan Malaysia menempelak mereka dimuka hadapan sebaik keputusan PRU-13 diumumkan dengan tajuk – ‘Apa lagi Cina mahu‘! Malah Dato’ Sri Najib menyatakan kehilangan undi popular BN adalah kerana ‘tsunami politik Cina‘.

Oleh itu sekarang kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam tidak ada hak untuk mempertikai penarikan balik jaminan menghapuskan Akta Hasutan yang diberi oleh PM kerana mereka sendiri tidak memberi mandat untuk beliau berbuat sedemikian.

(Baca: Najib Tidak Mungkir Janji Jika Tarik Balik Cadangan Mansuh Akta Hasutan)

2. CAUVINIS BELUM MATANG

Dato’ Sri Najib memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan (dan ISA & Ordinan Darurat yang sudah pun dimansuhkan) atas kepercayaan rakyat Malaysia, khususnya kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam sudah matang dan boleh berfikiran dan berkelakuan waras dan rasional jika Akta Hasutan dihapuskan.

Ternyata kepercayaan Dato’ Sri Najib meleset. Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam mengambil kesempatan daripada penghapusan ISA dan Ordinan Darurat dengan melakukan dan membuat pelbagai kenyataan dan tindakan yang jelas membuktikan bahawa mereka masih belum matang dan masih tidak rasioanl, dan terlalu tebal dengan sikap cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam.

Antara perbuatan, perlakuan dan kenyataan melampau mereka dalam menghina Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan institusi teras negara adalah seperti menuntut penyalahgunaan kalimah Allah, menghina hukum-hakam dan syariat Islam, memperlekeh institusi Mufti dan fatwa, memandang rendah Mahkamah Syariah, menghina institusi, kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, memperlekeh kedudukan bahasa Melayu, menghina sistem kehakiman negara & sistem pilihanraya, menghina pasukan keselamatan polis dan tentera, mempengaruhi agen-agen asing untuk mencabar kedaulatan negara, malah sampai ke peringkat melakukan penderhakaan dengan menghasut rakyat Sabah & Sarawak keluar daripada Malaysia!

Jelas daripada ini bahawa sememangnya kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti Islam ini masih belum matang dan masih berfikiran tidak rasional untuk membolehkan Akta Hasutan dimansuhkan;

(Baca: Penghasut Memang Tidak Suka Akta Hasutan)

3. SIKAP HIPOKRIT CAUVINIS 

Saya percaya Dato’ Sri Najib dan majoriti rakyat Malaysia akan terkeliru dengan sikap double-standard dan hipokrit kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam ini. Ini adalah kerana dalam mereka melalak menuntut Akta Hasutan dihapuskan konon kerana tidak demokratik dan ketinggalan zaman, namun bila menguntungkan mereka, Akta Hasutan mahu digunakan.

Contohnya mereka mendesak Kerajaan mendakwa Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa yang mereka fitnah dan tohmah konon mahu membakar bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah (nota: Datuk Ibrahim Ali sudah mengemukakan surat tuntutan guaman terhadap Wong Chun Wai daripada akhbar The Star yang didakwa memfitnah beliau).

Persoalannya apa yang kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam ini mahu?

Mereka melalak desak Akta Hasutan dihapuskan, diwaktu yang sama mereka desak Akta Hasutan digunakan dan dikuatkuasakan terhadap Datuk Ibrahim Ali?

Kalau ini bukan hipokrit dan cakap tak serupa bikin, saya tidak nak label apa sikap dualam ini!!!

RUMUSAN

Apa yang penting ialah Akta Hasutan, terutama Seksyen 3 (1) (f), adalah terjemahan 7 Wasiat Raja Melayu yang dipersetujui melalui kontrak sosial antara bangsa Melayu dengan kaum Cina dan India! Dan keperluan adanya Akta Hasutan terutama Seksyen 3 (1) (f) terbukti bila berlakunya peristiwa berdarah  rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 akibat mainan politik perkauman sempit kaum cauvinis dan pelampau perkauman anti-Melayu!

Oleh itu, tindakan Dato’ Sri Najib bukan sahaja bijak dan betul, malahan adalah perlu untuk memastikan kedaulatan, keamanan dan keharmonian antara kaum & agama di negara ini terjamin, malah kesinambungan warisan teras sendi negara terus mekar dan dipelihara untuk memastikan Malaysia terus maju kehadapan demi mencapai wawasan negara maju menjelang 2020!

(baca: Syabas Najib – Anda Telah Tunaikan Janji Anda Kepada Duli-duli Raja-raja Melayu)

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada Dato’ Sri Najib yang mendengar suara hati majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini!

Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Safar 1436
28 Nov 2014

Setelah 5 bulan kita menunggu, kini sah sudah bahawa PM Najib akur dengan janjinya yang dibuat di hadapan Majlis Raja-raja Melayu pada taklimat khas persidangan MRR pada bulan Jun lalu. Semasa taklimat khas tersebut (baca: RUU Harmoni – Beranikah Najib Lawan Majlis Raja-raja?), selepas penerangan dibuat oleh Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Tun Hanif Omar, Najib mempertegaskan bahawa beliau memberi janji dan komitmen tidak akan meneruskan RUU Harmoni di hadapan MRR. PM2012-Mansuh Akta HasutanNamun, kita tetap gelisah dengan gaya bahasa ucapan-ucapan politik Najib selepas itu kerana beliau juga telahpun menbuat janji untuk menghapuskan Akta Hasutan pada tahun 2012 – sebelum PRU13. Maka kita risau, mana satu janji yang ingin Najib tunaikan. Beranikah beliau mungkir janji dengan Duli-duli Raja-raja Melayu? Atau beliau bimbang juga dengan janjinya untuk menghapuskan akta tersebut bagi menghadapi PRU13. Akhirnya Najib pilih untuk taat setia dengan janjinya dengan Raja-raja Melayu. Syabas. Tidak perlu risau janji anda dengan para pengundi. (Baca) Mereka yang mengundi anda untuk PRU13 adalah mereka yang membantah hasrat anda untuk menghapuskan Akta Hasutan. Mereka yang TIDAK MENGUNDI anda adalah mereka yang beria hendak menghapuskan Akta Hasutan. Keputusan anda pada hari ini adalah bijak dan berani. Kiriman lain berkaitan Akta Hasutan:

Mereka yang asyik bercakap tentang sekular dan sekularisme, apakah mereka faham istilah tersebut?

Pernahkan mereka baca buku asas untuk memahami prinsip-prinsip asas sekular? Tahukan mereka siapa George Jacob Holyoake? Pernahkah mereka membuka buka “The Principles of Secularism”?

tiada sekular dlm perlembagaanApabila mereka mengatakan Malaysia sebuah negara sekular, tahukah mereka bahawa di dalam Perlembagaan Persekutuan tiada satupun tempat istilah “sekular” disebut? Malah istilah demokrasi pun tidak juga disebut dalam Perlembagaan.

Yang ada disebut berulang kali ialah Agama Islam. TIDAK ada lain-lain agama yang disebut di dalam Perlembagaan.

Yang ada disebut adalah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Yang ada disebut hanyalah Bangsa MELAYU. Tiada bangsa lain yang disebut secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka ini mesti disekolahkan kembali untuk faham asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu hasil dari perkenan serta pengorbanan Duli-duli Yang Maha Mulia untuk sama-sama memperturunkan tugas mentadbir perjalanan harian Persekutuan ini kepada Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan hinggalah ke sekalian penjawat awam.

Bacaan tambahan:

 

Kisah-kisah hitam skandal seks di kalangan pemimpin agama Kristian selalu cuba disembunyikan. Tetapi telah banyak juga buku yang ditulis membongkar pelbagai skandal sedemikian.

Malah awal tahun ini, United Nations Committee on the Rights of the Child menegur Vatikan kerana dilihat cuba melindungi Gereja Katolik lebih dari memelihara hak kanak-kanak yang menjadi mangsa seks oleh para paderi.

The UN has accused the Vatican of “systematically” adopting policies allowing priests to sexually abuse thousands of children. (bbc.com: 11 April 2014)

Dan Pope Francis sendiri terpaksa mengaku bahawa terdapat 8,000 dari kalangan paderi (termasuk bishop dan cardinal) adalah pedofilia (The Telegraph, 13 Julai 2014).

Maka tidak hairan jika suasana begini disaksikan sendiri oleh seorang anak muda yang dilatih oleh ibu bapanya untuk menjadi pewaris paderi Kristian generasi ketiga akhirnya meninggal agama sesat itu dan memilih Islam.

Steven Indra WidjajaPengalaman sebegini membuat Steven Indra Widjaja sangsi dengan agama yang sedang dia dalami dan mula mempelajari agama yang dia diasuh sejak kecil untuk membencinya. Setelah usaha gigihnya untuk memahami ajaran Islam secara sendirian, maka akhirnya beliau memeluk agama Islam pada tahun 2000 pada ketika berumur 19 tahun.

Steven melihat sendiri pekerjaan sumbang para pastur terhadap “sisters” dan berlakunya hubungan seks songsang di kalangan paderi lelaki.

Apabila kembali kepada kedua ibu bapa dengan status baru sebagai seorang Muslim beliau dipukul oleh ayahnya hingga mendapat 7 jahitan di dahi dan dipaksa menandatangani akuan bersumpah tidak lagi mewarisi apa jua harta milik ibu bapanya.

Skandal sebegini sentiasa cuba disembunyi oleh pihak gereja, tetapi mereka akan menyibuk dengan pelbagai tuntutan dan isu lain yang cuba digembar-gemburkan bagi mengabui dan menutup skandal yang berleluasa dalam institusi agama yang kita baca paling kurang 17 kali setiap hari semoga Allah lindungi kita dari kesesatan yang nyata ini.

 

 

 

QnA-Chrislam-dis2014SUDAH TERBIT!

Pendedahan ancaman fahaman CHRISLAM dalam majalah Q&Q keluaran terbaru, Disember 2014.

Antara intipati:

  • Kaedah baru memsongkan aqidah umat Islam
  • Mereka menerima Kristian sebagai agama baharu tetapi masih kekal tinggal dalam keluarga atau masyarakat Islam
  • Mengadunkan sambil mempromosi ajaran Kristian yang di”islamized”kan

Dapatkan naskah anda di pasaran.

 

promoSeorang sahabat berkongsi gambar-gambar yang diambil beliau di Surau Batu 15, Jalan UUM, Sintok Kedah, merujuk kepada perhimpunan mahasiswa “Grand Speaker Corner” bertajuk “Autonomi Mahasiswa” bersama Fahmi Zainol pada 14 Nov 2014.

Saudara pembaca sekalian buatlah pernilaian sendiri berhubung majlis tersebut berdasarkan gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah ini. Apakah begini bakal pimpinan negara yang kita harapkan?

yang mendengar

Anak-anak Melayu yang mahukan kebebasan …?

.

persoalan aurat

BerSELUAR PENDEK – sudah tidak perduli lagi isu aurat? Terpampang di dinding “Bilik Gerakan UPU Sintok”

.

yangberucap

Ternganga mendengar “tazkirah” aktivis Sosialis?

.

india berucap di surau

Siap ada AL QURAN di belakang tu! (gambar dipetik dari FB mereka)

Presiden PAS sanggup memecah solidarity Pakatan Rapuh (PR) menjadikan N39 Kota Damansara perlawanan 3 penjuru kerana tidak sanggup melihat partinya menyokong calon PR yang sosialis, kenapa Bilik Gerakan UPU Sintok sanggup menggadai prinsip Presidennya dengan membawa masuk aktivis sosialis bersyarah dalam surau mereka?

MalayMail-KhutbahJAKIM-LGBT-14Nov2014Semenjak pengurusan baru The Malay Mail mengambil alih penerbit akhbar tabloid yang pernah pupus sebentar, TMM dilihat semakin lantang menyerang Islam. Cara penglaporan beritanya banyak membawa unsur-unsur jahat yang cuba memberi gambaran buruk terhadap Islam, umatnya dan agensi-agensi agama di Tanah Air ini.

Terbaru, hari ini, mereka mengatakan bahawa teks khutbah JAKIM mengsasarkan kepada pergerakan LGBT. Walhal tajuk khutbah hari ini adalah murni sekali “Cabaran Pembentukan Keluarga Abad Milenium“.

Teks yang baik itu menyebut antara cabaran mendidik keluarga pada zaman sekarang ini ialah pengaruh dari “perkembangan amalan LGBT” sambil memberi peringatan tentang “malapetaka serta azab Allah SWT” … “yang berlaku kepada penduduk Negeri Sadom dan Ammurah.”

KhutbahJAKIM-keluarga-14Nov2014Kenapakah JAKIM dan agensi-agensi agama sentiasa disasarkan oleh akhbar murahan seperti TMM, TMI dan MKini? Mengapa akhbar-akhbar ini gemar memburukkan Islam, umatnya dan agensi-agensi Islam dalam penglaporan mereka? Hanya dengan menyebut peringatan Allah tentang ancaman bala, TMM telah memburukkan JAKIM dan teks khutbahnya sebagai mengsasarkan kepada pergerakan seks songsang itu.

Di dalam teks khutbah tersebut, LGBT hanya disebut sekali. Sadom dan Ammurah juga disebut sekali sahaja. Sudah cukup untuk TMM menuduh sedemikian.

TMM kemudian seolah-olah mempromosikan LGBT dengan mengatakan “Homosexuality in itself is not a crime in Malaysia”. Tidakkah mereka faham dengan beberapa penal code dan enakmen jenayah syariah yang sedia ada berhubung larangan-larangan berkaitan hubungan terlarang homeseksual? Jika tidak menjadi suatu jenayah masakan pula COMANGO membawa tuntutan untuk orang meliwat hingga ke Geneva? (baca juga: Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO)

KitSiang-Hina-2-120Apakah AGENDA BESAR mereka? Mereka semua dilihat senada dengan pemimpin seumur hidup DAP, Lim Kit Siang apabila pada awal tahun ini turut mengsasarkan JAKIM dan teks khutbahnya kerana mengingatkan kepada umat Islam ayat 120 surah Al Baqarah. Begitu JAHATnya pemimpin DAP ini apabila dengan sombong mempertikaikan kita saling beringat dengan firman Allah S.W.T.

Sukar untuk saya fahami jika masih ada orang Islam yang mendewakan orang-orang yang bersikap begini.

*************

Teks Khutbah yang dibaca:

Cabaran Pembentukan Keluarga Abad Milenium

(14 NOVEMBER 2014/ 20 MUHARRAM 1436H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian. Berdasarkan peningkatan pengaruh budaya asing dan perubahan sosio-ekonomi yang pesat di negara ini, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, tambahilah rasa gerun dan takut kamu kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan sifat ketaqwaan itu mampu menentukan hala tuju pembentukan masa depan keluarga kita agar sentiasa selari dengan tuntutan ajaran Islam dan beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “CABARAN PEMBENTUKAN KELUARGA ABAD MILENIUM”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Halatuju pembentukan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada rukun hidup yang ditetapkan ibubapa dan dasar negara. Sebagai unit asas dalam masyarakat, maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat pergerakan ahli keluarga, maka semakin bertenaga masyarakat dan negara. Persoalan besar timbul ialah ke arah mana hala tuju gerakan keluarga itu?. Berdasarkan pemerhatian mimbar dan kajian-kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masa kini telah mengubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga.

Mimbar Jumaat hari ini menarik perhatian para jemaah sekalian berdasarkan beberapa pemerhatian pegangan nilai kehidupan atau pegangan hidup keluarga semakin berubah. Antara perubahan nilai yang ketara ialah keasingan dalam hidup kekeluargaan, ibu bapa semakin sibuk bekerja, masa ibu bapa bersama anak-anak semakin berkurangan, ruang masa yang berkualiti dihabiskan dengan melayari dunia komunikasi tanpa sempadan seperti internet, facebook, whatapps dan sebagainya sehingga mengabaikan hubungan kemesraan sesama keluarga. Begitu juga dengan peningkatan jumlah anak-anak dijaga oleh pembantu rumah atau pusat-pusat asuhan dan jangka hayat semakin menurun kerana kualiti kesihatan.

Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing telah menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepincangan dalam kehidupan keluarga. Kepincangan yang berlaku dalam keluarga antaranya berpunca daripada sebab seperti kekurangan kasih sayang dalam keluarga, keganasan rumah tangga, peningkatan kadar perceraian, penderaan kanak-kanak, pengabaian kepada warga emas, sumbang mahram, kejahilan, bersekudukan tanpa nikah, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan peningkatan kadar perceraian. Manakala isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perubahan pegangan nilai-nilai dalam kehidupan.

Begitu juga kita dapati usaha-usaha terancang pihak-pihak tertentu bertujuan untuk mencabar dan menggugat nilai etika keluarga Islam semakin giat dan menular dengan hebat. Ketika ini kita dikejutkan dengan isu kecelaruan identiti gender yang sebenarnya boleh membawa kepada perkembangan amalan LGBT. Gerakan seumpama ini pada dasarnya merupakan manifestasi ideologi humanisme sekular yang sekarang ini bergerak pantas didokong oleh arus pemikiran liberalisme atau budaya kebebasan secara melampau tanpa menghiraukan kepentingan umum dan ketetapan syariat Allah SWT.

Mimbar ingin menegaskan bahawa kecelaruan identiti sebenarnya akan mencemarkan imej Islam itu sendiri dan boleh mendatangkan malapetaka serta azab Allah SWT. Renungilah apa yang berlaku kepada penduduk Negeri Sadom dan Ammurah, dua negeri di pinggir laut mati yang terletak di Negara Jordan, yang penuh perbuatan yang terpesong dari fitrah manusia, akibatnya mereka ini dimusnahkan oleh Allah SWT. Fikirkanlah..adakah kita mahu bala bencana dan malapetaka menimpa kita pula disebabkan oleh gagalnya kita mempertahankan syariat islam? Janganlah disebabkan oleh nafsu dan kepentingan peribadi, kita sanggup menggadaikan agama dan akidah. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki (Hadith Riwayat Ibn Abbas)

Mimbar yang mulia ini merasa bimbang dengan pengaruh budaya asing dan gaya hidup barat yang boleh mencemarkan imej Islam dan memberi kesan kepada pegangan akidah. Berdasarkan perubahan nilai hidup yang ketara ini, maka mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian tentang peringatan Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6:

Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

 

Menurut Tafsir at-Tabari, pemimpin keluarga hendaklah menjaga, membantu ahli keluarga dan memerintahkan mereka berbuat taat kepada Allah SWT serta mencegah mereka dari melakukan maksiat. Wahai ibubapa sekalian..tariklah nafas kesedaran dan bertanyalah kepada diri sendiri saat ini. Berapa ramaikah antara kita yang telah mendidik anaknya untuk mengenal Allah swt dan menta’ati hukum hukumNya? Berapa ramaikah antara kita yang telah mendidik anaknya erti tanggungawab untuk menjaga, memelihara dan mempertahankan kesucian agama islam? Adakah telah kita laksanakan tanggungjawab ini? Jawablah tuan-tuan, jawablah di dalam hati anda sekarang dan bersedialah untuk menjawabnya di hadapan Allah kelak.

Beberapa ahli tafsir lain pula menyatakan adalah menjadi kewajipan setiap muslim mengajar keluarganya tentang apa yang diwajibkan oleh Allah SWT dan apa yang dilarang. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya:Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah( suci) tetapi ibubapa nyalah yang menentukan anak itu Majusi, Yahudi atau Nasrani.” (Riwayat Ahmad).

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bagi membentuk anak-anak menjadi insan cemerlang, ibu bapa hendaklah juga terdiri daripada manusia yang cemerlang. Bagaimana mungkin ibubapa yang derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk keluarga yang sejahtera. Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibu bapa adalah asas untuk anak-anak bertapak apabila mereka dewasa kelak. Ibubapa diibaratkan sebagai cerminan yang mudah dijadikan tontonan oleh anak-anaknya. Oleh itu dalam mendidik anak-anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia ini. Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak begitu jugalah sebaliknya. Ingatlah bahawa kejahilan kita dalam beragama boleh membawa kita kepada kefasadan dan kehancuran hidup dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pembentukan keluarga Islam pada abad ini, abad mendatang atau abad milenium amat mencabar bagi setiap ibu-bapa. Apakah keluarga Islam yang ada pada hari ini boleh bertahan atau terus hanyut diserang badai globalisasi yang berterusan menyerang merosakkan nilai-nilai kehidupan keluarga. Kerukunan rumah tangga yang lemah dan kepimpinan keluarga yang longgar sudah pasti akan tumpas dalam menghadapi cabaran perubahan nilai global yang mengubah kehidupan keluarga.

Sesungguhnya institusi keluarga adalah satu institusi penting dalam keseluruhan kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat Islam akan berdepan dengan satu masalah besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan dijaga dengan baik. Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu sendiri kerana daripada institusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah masyarakat.

Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, mimbar menasihatkan marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik di masa hadapan. Korbankanlah sedikit masa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu mengadakan majlis-majlis ilmu di rumah, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar dan kembali ke rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah SWT terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bersempena dengan program sambutan BULAN KELUARGA KEBANGSAAN I MALAYSIA pada 16 November ini, mimbar ingin merumuskan tentang isu yang dibincang bahawa: Pertama: Ibubapa perlu memperkukuhkan dan melengkapkan pendidikan agama bagi menghadapi cabaran abad yang mendatang, kedua: Memperuntukkan masa-masa tertentu bersama ahli keluarga menghadiri majlis-majlis ilmu, ketiga: Perubahan nilai dan penghayatan jatidiri yang dipengaruhi budaya asing akan merendahkan harga diri ahli keluarga, dan keempat: Hindarilah perbuatan dan tingkah laku berdosa sama ada ibu, bapa dan anak-anak kerana perbuatan sedemikian boleh menjejaskan koharmonian dan kesejahteraan keluarga. Mengakhiri khutbah hari ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 74:

Maksudnya:Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu).

Buku MAIS-agenda Kristian

Hasil kerja “budak-budak suruhan” pelampau evangelis Kristian …

Dijerit untuk suruh berhenti ketika menerangkan ancaman Kristinianisasi … SUDAH

Dibatalkan jadual ceramah untuk mendedahkan agenda Kristianisasi di saat-saat akhir … SUDAH

Ada masjid dan surau yang menghalang dari mendedahkan kerja-kerja jahat pelampau evangelis … SUDAH

Dituduh mendedahkan ancaman pemurtadan gerakan Kristian sebagai bermotif politik … SUDAH

Disekat dan dikepong selepas berkongsi cerita ancaman Kristianisasi … SUDAH

Menerima laporan polis kerana mendedahkan ancaman rancangan pelampau evangelis untuk memurtadkan umat Islam di Tanah Airku … SUDAH

… yang sedihnya kebanyakan halangan ini datangnya dari orang Melayu Islam kita sendiri …

Apa nasib anak cucu kita di masa akan datang?

***************

Baca:

Ketelusan dan Kebebasan Bersuara Di Selangor Paling Hebat?

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Keputusan panel hakim Mahkamah Rayuan berhubung isu orang lelaki yang berpakaian perempuan baru-baru ini amat mengejutkan ramai kita.

Panel hakim yang bersidang memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan – dengan itu mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Pertamanya mari kita faham apa isu yang dibicarakan. (Saya tidak mengguna pendekatan hukum syariah)

1. Hak Asasi Manusia

2. Lelaki yang berpakaian perempuan

Hak Asasi Manusia sememangnya terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan Asasi (Fundamental Rights) ini memang disebut dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Namun ianya tidak memberi hak kepada orang yang sakit gila untuk mengamuk membunuh orang.

Orang gila hendaklah diberikan rawatan dengan sempurnanya supaya pesakit mental ini tidak menganggu ketenteraman awam.

ICD10Perkara kedua yang ingin dibicara ialah “lelaki perpakaian perempuan” – ianya merupakan suatu penyakit mental (mental disorder). Kepada pengamal perubatan mereka sudah pasti maklum dengan klasifikasi penyakit World Health Organisation (WHO) yang disebut sebagai ICD (International Classification of Diseases) yang kini dalam versi ICD-10. ICD ini merupakan rujukan asas diagnostik untuk epidemiologi, pengurusan kesihatan dan juga bagi tujuan klinikal.

Menurut ICD-10, lelaki yang berpakaian perempuan diklasifikasikan di bawah F64. Ia termasuk F64.0 – Transsexualism dan F64.1 – Dual-role transvestism … dalam bahasa mudahnya kita sebut PONDANlah … walaupun ada sedikit perbezaan antara kedua). Di bawah klasifikasi F64, F65 dan F66, terdapat pelbagai jenis lagi penyakit-penyakit mental berkaitan seksual sebegini.

penyakit mentalWalaupun disepakati di kalangan pakar bahawa pesakit begini lazimnya sukar untuk diubati antaranya kerana keengganan mereka untuk berubah namun pesakit ini mesti diberi rawatan.

Mereka sepatutnya mendapatkan hak mereka untuk mendapat rawatan sempurna. Bukan kita menggalakkan lagi mereka semakin menggila.

Apabila mereka semakin menggila bertambahlah mereka tidak peduli akan penyakitnya itu.

Begitu juga dengan orang gila yang sakit mental jika kita biarkan mereka tanpa rawatan, orang gila ini boleh mengamuk mengganggu ketenteraman awam dan boleh mencedera dan membunuh orang awam.

Pembelaan hak ke atas orang berpenyakit mental ialah memberi rawatan yang sewajarnya.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

November 2014
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid