You are currently browsing the category archive for the ‘Federal Constitiution’ category.

USUL pindaan Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun sedang hangat diperkatakan.

Perkara ini menerima pelbagai respons daripada rakyat Malaysia. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang menentang, di mana masing-masing telah mengemukakan pelbagai hujah untuk menyokong pendapat mereka.

Baca selanjutnya:

https://www.utusan.com.my/rencana/utama/undi-18-bersediakah-belia-menggalas-tanggungjawab-mengundi-1.937841

Ramai yang menonton TV setiap kali seseorang Raja Melayu bersumpah bagi menerima perlantikan sebagai seorang Yang Di Pertuan Agong (YDPA). Namun satu unsur yang paling penting dalam keseluruhan istiadat mengangkat sumpah itu yang ramai orang tidak sedar ialah sumpah yang dibaca itu sendiri.

Teks penuh sumpah itu sendiri terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam Jadual Keempat Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong:

BAHAGIAN I

SUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG

Kami …………………………………………………. ibni ………………………………………. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

Teks yang di baca YDPA bermula dengan Baginda bersumpah di atas nama Allah. Dan yang sangat penting kita sebagai  warganegara Malaysia ini sedar ialah Baginda YDPA bersumpah “Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam

Di atas tanggung jawab yang telah Baginda YDPA bersumpah inilah penting Baginda pastikan sebarang perjalanan Kerajaan itu selari dengan sumpah (Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam) dan sebarang perlantikan itu tidak akan mengganggu tugas dan tanggung jawab yang telah Baginda YDPA bersumpah.

Maka desas-desus yang kita dengar bahawa Baginda YDPA menolak cadangan perlantikan Tommy Thomas untuk jawatan Peguam Negara itu adalah HAK Baginda YDPA.

Malah Tommy Thomas sendiri pernah menulis tentang kuasa Raja-Raja dalam menolak cadangan perlantikan (The Power Of The Rulers In Rejecting Appointments-2007) … the Conference of Rulers is entitled to reject a candidate for appointment submitted to it if a majority of Rulers deem him unsuitable for the constitutional office of judge.

Tajuk tulisan saya di atas ialah kenapa “mereka” mahu tendang Peguam Negara sekarang, Apandi Ali dan mahukan yang baharu, dengan cadangan nama Tommy Thomas?

Cuba kita lihat Apandi Ali. Apabila nama beliau naik untuk lantikan sebagai Peguam Negara pada tahun 2015, ada pihak yang membantah. Tetapi tidak ada isu perlantikannya dari kalangan Raja-Raja Melayu. Malah masyarakat awam menerima sahaja perlantikan beliau.

Tetapi bagi mereka yang mengenali dan mengetahui keputusan kes-kes yang yang pernah beliau hakimi faham tentang pendirian Apandi Ali ini. Yang paling penting dalam hal-hal kepentingan Agama Islam.

Contoh, kes Kalimah Allah yang dibawa ke Mahkamah Rayuan pada 2013. Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu, Apandi Ali memutuskan bahawa ““Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity …  it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country.”

Perkara penting dan sangat asas yang dibawa oleh Apandi Ali dalam keputusan tersebut ialah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang sering disalahgunapakaikan oleh sesetengah pihak:

Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation.

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

Beliau menulis dalam keputusan tersebut:

[31] It is my observation that the words “in peace and harmony” in Article 3(1) has a historical background and dimension, to the effect that those words are not without significance. The Article places the religion of Islam at par with the other basic structures of the Constitution, as it is the 3rd in the order of precedence of the Articles that were within the confines of Part I of the Constitution. It is pertinent to note that the fundamental liberties Articles were grouped together subsequently under Part II of the Constitution.

Kepentingan dan kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sama dengan agama-agama lain hatta isu kebebasan beragama. Malah ditekankan beliau bahawa agama lain “boleh diamalkan dengan aman dan damai” (kebebasan beragama) itu mempunyai implikasi syarat yang sangat penting iaitu pengamalan agama lain tidak boleh mengganggu “aman dan damai” Agama Islam itu sendiri.

Inilah di antara perkara utama yang menjadikan pihak yang memusuhi Islam amat benci dengan Apandi Ali. Sebab itu jelas, perlantikan orang seperti Apandi Ali tidak menimbulkan masalah demi melaksanakan tugas dan sumpah YDPA, iaitu memelihara Agama Islam dalam setiap masa.

Namun, kehadiran kerajaan baharu dan keputusan-keputusan yang dibuat kini kita dapati amat selari dengan perjuangan musuh Islam yang selama ini sentiasa memerangi kedudukan agama yang sudah beratus tahun memerintah Tanah Air ini.

Cuba kita lihat Tommy Thomas (TT) pula.

1   Dalam bukunya (2006) sendiri telah menyatakan bahawa Malaysia ini bukan Negara Islam. Ini amat jelas bahawa pendiriannya terhadap kedudukan Agama Islam di Tanah Air ini. Bagaimana hendak dia laksanakan sumpah Baginda YDPA iaitu untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam”

2   Beliau pernah mempertikaikan kuasa Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar pada tahun 2014.

3   TT mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kalimah Allah. Beliau mengatakan bahawa keputusan tersebut bukan sahaja salah tetapi tersangat salah. Bayangkan orang seperti ini yang akan membawa dua lagi kes Kalimah Allah ke Mahkamah tahun ini. Ya, ada lagi dua kes (a). Sidang Injil Borneo, (b). Jill Ireland.

4   TT adalah peguam ketua Komunis Chin Peng. Beliau menulis bahawa Chin Peng adalah “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century”. Orang yang membela perjuang Komunis menjadi Peguam Negara – cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada Tanah Air kita.

5   Beliau juga menolak Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara kerana kononya tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan. Bagaimana orang seperti ini boleh dilantik sebagai Peguam Negara yang banyak menyanggahi dasar-dasar Negara?

Malah senarai ini jauh lebih panjang jika pembaca sudah banyak menerima pelbagai pesanan WhatsApp lain.

Sebagai penutupnya, pembaca MESTI SEDAR tentang kedudukan seorang Peguam Negara. Beliaulah nanti yang boleh menikam kembali YDPA ataupun mana-mana Raja. Kita lihat peranan Peguam Negara yang amat penting ini:

Perlembagaan Persekutan Perkara 145 (3): Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Ini yang bakal berlaku kepada kes-kes kepentingan Agama Islam.

DAN MALAH HANYA Peguam Negara yang boleh memulakan tindakan sivil atau jenayah ke atas Yang Di Pertuan Agong atau mana-mana Raja:

Perlembagaan Persekutan Perkara 183: Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Inilah pisau yang mampu menikam balik Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-Raja Melayu.

SEBAB ITU perlantikan Peguam Negara sangat penting diteliti sesungguhnya oleh Duli-Duli Raja-Raja Melayu.

Bacaan tambahan “Sumpah Agong”:

Sumpah Jawatan Sultan Muhammad V Sebagai YDP Agong

Malaysia BUKAN Negara Sekular

Hanya dengan ketegasan dan keberanian sahaja dapat membendung ancaman pelampau radikal evangelis. Di Russia, Putin menggubal undang-undang untuk menyekat gerakan radikal evangelis yang disebut sebagai “Pakej Yarovaya” [374-FZ dan 375-FZ dilulus pada 2016] – bagi membendung keganasan dan memelihara keselamatan awam.

Di China mereka lagi berani. Mereka letupkan gereja yang tidak mematuhi undang-undang.

[Gambar dari video laporan Guardian UK]

Di negara China, ini bukan pertama kali. Malah sudah ratusan gereja dimusnahkan di China kerana tidak mematuhi pelbagai undang-undang yang ditetapkan. Pelampau evangelis kerap melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Di Malaysia, kita juga mempunyai pelbagai undang-undang untuk mengawal pelampau evangelis radikal. Namun sejauh mana ketegasan dan keberanian pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka membuat ramai yang tertanya-tanya.

Pelbagai gereja tumbuh bagai cendawan tidak dikawal. Kita ada peraturan berhubung pembinaan rumah ibadat. Tetapi mereka mengguna pelbagai cara untuk mengelakkan dari peraturan dan undang. Sebab itu Russia dan China amat tegas dalam bab ini sebelum gejala ini tidak lagi dapat dikawal.

 

Tajuk asal dari Menara.my ialah – Kalimah ‘Allah’ Sepatutnya Bukan Isu Lagi. Tetapi bagi saya ia bukan sepatutnya, tetapi Kalimah ‘Allah’ Bukan Isu Lagi.

Sebabnya ialah – JELAS, mereka guna hanya untuk strategi KONTEKSTUALISASI.

Baca: Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian [klik]

Baca juga: Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?

BOHONG & JAHAT semata-mata!

Baca petikan laporan Menara.my seterus:

Kuala Lumpur: Isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh golongan bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah lama selesai dan sepatutnya tidak menjadi isu lagi, tulis seorang aktivis peguam tempatan.

Faidhur Rahman Abdul Hadi, seorang aktivis kolektif Young Professionals berpandangan bahawa tindakan mana-mana pihak yang cuba membangkitkan isu ini adalah tidak wajar kerana seawal 1986 lagi terdapat larangan yang telah diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ untuk bukan Islam dan larangan ini telah dijadikan undang-undang peringkat negeri di semua negeri kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Di Selangor, ia diluluskan sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Bukan Islam) 1988. Beliau turut memetik rayuan kes Catholic Church yang ditolak pada tahun 2013 kerana kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada amalan agama Kristian.

“The Court of Appeal in 2013 subsequently reversed this position and held Christians had no right to use of the word. Among others, the appellant court reasoned that the term ‘Allah’ is not an integral part of Christianity since it was never used at all in any Christian Bible in any language, not even Malay. Since the word is not a part of Christianity, prohibiting its use by Christians did not amount to denying them freedom of religion. An attempt to appeal this decision by the Catholic Church was dismissed in 2014,” tulis beliau.

Sidang Injil Borneo (SIB) baru-baru ini mahu pihak kerajaan mendedahkan dokumen yang menjadi titik tolak kenapa adanya larangan kepada pengunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

Dalam perkembangan kes Jill Ireland Lawrence, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak kerajaan menyediakan satu laporan pakar berkenaan dengan larangan pengunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

“Jadi, persoalan yang cuba ditimbulkan oleh Sidang Injil Borneo (SIB) dan Jill Ireland Lawrence, sama ada mereka berhak untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai sebahagian daripada amalan beragama mereka sebenarnya telah pun dijawab, mereka tiada hak, kerana kalimah ‘Allah’ bukanlah sebahagian daripada amalan beragama mereka,” komen beliau lagi.

Tulis Faidhur Rahman, hakikatnya sistem keadilan Malaysia memakai maxim Latin stare decisis atau duluan mengikat dan res judicata yang menekankan pengakhiran perkara yang telah diputuskan.

Maka persoalannya, “So why, in the case of SIB, are our courts still considering a question that has already been answered?”

Kuala Lumpur (menara.my): Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dokumen yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyokong pengharaman gereja daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan tidak perlu didedahkan seperti yang diminta Gereja Sabah.

Peguam bagi pihak kerajaan Shamsul Bolhassan berkata Hakim Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian dalam permohonan semakan kehakiman.

“Isu ini boleh diputuskan berdasarkan afidavit dan dokumen-dokumen yang ada yang dipamerkan dalam kes itu,” kata Shamsul sambil memetik alasan hakim untuk menafikan permohonan itu.

Nor Bee membuat keputusan di kamarnya. Shamsul berkata pengurusan kes akan diadakan pada 1 November untuk menetapkan tarikh untuk mendengar merit kes itu.

Seperti yang dilaporkan sebuah portal, Gereja Sabah meminta mahkamah memerintahkan supaya kerajaan mendedahkan dokumen yang digunakan untuk menyokong larangan kerajaan terhadap orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi kerajaan membantah dengan mengatakan dokumen tersebut adalah “rahsia rasmi”.

Peguam Sidang Injil Borneo (SIB) Lim Heng Seng berhujah bahawa kerajaan perlu mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan larangan asalnya pada tahun 1986 dengan perkataan “Allah” ke atas penerbitan bukan Islam.

Lim berkata larangan ini merupakan punca utama masalah yang sentiasa berulang yang dihadapi oleh orang Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia yang telah menggunakan perkataan “Allah” selama beratus-ratus tahun.

Shamsul berhujah bahawa dokumen yang dicari oleh SIB jatuh di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Pada 2013 Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mahkamah mendapati kalimah ‘Allah’ tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Katanya dengan mengambil fakta sejarah dan keagamaan, beliau tidak menemukan sebarang sebab munasabah kenapa Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur “berkeras” untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan itu.

Dalam Bahasa Malaysia, kata ganti ‘God’ ialah ‘Tuhan’. Manakala ‘Allah’ adalah kata nama khas bagi Tuhan orang-orang Islam di Malaysia. Berbeza dengan Arab Koptik, penduduk pribumi Borneo mempunyai berpuluh dialek suku-suku yang berbeza dan tidak ada satu pun daripada mereka berbahasa Arab.

sumber: https://www.menara.my/kalimah-allah-rahsia-rasmi-sib-kalah/

Dalam bahasa mudah, Liberalisme itu ialah mahukan kebebasan. Bebas. Bebas dari dua unsur utama, iaitu bebas dari asas-asas agama dan bebas dari asas-asas Negara.

Secara mudah boleh dilihat Liberalisme dalam revolusi Perancis ialah mereka menolak pemerintahan Raja dan pengaruh agama, Kristian. Mereka mahu bebas dari dua unsur itu, Raja-Negara dan Agama-Kristian.

Begitulah untuk kita fahami pelbagai pemikiran sesat dan pergolakan hari ini berpunca dari ciri-ciri fahaman Liberalisme ini yang telah dan sedang meresapi dalam kehidupan dan masyarakat kita hari ini.

Kisah Wan Ji yang mahu hapuskan Sultan itu adalah unsur-unsur Liberalisme yang telah menanami dalam pemikirannya. [baca: Hapuskan Sultan Pada Tahun 2030 – Malaysia Jadi Republik]

Tuntutan atas nama hak asasi untuk hidup bergelumang dengan seks songsang LGBT itu juga menolak asas agama yang mengatakan ianya haram. Mereka mahu bebas dari asas agama. Itu juga Liberalisme.

Pengaruh Liberalisme di Indonesia memuncak hinggakan pelajar-pelajar Islam di Universiti Islam, sama-sama berzikir dengan laungan “Anjing Akbar” seolah-olah menanjingkan Allah itu. Fenomena seperti ini, yang berlaku pada tahun 2004, bukanlah suatu yang asing di Indonesia. Pengaruh Liberalisme seperti ini turut menular di tempat kita dengan didokong pula oleh beberapa tokoh dan pertubuhan yang pelbagai di Tanah Air.

Gejala seperti ini dibimbangi akan menjadi meluas sebarannya di kalangan anak-anak muda kita hari ini. Kita dapat lihat ucapan sesetengah tokoh yang lantang bersuara tanpa segan silu lagi menyanggahi hukum agama serta berani bertindak untuk menyerang keluruhan Perlembagaan dan undang-undang di Tanah Air kita.

Kita turut melihat golongan Liberaslis ini tidak peduli lagi dengan kritikan orang awam malah mereka berbangga dengan sikap bebal mereka itu.

 

 

 

Itulah petikan dari satu rakaman video kata-kata Wan Ji yang merancang bahawa pada tahun 2030 nanti sistem Raja akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem Republik.

Ana punya cita-cita, sekarang ni 2013 … (pada) 2030, “map” ana, Sultan tak ada, Sultan dah habis, Malaysia ni dah jadi Negara Republik. Sistem Presiden dah.

Hari ini, laporan media menyebut bahawa Wan Ji dilantik sebagai pegawai penerangan agama Kerajaan Pulau Pinang.

Saya cuba untuk tidak mahu kaitkan tanggapan bahawa DAP memang mempunyai perancangan untuk menukar Malaysia menjadi sebuah Negara Republik, tetapi perlantikan ini membuat tanggapan itu semakin sukar untuk dinafikan.

KUALA LUMPUR: Anas Zubedy, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sendirian Berhad berkongsi mengenai penglibatan salah satu agensi kerajaan yang turut bekerjasama dalam usahanya untuk mempromosikan antara lain konsep liberal dalam Rukunegara kepada para pelajar.

sumber: menara.my

Perkongsian itu dibuat dalam ucapannya semasa majlis pelancaran Kempen #SaySomethingNice (#SSNC) 2017 di Universiti UCSI baru-baru ini.

Kempen ini antara lain memberi tumpuan kepada Rukun Negara melalui projek #RukunNegaraSomethingNice.

Rukun Negara dipilih sebagai fokus kerana ia menghasilkan kata-kata kunci yang penting seperti liberal, demokratik, progresif, keadilan dan kesaksamaan, menurut ahli perniagaan tersebut.
Beliau berkata, “Ia merupakan kerjasama di antara Zubedy dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Kita mahu membuat rakyat Malaysia memberi perhatian terhadap Rukun Negara.”

“Kempen ini adalah suatu pertandingan di mana kesemua jagaan JPNIN termasuklah Kelab Rukun Negara, Kelab Rukun Tetangga, Sekretariat Rukun Negara di sekolah-sekolah dan universiti-universiti menulis perasaan mereka, pemikiran dan idea mengenai Rukun Negara dan mengaplikasi falsafahnya dalam kehidupan seharian mereka,” katanya lagi.

Beliau berharap agar dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk membawa kempen ini ke sekolah-sekolah.
Sebelum ini, Lembaga Pe­ngawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri pernah mengumumkan sekatan bagi gerakan kempen Let’s Read The Quran yang juga dianjurkan oleh Anas Zubedy.

Selesai pindaan Akta 164 diluluskan di Parlimen lewat malam 9hb Ogos 2017, timbul pelbagai kritikan terhadap pindaan tersebut. Banyak juga kritikan yang pelbagai itu nampaknya tersasar dan mengelirukan lagi masyarakat yang sudah keliru.

Yang paling ketara ialah apabila ada yang mengulas pindaan Akta 164 ini dengan masih bercakap tentang isu status agama anak seperti mana yang disebut dalam cadangan asal pindaan Seksyen 88A. Seksyen 88A ini sebenarnya telah pun ditarik balik.

Kenyataan rasmi pengguguran Seksyen 88A telah pun dibuat oleh Menteri Azalina pada 7hb Ogos 2017. Masalahnya di sini, di kalangan yang mengulas, ada yang terbawa-bawa dengan sentimen bantahan sebelum ini tanpa meneliti perkembangan terkini.

Pada cadangan pindaan yang asal Seksyen 88A inilah yang menjadi kebimbangan kita umat Islam. Dengan digugurkan, maka apa yang hendak dibisingkan lagi.

Seorang AJK Pusat PAS mengeluarkan kenyataan “RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI”. Ternyata Dr. Ridhuan tidak teliti dalam kupasannya. Malah sudah ada pun seorang aktivis PAS lain, Nazrul Nazir, yang menjawab (di FB beliau) beberapa kekeliruan yang disebut oleh Dr. Ridhuan.

Dalam kekeliruan yang berlaku ini, ramai yang tidak sedar bahawa cadangan pindaan yang dibawa ini telah pun diperjuangkan oleh Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim, lebih 30 tahun lalu – demi membela nasib mualaf yang teraniaya.

Secara mudahnya, Akta 164 ialah akta perkahwinan orang bukan Islam. Bagi orang Islam ianya tertakluk di bawah Undang-undang Keluarga Islam.

Bayangkan suasana sepasang suami-isteri bukan Islam yang telah berkahwin, salah seorangnya memeluk agama Islam. Mualaf yang sudah beragama Islam tidak boleh membubarkan perkahwinan bukan Islamnya. Hanya pasangannya yang tidak Islam sahaja boleh lakukan.

“51. (1) Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam, pihak yang satu lagi itu yang tidak masuk Islam boleh mempetisyen untuk perceraian”.

Bermakna, jika tidak dipinda, nasib mualaf akan teraniaya kerana bergantung semata-mata atas bekas pasangannya yang bukan Islam untuk membubarkan perkahwinan sivil mereka. Dan segala implikasi lain berkaitannya menjadi tergantung.

Di dalam perbualan ringkas dengan sahabat saya, Prof. Naser Disa, Ketua Eksekutif IKSIM, beliau menekankan bahawa fokus pindaan ini ialah Seksyen 51. Selama ini hanya pasangan yang tidak memeluk Islam sahaja yang boleh membubarkan perkahwinan sivil mereka, manakala yang memeluk Islam dinafikan hak untuk berbuat demikian.

Pindaan Seksyen 51 ini langsung TIDAK bercanggah dengan Seksyen 46 Akta Keluarga Islam kerana fungsi Seksyen 46 adalah untuk membolehkan mualaf berkahwin lain di bawah Syariah sekalipun perkahwinan sivilnya masih belum dibubarkan secara rasmi di bawah undang-undang sivil. Maka dengan pindaan baru ini, ialah telah memberikan hak untuk orang Islam yang mualaf tadi.

Beliau menambah lagi, kerap kali suasana tegang tercetus apabila mereka berebut anak. Pasangan muslim pergi ke mahkamah Syariah, manakala yang bukan Islam tidak boleh ke mahkamah Syariah. Yang bukan Islam akan cabar keputusan mahkamah syariah itu di mahkamah Sivil dan menjadikan ia kontroversi. Mereka sengaja tidak mahu bubarkan perkahwinan itu di mahkamah sivil kerana mahu terus tindas yang peluk Islam dengan nafkah hingga akhir hayat.

Begitu juga dengan hak jaga anak. Bila mahkamah Syariah buat perintah, pasangan yang enggan peluk Islam akan cabar di mahkamah Sivil dan ketepikan perintah itu. Sekarang dengan pindaan ini pihak yang memeluk Islam sendiri boleh tuntut hak penjagaan itu di mahkamah Sivil. Yang pentingnya ialah peguam bagi pihak Islam mesti pandai berhujah di mahkamah sivil juga. Jangan hanya jadi jaguh dalam mahkamah Syariah sahaja.

Beliau memberi contoh senario, bayangkan selama ini jika yang mualaf itu perempuan, bekas suaminya yang bukan Islam sengaja enggan bubarkan perkahwinan sivil mereka, sampai bila dia terpaksa gantung tak bertali? Jika terus membiarkan pertelagahan antara yang memeluk Islam dengan yang tidak memeluk Islam berterusan menerusi media, kemungkinan besar pihak yang memeluk Islam akan terus terjejas haknya jika dia enggan menyelesaikan kewajipan atau haknya menerusi proses mahkamah.

Sebab itu apabila berdepan degan sesuatu isu, kita perlu mengambil sikap tabayyun. Sabar, periksa dan kaji dahulu. Jangan terlalu terpengaruh dengan sesuatu kepentingan membuat kita salah pertimbangan.

Juga yang sangat penting ialah untuk kita melihat pelbagai isu itu dalam perspektif yang lebih luas. Meletakkan keutamaan yang sewajarnya.

Contoh;

Ada sahabat-sahabat menceritakan kehebatan Raja Salman yang kononnya berani menegur Presiden Trump yang memegang gelas tangan kiri supaya guna tangan kanan. Tetapi Raja Salman bersalam dengan isteri Trump. Mana sunat? Mana haram?

Akhirnya Kerajaan mengumumkan pengharaman ke atas buku yang diterbitkan oleh kumpulan orang yang sudah kenyang – G25. Buku bertajuk “Breaking the Silence” diharamkan kerana ianya banyak mempertikaikan kedudukan Islam dalam perlembagaan dan dilihat boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Alhamdulillah di atas keberanian dan ketegasan KDN untuk mengambil tindakan sebegini.

Kumpulan ini banyak mengelirukan masyarakat dengan fahaman Liberal sesat serta tafsiran serong mereka terhadap Agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, timbul tanda tanya, kenapa media arus perdana semacam lambat atau segan untuk melaporkan berita sebegini. Pada ketika kiriman ini dibuat, Utusan Malaysia dan Berita Harian, masih belum membuat liputannya.

Baca: Sebenarnya Suara 25 Melayu Ternama Adalah Suara Orang Yang SUDAH Kenyang

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid