You are currently browsing the monthly archive for July 2015.

Apabila kita bercakap tentang ancaman gerakan pelampau evangelis Kristian, kita bukan omong-omong kosong. Kita bukan sahaja-sahaja hendak menakut-nakutkan. Kita menulis dengan fakta dan bukti.

buku2evangelisAlhamdulillah, semalam baru sampai beberapa buah buku lagi yang ditempah selama ini. Ini bermakna kenalah membelek-belek halaman-halaman penting demi memahami lagi agenda jahat memurtadkan umat Islam oleh musuh yang telah pun Allah sebut dalam ayat 120 surah Al Baqarah.

Memahami tentang missiologi berbeza dengan sahabat-sahabat yang bergiat dalam perbandingan agama. Missiologi adalah bidang tentang tipu helah kaedah-kaedah pendakyahan orang-orang Kristian. Bukan berdebat tentang di mana kesilapan dan percanggah Bible.

Untuk mendedahkan agenda jahat mereka, perlulah kita baca dan fahami bidang missiologi ini dengan buku-buku yang berlambak – terserah kepada kita sahaja untuk memilihnya. (kalau susah hendak cari tekan Amazondotcom je)

Maka, kepada mereka yang tidak habis-habis skeptic, dan mereka yang terlalu selesa dengan evangelis yang bermuka-muka, di dalam sesetengah buku ini telah pun didedah tentang sikap musuh orang Islam dari kalangan orang-orang Islam. Sikap orang-orang Islam yang diperbodohkan oleh evangelis pun dibicara supaya digunakan oleh mereka untuk membantu kerja tipu muslihat evangelis supaya orang Islam menghabiskan masa bertelingkahan sesama sendiri.

* rasa macam buku tentang HOPE atau “kisah tentang HARAPAN” tu hendak didahulukan … manalah tahu memudahkan untuk kita fahami kesungguhan orang yang mencari HARAPAN BARU

TSOH-leadersguide** malah buku tersebut telah diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu bertajuk “Kisah Tentang Harapan” … dan “panduan mengajar” untuk pembimbing “usrah” mereka pun boleh dimuat turun percuma …

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Apabila kes tuntutan penggunaan kalimah Allah dibawa oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan (Civil Appeal No. W-01-1-2010), Hakim Mahkamah Rayuan (HMR/JCA) Mohamed Apandi Bin Ali mengetuai koram yang turut dianggotai oleh HMR Abdul Aziz Bin Abdul Rahim dan HMR Mohd Zawawi Bin Salleh.

Dalam penghakiman bertarikh 14 Oktober 2013 tersebut, Hakim Mohamed Apandi Bin Ali menolak rayuan yang dibawa oleh responden. Di antara keputusan penghakiman beliau menyebut:

For completeness, I note that from a quick research on the history of the language of the Bible, it is clear that the word “Allah” does not appear even once as the name of God or even of a man in the Hebrew Scriptures. The name “Allah” does not appear, even once in either the Old or New Testaments. There is no such word at all in the Greek New Testament. In the Bible world, God has always been known as Yahweh, or by the contraction Yah. That being the historical fact it can be concluded that the word or name “Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity, in particular that of the Roman Catholic Church.

AG-ApandiAli-AllahNotIntegralChristianFaithBahawa perkataan “Allah” tidak pernah digunakan langsung kitab asal dalam bahasa Hebrew. Begitu juga nama “Allah” tidak juga timbul dalam kitab Perjanjian Lama ataupun Baru mahupun Perjanjian Baru dalam bahasa Greek-Yunani. Malah perkataan atau nama “Allah” adalah BUKAN INTEGRAL dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian, TERUTAMANYA Gereja Katolik Roman.

Maka HMR Apandi Ali menegaskan:

With the above historical and religious fact, I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word “Allah” in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since “Allah” is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majority population in this country is Malay and whose religion is Islam. A fortiori, under Article 160 of the Federal Constitution, a “Malay” is defined as “a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, …”.

Oleh kerana “Allah” tidak pernah menjadi suatu yang INTEGRAL dalam kepercayaan responden, maka tujuan penggunaan kalimah Allah akan menimbulkan kekeliruan yang tidak perlu dalam masyarakat Islam dan sudah pasti tidak membawa kepada keamanan dan keharmonian kehidupan masyarakat di negara ini.

Tan Sri Mohamed Apandi Bin Ali yang kemudian menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2013, semalam dilantik menjadi Peguam Negara yang baru mengantikan Gani Patail.

Sebaik pengumuman perlantikan Apandi Ali sebagai Peguam Negara, terdengar beberapa pihak tidak senang dengan perlantikan beliau. Apakah keputusan penghakiman-penghakiman beliau yang sebelum ini diambil kira oleh sesetengah pihak untuk tidak rasa selesa dengan Peguam Negara yang baharu.

Apakah mereka rasa lebih selesa dengan Peguam Negara sebelum ini kerana tidak mahu mengambil tindakan ke atas Pertubuhan Bible Malaysia yang  melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 (Negeri Selangor) dengan menerbit dan menjual bahan cetakan yang mengguna kalimah yang dilarang oleh Enakmen tersebut?

Apakah mereka gembira kerana Gani mengatakan Bible itu adalah kitab Taurat dan Injil? (baca: Gani Patail Melanggari Al Quran, Al Hadith dan Ijma’ Ulamak) Sebenarnya Gani bukanlah kebal untuk sentiasa memihak kepada musuh Islam (baca: Gani Patail Bukannya Mengatasi Undang-undang) … orang yang melanggar undang-undang sepatutnya dibawa kepengadilan bukannya mudah sangat terlepas.

Contohnya kita lihat dalam kes yang berlaku kepada Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA) dan pendakwaan terhadap Rayer yang celupar – baca: Dua Kes Mahkamah Hari Ini Mengesahkan Sikap Gani Patail?

Semoga ketegasan Peguam Negara Apandi Ali dapat membela Islam kembali didaulatkan di Tanah Melayu ini. Semoga di atas jawatan yang baharu ini Peguam Negara tidak mudah dipengaruhi oleh telunjuk politik.

Terdapat pelbagai manual latihan yang direncana khas untuk sasaran memurtadkan orang-orang Islam oleh pelampau evangelis Kristian. Kepelbagaian ini antaranya disebabkan mereka dari kelompok (denominations) berbeza (ada ratusan kelompok berbeza di kalangan penganut Kristian).

LDS Mormon mubalighKelompok Latter Days Saint (LDS) yang lebih dikenali sebagai Mormon (yang dikirakan sebagai Kristian SESAT oleh kebanyakan Kristian yang lain), mempunyai pusat latihan mereka di Missionary Training Center (MTC), Provo, Utah, Amerika Syarikat (selain 16 lagi MTC seluruh pelusuk dunia). Pendakyah-pendakyah mereka, yang selalu berkeliaran di Tanah Air kita, mudah dikenali kerana mereka memakai seluar gelap, kemeja putih dan bertali leher (bagi lelaki). Mereka juga mudah dikenali kerana memakai “tag nama”.

Sebelum ke Tanah Air kita mereka bukan sahaja dilatih tentang asas-asas agama mereka untuk berhujah menyebarkan agama mereka, tetapi mereka juga diajar tentang agama Islam dan bagaimana hendak berhujah. Malah, mereka juga diajar untuk tahu serba sedikit tentang negara, bangsa, kebudayaan dan seumpamanya. Contohnya, mereka diberi pendedahan tentang Jalur Gemilang dan yang berkaitan.

Salah satu lagi manual latihan untuk pendakyah Kristian berhadapan dengan orang Islam yang saya cuba tekuni ialah kaedah yang dipelopori oleh Southern Baptist Convention (SBC), yang dipanggil “CAMEL Method“. CAMEL adalah singkatan kepada “Chosen, Announcement, Miracles, Eternal Life” kononnya rumusan dari kisah Maryam dan Nabi Isa a.s. dalam al Quran surah Ali Imran ayat 43-55.

Dalam salah sebuah manual latihan CAMEL ianya menerangkan salah satu strategi untuk mendekati sasaran Muslim oleh seorang pendakyah MBB (Muslim Background Believer).

[MBB adalah orang-orang Islam yang telah murtad menganut agama Kristian – mereka ini dilabelkan sebagai “Muslim Background Believers” yakni orang yang berlatar-belakangkan Islam tetapi kini percaya kepada Jesus – baca lanjut di sini]

Sebagai seorang MBB, paderi ini seharusnya cukup terlatih untuk memetik mana-mana ayat Al Quran. Maka apabila mendekati sasaran Muslimnya, dia akan pertamanya lontarkan ayat seperti dari surah Yunus: ayat 94:

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya).

Ayat ini bagi tujuan membuka minda sasaran Muslim itu untuk tertanya-tanya dengan hujah kononnya (kata mereka) apabila Nabi s.a.w. “ragu” dengan ayat-ayat Allah, maka Baginda diminta untuk rujuk kepada kitab-kitab terdahulu  (TETAPI menurut tafsir-tafsir muktabar [e.g. At-Tabari dan Ibn Katsir], memetik hadith riwayat Qatadah bahawa Baginda “tidak ragu dan kerana itu tidak akan bertanya kepada mereka”).

Tujuan mereka guna ayat-ayat Al Quran ialah untuk memecah sekatan minda berbanding jika pendakyah mengguna Bible. Jika mereka guna Bible untuk mula berhujah sudah pasti orang Islam akan menolak dari awal lagi.

When approached with the Bible, Muslims immediately become defensive. A confrontation is imminent – your holy book verses his holy book. A Muslim cannot and will not deny the Koran. Relating to a Muslim from the Koran guarantees a listening ear. If attention is given to the verses in the Koran that deal with truths about Jesus, then you and your new Muslim friend can enter into dialogue on neutral ground.

Apabila pemikiran sasaran Muslim itu mulai tergugat atau terbuka, maka langkah seterusnya bagi paderi MBB itu ialah menarik sasarannya untuk rasa selesa dengan orang-orang Kristian dengan mengguna ayat 82 dari surah Al Maaidah pula.

… Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Melalui ayat sebegini, paderi tersebut akan cuba menyakini sasaran Muslim (si mangsa) bahawa “ayat Quran sendiri yang mengatakan orang Kristian adalah baik dan mesra dengan orang Islam”.

Dengan menarik emosi sasaran Muslimnya (dengan mengguna ayat dari Al Quran), paderi MBB akan mengajak pula si mangsa untuk menjadi seorang Muslim sebenarnya. Untuk itu perlulah dia baca dan terbuka kepada kitab-kitab terdahulu sambil berhujah dengan ayat 136 surah An Nisaa. Sasaran Muslim itu juga diyakinkan supaya tidak bimbang tentang ayat-ayat Allah yang dijanjikan tidak akan mampu diubah oleh manusia, sambil memetik ayat 115 surah Al An’aam, seolah-olah Bible hari ini adalah benar dan sama seperti kitab-kitab asal.

The MBB went further to explain … in order to be a proper Muslim (one who totally surrenders himself to God), he must read the holy books that came before the Koran (see Surah 4:136) and that he should not have any fear that God’s Holy Word can be changed by any man (see Surah 6:115).

Begitulah antara cara tipu muslihat yang dilatih kepada paderi Kristian yang akan berdepan dengan si mangsa Mulism.

Teringat pula apabila Asri MAZA juga menggunakan ayat 82 dari surah Al Maaidah dengan mengatakan:

“Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian” (MalaysianInsider 17 Mei 2014)

Asri turut galak mengatakan orang-orang Kristian sebenarnya “paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam” – satu nada dengan kaedah yang dilatih oleh evangelis Kristian apabila hendak mendekati orang-orang Islam.

Asri MAZA-Evangelis-alMaaidah ayat82

Menurut tafsir At-Tabari dan Ibn Katsir, ayat tersebut merujuk kepada kisah orang Nasrani dari Habsah yang apabila mendengar ayat-ayat suci Al Quran dari surah Maryam mereka  sangat tersentuh dan menangis terus memeluk Islam (ada satu lagi kisah asbabun nuzulnya ialah apabila dibaca ayat-ayat dari surah Yaasin) – baca Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)

Jauh yang teramat sangat perbandingan yang hendak dibawa oleh Asri ini. Asri Ni Dia Tak Faham Atau Dia Rasa Terlalu Pandai? Ayat yang digunakan langsung tidak sesuai dengan pelampau evangelis yang saban hari memerangi orang-orang Islam seperti mana yang disebut dalam ayat 120 surah Al Baqarah itu.

Semoga Umat Islam di Tanah Air kita tidak mudah terpesong dengan pandang yang menyanggahi ijmak dan telah disepakati oleh ulamak terdahulu semata-mata kerana mahu dilihat berbeza dengan suatu pandangan yang kononnya dirasakan  “cerdik” (?) atau mungkin supaya popular di kalangan musuh Islam dan media-media musuh Islam.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Selalunya media barat termasuk media-media yang memusuhi Islam di Tanah Air kita hanya menyiarkan berita-berita yang ingin burukkan Islam dan Muslim. Mereka akan elak untuk menyiarkan apa-apa berita yang memperlihatkan kejahatan serta keganasan pelampau Kristian.

kristian korea temple burningSaya petik satu sedutan sebuah dari laporan yang berjudul “Korean Temple Burnings and Vandalism: The Response of the Society for Buddhist-Christian Studies” dari Buddhist-Christian Studies jilid 20 (2000) 239-240:

Over the course of the last decade a fairly large number of Buddhist temples in South Korea have been destroyed or damaged by fire by misguided Christian fundamentalists. More recently, Buddhist statues have been identified as idols, and attacked and decapitated in the name of Jesus. Arrests are hard to effect, as the arsonists and vandals work by stealth of night.

Huffington Post (Oktober 2014) pernah memetik sumber dari akhbar Korea Selatan, Beopbo Shinmun, bahawa ekstremis Kristian telah mencemar sebuah kuil bersejarah yang diiktiraf oleh UNESCO:

“Korean Christians were observed singing hymns and missionary prayers, allegedly doing Ddangbarpgi in a Buddhist temple and UNESCO World Heritage Site, the Mahabodhi Temple.” Ddangbarpgi refers to the act of Christians worshiping at sacred locations of other religions, primarily Buddhism.

keganasan pelampau kristian koreaHarus diingat, kuil Mahabodhi ini terletak di benua India! Itu membuktikan keberanian serta sejauh mana pelampau Kristian ini sanggup melakukan keganasan mereka.

Sebelum itu seorang paderi protestant kencing di dalam dewan “dharma” sebuah kuil:

August 20th, 2012 a Protestant pastor, Seong, vandalized the dharma hall of Donghwasa Temple. This pastor self-proclaimed that he was from the SoonBokEum Church, was caught urinating in the dharma hall and vandalized the Buddhist portraits with a permanent marker

Dua bulan kemudian, satu lagi insiden berlaku di kuil yang lain pula:

On October 4th, 2012, an arson tried to burn down the Gakhwangjeon Hall of Hwaomsa Temple in Gurye County, Korea. Fortunately, the fire only made a small damage to the gate of the hall due to quick actions of the monks and the fire prevention restoration made in 2008.

Malah pada tahun sebelumnya (2011), lebih lima buah kuil dirosakkan serta diganggu oleh pengganas Kristian ketika penganut Buddha sedang melakukan upacara keagamaan. Semua keganasan ini dilakukan atas nama Jesus. Atas nama Jesus juga mereka mendoakan kemusnahan kuil-kuil Buddha.

One of the biggest and significant act of vandalism by Christians was in June of 2006 during the “Again 1907 in Busan” festival by Korean Christians. The Christians prayed earnestly for all the Buddhist temples and monasteries of the Busan area to be destructed, and many Korean citizens were dismayed to find Korean President Lee MyungBak to be the congratulatory commentator of this event.

Harus diingat juga, Presiden Lee Myung Bak adalah seorang ekstremis Kristian yang akhirnya tumbang kerana pelbagi skandal rasuah (ini yang evangelis tidak mahu sebut kerana mereka hanya tahu menuduh orang lain yang rasuah!)

kristian korea sokong amerika cerobohPara pelampau evangelis Kristian kerap memberi sokongan ke atas pencerobohan dan keganasan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat. Pelampau evangelis Kristian sentiasa berada di belakang kemusnahan  yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Mereka bersama tentera Amerika apabila Afghanistan dan Iraq diceroboh. Mereka menumpang sama dalam kezaliman tentera Amerika Syarikat ke atas orang awam di Afghanistan dan Iraq.

Jika kita masih ingat peristiwa di mana 23 orang pendakyah Kristian Korea Selatan yang ditahan oleh pihak Taliban pada tahun 2007, itu sebagai bukti pelampau evengelis Kristian ini sangat agresif serta mengambil kesempatan di atas kesengsaraan rakyat awam yang dimusnahkan kehidupan mereka oleh penceroboh.

Tumpuan utama pendakyah Kristian dari Korea Selatan adalah kepada negara-negara Islam. Korea Selatan telah mengatasi United Kingdom sebagai pengeksport mubaligh Kristian yang kedua teramai selepas Amerika Syarikat semenjak tahun 2006.

************

Sila baca juga yang berkaitan:

 

Nampak gayanya kebanjiran kumpulan K-Pop datang ke Malaysia tidak putus-putus. Siri konsert mereka nampaknya semacam tidak berkesudahan.

Kenapa peduli sangat dengan kedatangan kumpulan K-Pop ini?

KPop-boost- dakyahKristianSaya pernah menyebut dalam kiriman awal tahun ini bahawa Kepopularan K-Pop Telah Merancakkan Kerja Dakyah Kristian (baca). Dan kiriman tersebut adalah hasil petikan dari pelbagai sumber literatur Kristian sendiri yang memperakui bahawa K-Pop turut menjadi alat untuk penyebaran agama Kristian. (Begitu juga saya pernah sebut bahawa Programa Esportivo Missionário (PEM) Adalah Program Kristianisasi Melalui Bolasepak (baca).

Dikhabarkan kumpulan terbaru yang akan tiba dan membuat persembahan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 25hb Julai, esok, ialah kumpulan Big Bang.

Menurut beberapa laman peminat K-Pop, kesemua ahli kumpulan Big Bang adalah penganut Kristian. Malah, awal tahun lepas, saya pernah mengumpul senarai ahli-ahli pelbagai kumpulan K-Pop untuk mengetahui apakah anutan agama mereka. Lebih 75 peratus dari mereka adalah penganut agama Kristian. (kalau terkini mungkin lebih lagi – dan bayangkan peratusan penduduk Korea yang beragama Kristian adalah 30+ peratus)

Korea Selatan-pengeksport mubaligh KristianPerlu diingat juga, Korea Selatan kini adalah menjadi negara pengeksport mubaligh yang kedua teramai selepas Amerika Syarikat mulai tahun 2006. Korea Selatan kini telah dianggap sebagai negara Kristian kerana mempunyai penganut Kristian sebagai kelompok agama terbesar, mengalahkan penganut Buddha yang satu masa dahulu menjadi penganut teramai. (baca: Korea Sebuah Negara Kristian – K-Pop Suatu Agenda Promosi Kristian?)

Dan sasaran utama pelampau evangelis Kristian dari Korea Selatan ialah NEGARA-NEGARA ISLAM (rujuk rajah sebelah – itu petikan BBC NEWS!)

KPop-BigBang-PembinaBantahSyukur kita kerana adanya kelompok masyarakat yang prihatin mengingatkan umat supaya berhati dengan agenda mempromosi budaya K-Pop, antaranya seperti kempen bantahan PEMBINA (rujuk poster sebelah).

Nanti apabila kiriman ini tersebar maka sudah pasti akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian?” Memang benar kita mesti waspada. Kita mesti awasi ancaman-ancaman. Kita wajib berusaha melindungi umat Islam dengan mengambil sikap “sadduz zara’i” (baca: Kenapa Kunci Rumah?)

Baca juga: Kuil-kuil Buddha Di Korea Dimusnahkan Oleh Pelampau Kristian Yang Ganas

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

What may be the world’s oldest fragments of the Koran have been found by the University of Birmingham.

BBC News: On 21 July 2015, the University of Birmingham announced it had found Quran fragments thought to date back to at least 645 in its collection.

Radiocarbon dating found the manuscript to be at least 1,370 years old, making it among the earliest in existence.

The pages of the Muslim holy text had remained unrecognised in the university library for almost a century.

Quran fragment-goatskin

The fragments were written on sheep or goat skin

The British Library’s expert on such manuscripts, Dr Muhammad Isa Waley, said this “exciting discovery” would make Muslims “rejoice”.

The manuscript had been kept with a collection of other Middle Eastern books and documents, without being identified as one of the oldest fragments of the Koran in the world.

Oldest texts

Quran fragment-surah TaHaWhen a PhD researcher, Alba Fedeli, looked more closely at these pages it was decided to carry out a radiocarbon dating test and the results were “startling”.

The university’s director of special collections, Susan Worrall, said researchers had not expected “in our wildest dreams” that it would be so old.

“Finding out we had one of the oldest fragments of the Koran in the whole world has been fantastically exciting.”

The tests, carried out by the Oxford University Radiocarbon Accelerator Unit, showed that the fragments, written on sheep or goat skin, were among the very oldest surviving texts of the Koran.

These tests provide a range of dates, showing that, with a probability of more than 95%, the parchment was from between 568 and 645.

“They could well take us back to within a few years of the actual founding of Islam,” said David Thomas, the university’s professor of Christianity and Islam.

Quran fragment-ayat17-20“According to Muslim tradition, the Prophet Muhammad received the revelations that form the Koran, the scripture of Islam, between the years 610 and 632, the year of his death.”

Prof Thomas says the dating of the Birmingham folios would mean it was quite possible that the person who had written them would have been alive at the time of the Prophet Muhammad.

“The person who actually wrote it could well have known the Prophet Muhammad. He would have seen him probably, he would maybe have heard him preach. He may have known him personally – and that really is quite a thought to conjure with,” he says.

First-hand witness

Prof Thomas says that some of the passages of the Koran were written down on parchment, stone, palm leaves and the shoulder blades of camels – and a final version, collected in book form, was completed in about 650.

He says that “the parts of the Koran that are written on this parchment can, with a degree of confidence, be dated to less than two decades after Muhammad’s death”.

“These portions must have been in a form that is very close to the form of the Koran read today, supporting the view that the text has undergone little or no alteration and that it can be dated to a point very close to the time it was believed to be revealed.”

The manuscript, written in “Hijazi script”, an early form of written Arabic, becomes one of the oldest known fragments of the Koran.

Because radiocarbon dating creates a range of possible ages, there is a handful of other manuscripts in public and private collections which overlap. So this makes it impossible to say that any is definitively the oldest.

But the latest possible date of the Birmingham discovery – 645 – would put it among the very oldest.

‘Precious survivor’

Dr Waley, curator for such manuscripts at the British Library, said “these two folios, in a beautiful and surprisingly legible Hijazi hand, almost certainly date from the time of the first three caliphs”.

The first three caliphs were leaders in the Muslim community between about 632 and 656.

Dr Waley says that under the third caliph, Uthman ibn Affan, copies of the “definitive edition” were distributed.

Muhammad Afzal

Muhammad Afzal of Birmingham Central Mosque said he was very moved to see the manuscript

 

“The Muslim community was not wealthy enough to stockpile animal skins for decades, and to produce a complete Mushaf, or copy, of the Holy Koran required a great many of them.”

Dr Waley suggests that the manuscript found by Birmingham is a “precious survivor” of a copy from that era or could be even earlier.

“In any case, this – along with the sheer beauty of the content and the surprisingly clear Hijazi script – is news to rejoice Muslim hearts.”

The manuscript is part of the Mingana Collection of more than 3,000 Middle Eastern documents gathered in the 1920s by Alphonse Mingana, a Chaldean priest born near Mosul in modern-day Iraq.

He was sponsored to take collecting trips to the Middle East by Edward Cadbury, who was part of the chocolate-making dynasty.

The local Muslim community has already expressed its delight at the discovery in their city and the university says the manuscript will be put on public display.

“When I saw these pages I was very moved. There were tears of joy and emotion in my eyes. And I’m sure people from all over the UK will come to Birmingham to have a glimpse of these pages,” said Muhammad Afzal, chairman of Birmingham Central Mosque.

The university says the Koran fragments will go on display in the Barber Institute in Birmingham in October.

Prof Thomas says it will show people in Birmingham that they have a “treasure that is second to none”.

source: http://www.bbc.com/news/business-33436021

Dalam pada kerajaan berusaha untuk membina keharmonian negara, ada orang-orang tertentu yang memang RASIS dan bencikan orang Melayu.

Video yang dirakam dari siaran berita NTV7 pada 22hb Julai 2015, menyiarkan lawatan rasmi Joseph Kurup ke Plaza Low Yat kononnya bagi memulihkan suasana keharmonian selepas insiden sebelum Raya yang lalu. Dalam rakaman tersebut, seorang peniaga Cina menampar tangan pegawai Melayu yang mengiringi lawatan Menteri ketika beliau menghulur untuk bersalam selepas Menterinya.

Bagaimana hendak dipulihkan keharmonian kalau beginilah sikap mereka? Patutlah boikot diteruskan kalau begini?

Apakah ini wajah peniaga Cina yang menampar pegawai Melayu yang lengkap berbaju Melayu dalam suasan hari Raya? Benar-benar menguji kesabaran kita.

peniaga cina tampar tangan melayu

 

Akibat larangan Gereja Injili Di Indonesia wilayah Toli melarang umat Islam di kabupaten Tolikara melaksanakan solat Eidul Fitri suatu kekecohan berlaku ketika umat Islam di tempat tersebut sedang menunaikan solat mereka pagi tadi.

Masjid Musala Baitul Mutaqin diserang dan dibakar ketika umat Islam sedang menunaikan solat Eid mereka pagi tadi. Pelbagai laporan media menyiarkan liputan dan gambar insiden yang berlaku. Ada yang melaporkan ianya meragut nyawa serta kecederaan kepada beberapa orang.

Semoga Allah memelihara keselamatan umat Islam di wilayah Toli.

masjid tolibara dibakar solat EID

 

 

 

Inilah gelaran terbaru untuk saya … sebagai “blogger upahan untuk spin isu2 kristian untuk promosi menyokong parti sekuler“.

blogger upahan1

Apabila menyiarkan kembali satu kiriman lama dari blog saya yang dipetik oleh “AIDC” bertarikh 18hb Jan 2014 (Siapa Herman Shastri Mahu Sekat Dakwah Islam ?) di dinding FB saya, seorang pemuda bernama “Mohd Noah” telah menulis komen berbunyi:

“saya doa’kan tuan menyokong Islam sepenuhnya dan bukan sebagai bloggers upahan untuk spin isu2 kristian untuk promosi menyokong parti sekuler”

Sebelum ini saya pernah menulis berhubung komen-komen lain yang pernah saya terima. Kenapakah dari kalangan kita orang Islam di Malaysia “Ada Yang Benci Apabila Kita Dedah Ancaman Kristianisasi?

Kenapa perlu “Ada Duri Dalam Daging?

tuduhan dan komen

Iain-Sang Nila Utama-promoDua faktor penting yang mesti kita ketahui dalam memahami gerakan pelampau evangelis sedunia. Iain Buchanan dalam buku beliau, “Sang Nila Utama & The Lion Of Judah (klik), menyebut faktor-faktor tersebut adalah:

1. Niat – untuk menyebarkan agama Kristian kepada setiap manusia di seluruh pelusuk bumi bagi memenuhi “Great Commission”  

2. Rangkaian – dengan mengguna jaringan yang kompleks, meluas dan efisien serta menggunakan teknologi terkini dan kaedah pengurusan terkini, para evangelis berjaya menembusi dan menumpaskan sasaran mereka. Dengan kehebatan kekuatan sebegini kesempatan juga diambil oleh “negara penjajah” dalam menakluki dunia ketiga. Maka kita lihat rangkaian sebegini berjalan seiring dengan “penjajahan barat” ke atas negara-negara Islam.

Dalam pada itu, pelampau evangelis ini turut menyesuaikan niat dan kaedah mereka mengikut resam dan budaya tempatan melalui cara “kontekstualisasi“. (baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad)

Dua kumpulan utama pelampau evangelis yang mengganas dalam usaha mereka “menakluki dunia” ini, iaitu kumpulan “Christian Zionism” dan “Dominionism”, termasuk pecahan yang dirangkum sekali seperti “Charismatic” dan “Pentecostal”.

Agenda dan kesungguhan kelompok-kelompok ini kerap mendominasi kumpulan-kumpulan lain sehingga menimbulkan ketidak-senangan dari kalangan yang tidak setuju dengan mereka. Kita akan dapat baca perbahasan dan pertelingkahan dalaman mereka jika kita meneliti dengan halus dokumen dan tulisan-tulisan di kalangan mereka.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2015
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid