You are currently browsing the monthly archive for May 2017.

Setiap 15hb Mei kita memperingati “Hari Nakbah”. Tarikh di mana lebih 700,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari rumah mereka kerana rejim Zionis Israel merampas bumi tersebut untuk dijadikan negara haram Israel.

Itu kita yang sambut. Kita yang sama bersimpati dengan nasib rakyat Palestin kita hulurkan bantuan, kita bantah kekejaman rejim Israel.

Tetapi tidak bagi Evangelis Kristian. Mereka bergembira. Malah mereka sambut besar-besaran tahun ini “Jerusalem Jubilee” yang akan diadakan ketika kita semua kemuncak mengejar Lailatul Qadr.

Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50. Dan ini diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel! Dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya!

Mereka akan sambut besar-besaran di Melaka pada 15-18 Jun nanti.

Sokongan kepada Israel ini penting bagi Kristian Evangelis kerana nanti dijanji kepada mereka bahawa hubungan akan dibina di antara negara haram Israel dengan Malaysia. Ini SUMPAH BAI’AH mereka yang mereka ulang-ulang … Decree for Israel “… fully restored and reconciled with the State of Israel … have political and economic ties with the State of Israel … establishment of the Israel Embassy …”

Mereka sudah bersumpah untuk mengadakan hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Israel suatu hari nanti apabila mereka berkuasa!

Ramai di kalangan kita peka dan peduli dengan nasib dan penderitaan rakyat Palestin, menghulurkan sumbangan dan pelbagai bantuan. Pelbagai NGO ditubuh untuk tujuan itu. Alhmadulillah.

Namun, sukar untuk kita faham sesetengah NGO-NGO yang konon sibuk membebaskan Al Aqsa tetapi rapat dan kemas bersekongkol dengan puak Kristian Zionis yang jelas agenda mereka bersama Israel.

Baca lanjut hubungan rapat Evangelis Kristian Zionis dengan rejim Israel melalui buku Mr. Iain Buchanan – “Sang Nila Utama and The Lion of Judah – Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” m.s. 89-91. Fahamilah bahawa ideologi Kristian Zionis hidup bugar di Tanah Air kita!

Mereka SOKONG ISRAEL! Baca: artikel Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!

[Tonton video dari sini: Video Bendera Israel Dikibar Dalam Gereja Di Malaysia]

Baca juga hasutan Paderi Annadorai: Orang-orang Cina Akan Hubungkan Malaysia Dengan Israel]

Program Jerusalem Jubilee kononnya dibatalkan? – baca: Jerusalem Jubilee – Betulkah Mereka Batal? Atau Mereka TUKAR STRATEGI?

Dipetik dari laman sesawang ICEJ mereka sendiri:

The International Christian Embassy Jerusalem was established in 1980 in recognition of the biblical significance of all of Jerusalem and its unique connection with the Jewish people. Today, it represents millions of Christians, churches, and denominations to the nation and people of Israel. We recognize in the restoration of the State of Israel God’s faithfulness to keep His ancient covenant with the Jewish people.

Our main objectives are:

  • To stand with Israel in support and friendship;
  • To equip and teach the world wide Church regarding God’s purposes with Israel and the nations of the Middle East;
  • To be an active voice of reconciliation between Jews, Christians, and Arabs, and to support the churches and congregations in the Holy Land.

Apabila otak sudah dirasuk oleh pemikiran Liberalisme maka mulalah mulut mengeluarkan pandangan yang boleh merosak agama.

Khairy Jamaluddin mengeluarkan tweet mengatakan bahawa tiada paksaan dalam agama. Mana dia belajar ni?

Apakah ayat dari surah Al Baqarah:256 yang hendak dihujahkan? Amat jelas sekali Khairy gagal dalam memahami ayat tersebut.

Begitu juga Nurul Izzah menggunakan ayat yang sama ketika menjawab soalan Siti Bedah pada 3hb Nov 2012 dalam sesi soal jawab di gereja Full Gospel Tabernacle Subang Jaya. Mungkin kita faham bahawa Nurul Izzah belajar dari ayahnya, Anwar Ibrahim yang memberi jawapan bahawa Azlina Jailani ada hak untuk murtad apabila ditanya oleh wartawan BBC.

Mungkin akibat terlalu mendampingi ustaz-ustaz wahhabi dari luar dan dalam negara, pemikiran Khairy Jamaluddin sudah mula diracuni oleh pemikiran liberal dan boleh mentafsirkan ayat mengikut selera sendiri.

Pemikiran wahhabi itu berputik dari fahaman Liberalisme Agama.

Rosak habislah para Pemuda Melayu jika dipimpin orang sebegini!

AMANAH ADALAH PENERUSAN PERJUANGAN YUSOF RAWA: SIAPA YANG DR MUJAHID MAHU PERBODOHKAN?

dipetik dari FB Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Kasihan sungguh saya melihat para pemimpin AMANAH yang begitu terdesak mencari pengaruh hingga sanggup bertungkus-lumus menggunakan nama bekas pemimpin tertinggi PAS untuk memberikan legitimasi kepada penubuhan parti itu.

Sebelum ini, para pemimpin AMANAH diketahui menggunakan nama bekas Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan nama bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, untuk dikaitkan dengan parti itu.

Malangnya, cubaan mereka menemui kegagalan dengan saya sendiri telah memberikan bukti-bukti konkrit bahawa perjuangan AMANAH adalah terlalu jauh menyimpang dari perjuangan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz dan Almarhum Datuk Fadzil.

Terbaru, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, melalui tulisan yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 26 Mei menggunakan pula nama bekas Presiden PAS merangkap bekas Mursyidul Am PAS, Almarhum Haji Yusof Rawa.

Di dalam tulisan bertajuk “Yusof Rawa Tried Middle Path” ini, Dr Mujahid cuba mengaitkan Almarhum Haji Yusof dengan perjuangan AMANAH dengan menyebutkan betapa AMANAH adalah penerusan kepada legasi Almarhum Haji Yusof.

Mengikut Dr Mujahid, Almarhum Haji Yusof, berbeza dari apa yang digambarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan, adalah seorang pemimpin yang bukan radikal, tetapi sederhana (moderate) dan terbuka (open).

Kesimpulan ini Dr Mujahid dakwa beliau perolehi dari tesis PhD beliau yang mengkaji mengenai konflik dalaman PAS dan perubahan yang dihasilkannya dan dari maklumat yang dikumpulkan mengenai kepimpinan Almarhum Haji Yusof.

Saya telah pernah membaca tesis PhD dan buku-buku tulisan Dr Mujahid bertajuk “Permata dari Pulau Mutiara: Sebuah Catatan Hidup Ayahandaku Haji Yusof Rawa”, “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme” dan “Rejuvenasi PAS”.

Berdasarkan pembacaan saya ke atas tesis PhD dan buku-buku tulisan beliau ini, saya tidak pernah memandang tinggi tahap keintelektualan Dr Mujahid, malah pernah beberapa kali juga saya menulis mengkritik hasil-hasil tulisan beliau ini.

Sungguh kelakar melihat betapa Dr Mujahid bersungguh-sungguh cuba memaparkan kepada masyarakat umum kononnya beliau adalah pakar mengenai sejarah PAS walhal beliau adalah seorang bodoh yang cuba pula memperbodohkan orang lain.

Dakwa Dr Mujahid: “I did my PhD at Universiti Malaya focusing on Conflict in Islamic Party (PAS) and the change it brought. I gathered information on Yusof Rawa’s leadership as he was the architect of change from the post Asri crisis.”

Terfikir di dalam hati saya selepas membaca dakwaan Dr Mujahid ini, ada juga rupanya orang di dalam dunia ini yang cuba menipu masyarakat umum mengenai tesis PhD mereka seolah-olah orang lain tidak membaca tesis PhD mereka.

Untuk yang tidak tahu, tesis PhD Dr Mujahid adalah satu kajian yang bersifat lokal bukan bersifat nasional, iaitu kajian ke atas konflik organisasi semasa dalam PAS Melaka bukan kajian ke atas konflik organisasi dalam PAS Malaysia.

Hakikat bahawa tesis PhD Dr Mujahid bersifat lokal bukan bersifat nasional tertera di dalam tajuknya, iaitu “Konflik Organisasi dalam Parti Islam dan Kesannya terhadap Perubahan Organisasi: Kajian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Melaka”.

Dakwaan kononnya beliau telah mengumpulkan maklumat mengenai kepimpinan Almarhum Haji Yusof juga cukup melucukan kerana tesis PhD mahupun buku-buku tulisan beliau tidak diasaskan kepada rujukan primer, iaitu sumber dalaman PAS.

Pernah saya sebutkan di dalam beberapa tulisan saya sebelum ini betapa buku-buku tulisan Dr Mujahid, contohnya buku “Permata dari Pulau Mutiara”, pada muka surat 80-81, 84 dan 104-105, mengandungi terlalu banyak kesalahan fakta.

Untuk makluman, tarikh mula Almarhum Haji Yusof memegang jawatan Mursyidul Am PAS ialah 16 November 1987 (bukan 1983) manakala tarikh akhir beliau memegang jawatan Mursyidul Am PAS ialah 18 September 1994 (bukan 1989).

Pelik Dr Mujahid ini, walaupun saya telah menegur beliau mengenai perkara ini, kesalahan ini masih wujud, di mana di dalam tulisan terbaru beliau ini ada tertulis “My father, Yusof Rawa, resigned as the first Mursyidul Am in 1989”.

Kalau tarikh Almarhum Haji Yusof memegang jawatan Mursyidul Am PAS pun Dr Mujahid tidak tahu, maka sudah tentulah fakta-fakta lain mengenai PAS atau mengenai kepimpinan Almarhum Haji Yusof juga beliau lebih tidak tahu.

Sebenarnya, pendirian politik Almarhum Haji Yusof sepanjang beliau menjadi Presiden PAS boleh dilihat jelas di dalam ucapan-ucapan dasar beliau mahupun pelbagai kenyataan lain yang telah pernah beliau buat selaku Presiden PAS.

Perbandingan telus mengenai pendirian politik Almarhum Haji Yusof dengan pendirian politik para pemimpin AMANAH jelas membuktikan bahawa perjuangan AMANAH adalah terlalu jauh menyimpang dari perjuangan beliau.

Contoh paling nyata adalah mengenai obsesi para pemimpin AMANAH terhadap Maqasid Syariah seperti yang tertera di dalam usaha mereka untuk menganjurkan siri Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI) di seluruh negara.

Di dalam NUNJI 2017 contohnya, Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang, menyebut betapa perjuangan AMANAH adalah untuk mencapai tujuan besar syariah seperti nilai kemanusiaan, keadilan dan kesejahteraan sejagat.

Inilah juga yang sering ditekankan oleh Dr Mujahid sendiri sebelum ini, termasuk di dalam buku “Rejuvenasi PAS” yang menekankan mengenai “nilai-nilai yang dijadikan asas pemerintahan seperti ‘keadilan’, ‘saksama’ dan ‘syura’”.

Walhalnya, pendekatan AMANAH yang begini telah berulangkali ditolak oleh Almarhum Haji Yusof, termasuk melalui penegasan beliau di dalam ucapan dasar beliau pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-30 pada 14 dan 15 April 1984.

Tanya Almarhum Haji Yusof di dalam ucapan dasar beliau yang relevan sehingga sekarang ini: “Bagaimana nilai-nilai Islam akan lahir sedangkan hukum-hukum Islam dari sumbernya yang asal, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah, ditolak?”

Menariknya, penekanan terhadap Maqasid Syariah ini juga dijuarai oleh DAP yang telah, melalui Penang Institute, bersama G25, menganjurkan forum bertajuk “Maqasid Syariah in a Constitutional Democracy” pada 31 Oktober 2015.

Penganjuran forum ini telah dipuji oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyebut begini: “Maqasid Syariah are both universal and not formalistic, they can be accepted by all.”

Berdasarkan obsesi para pemimpin AMANAH terhadap Maqasid Syariah dan pendirian DAP mengenainya, perjuangan AMANAH sebenarnya mendekati perjuangan DAP, bukan mendekati perjuangan Almarhum Haji Yusof.

Baca juga:

Hairan. Kenapa Mahathir tangisi apabila termetarainya perjanjian di antara DRB-HICOM dengan Geely Holding Group?

Yang memiliki DRB-HICOM ialah Syed Mokhtar. Syed Mokhtar dikenali sebagai di antara kroni Mahathir. DRB-HICOM diserahkan kepada Syed Mokhtar apabila Arwah Yahya Ahmad meninggal akibat jatuh helikopter. Semua itu zaman Mahathir.

Sekarang ini, apabila DRB-HICOM sebagai pemilik Proton, menjual sebahagian sahamnya kepada syarikat China itu Mahathir menangis.

Rundingan untuk kerjasama di antara syarikat China itu dimulai oleh Mahathir sendiri. Mahathir sendiri bersama Syed Mokhtar yang pergi ke China, pada April 2014, untuk berunding dengan Geely. Bukannya Geely yang datang ke Malaysia runding untuk beli. Mahathir sudah LUPA?

Portal Nikkei Asia Review melaporkan (13 June 2014) bahawa Mahathir sendiri yang hendak usahasama dengan China tanpa bantuan kerajaan. Saya ulang “tanpa bantuan kerajaan.”

Mahathir appears determined to go without government help … flew to China with Syed Mokhtar Al-Bukhary … met with Chinese political and business leaders … started crafting a partnership deal between Proton and Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group.

Habis sekarang siapa yang Mahathir hendak salahkan?

Kita merasa sedih dengan suasana hiba yang menyelubungi Manchester kerana pengebom bunuh diri yang meledakkan bahan letupan selepas konsert pop malam tadi.

Dalam pada kita tidak boleh terima pengeboman bunuh diri yang telah berlaku di Manchester itu walaupun apa alasan yang mereka berikan … kita juga tidak boleh terima kekejaman, penindasan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh penjajahan-penjajahan lampau dan kini.

Portugis, Sepanyol, Perancis, Belanda, Belgium, Jerman, Itali dan sekalian kuasa penjahan Eropah suatu masa dahulu membunuh jutaan nyawa di mana-mana tempat yang mereka mendarat.

Mereka menyerag dan membunuh tanpa belas kasihan.

Sekalian bangsa penjajah ini juga berkongsi membunuh jutaan orang-orang asal “Red Indian” di benua Amerika dalam mencari dunia baru mereka.

Hingga ke hari ini, atas nama demokrasi pula, mereka melakukan kerosakan demi kerosakan di dunia Islam. Hancur ranap negara-negara Islam yang hanya sepuluh dua puluh tahun lalu bangga membangun.

Kesemua bangsa penjajah ini membawa bendera agama Kristian mereka. Siri kekejaman ini bermula dari kesepakatan di bawah naungan gereja dimeterai pada tahun 1494 oleh Pope Alexander VI bersama dengan dua kuasa besar selepas kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia, iaitu Sepanyol dan Portugis.

Malaysiakini kononnya ingin terus “bebas” [Keep Malaysiakini independent!] Saya ketawa besar bila terbaca promosi ini di laman tersebut. Sudah beberapa bulan saya tidak baca laman itu kerana bagi saya portal berita itu [dan beberapa lagi] ada misi dan dibiayai.

Mereka kata kononnya mereka bebas. Walhal terbukti, portal tersebut dibiayai oleh agensi-agensi luar. Mereka mendapat dana yang besar dari pelbagai sumber itu. Mempunyai pemilikan saham oleh agensi luar negara. Bagaimana mereka boleh mengaku bebas?

Laman rasmi Malaysiakini menulis 60% saham Mkini Dotcom Sdn Bhd dimiliki oleh Premesh Chandran dan Steven Gan, 29% dimiliki oleh MDIF (dulunya MDLF), sementara 11% lagi dimiliki oleh empat individu yang telah menyediakan modal permulaan iaitu Bruno Pereira (aktivis kesatuan sekerja), Joseph Paul (aktivis sosial) Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Subang) dan ipar perempuan Sivarasa bersama-sama beberapa pekerja dan bekas pekerja syarikat itu.

Kita semua sudah kenal sangat George Soros dan agenda jahatnya. Kalau George Soros mempunyai kepentingan yang besar dalam Malaysiakini, apa lagi “bebas”nya Malaysiakini ini? Sudah pasti Soros tidak letak duitnya sahaja-sahaja. Mesti Soros ada tujuan dan perancangannya.

Malaysiakini turut menerima dana yang besar dari National Endowment for Democracy (NED), Open Society Foundation (juga milik Soros), International Center for Journalism, The Asia Foundation, MDLF (dana tambahan selain dari pemilikan saham).

Kita juga semua maklum agensi kerajaan Amerika Syarikat seperti NED yang banyak menjahanamkan negera-negara yang Amerika Syarikat mahu paksakan “demokrasi a la USA”. Baca: Gerakan “Civil Society“ Alat Kuasa Asing Menguasai Sesebuah Negara]

Sebab itu kita lihat huru-haraya negara-negara Arab yang terkesan dengan Arab Spring itu adalah sebenarnya kerja-kerja jahat NED antaranya – U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings

Malaysiakini Terima Dana Soros Punca Chong Letak Jawatan

PETALING JAYA: Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros. “Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros,” katanya dalam satu temu bual. Chong yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan Malaysiakini dan Suaram antara organisasi yang didakwa menerima dana asing.

Dua penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros. “Saya difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini,” katanya. Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran. Kedua-dua mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI. [the star 22 Sep 2012]

Baca juga:

Buku Becoming Hannah (BH) oleh YB Hannah Yeoh (2014), Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mewakili parti DAP sebenarnya adalah sebuah buku cerita biasa dan menarik gaya penulisannya. Buku ini mula popular apabila seorang pensyarah kanan, Prof Madya Dr. Kamarul Zaman Yusoff (PMDKZY) Pengarah Institut Kajian Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM) mengulasnya dalam (https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1529934363717283) bertarikh 10 Mei 2017. PMDKZY telah berhujah bahawa penulisan YBNY mengandungi unsur-unsur penyebaran agama Kristian secara terbuka termasuklah ke atas orang-orang Islam sesuai dengan pengakuan YBHY sendiri bahawa “Hannah Yeoh, lives for God” (ms. 23). Perbuatan ini, menurut PMDKZY, boleh dianggap telah melanggar peruntukan undang-undang Persekutuan dan Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

2. YBHY membalasnya dengan membuat satu laporan polis ke atas pensyarah berkenaan seperti dilaporkan oleh Malaysiakini dalam http://www.malaysiakini.com/news/382523). YBHY dipetik sebagai berkata bahawa “Apabila saya takut kepada tuhan, saya akan bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan dan tidak mencuri wang rakyat. Saya tidak akan menjadi korup kerana tuhan melihat,” tambahnya. Semalam, Yeoh membuat laporan polis terhadap Kamarul Zaman kerana mendakwanya mahu membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian. Katanya, tulisan itu telah diputar belit dan mempunyai unsur fitnah pada beliau dan partinya DAP.”

3. Sebagai seorang akademik dan aktivis sosio-politik yang sangat prolifik, PMDKZY amat pantas memberi reaksi menerusi laporan polis olehnya yang dimuatnaik dalam facebook beliau (https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7?hc_ref=SEARCH&fref=nf), di mana beliau menyebut “bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian.”

4. Selain itu, PMDKZY juga berpendapat “Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh. Sedangkan pada masa lain beliau selitkan pula catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son of God” dan “God”, muka surat 102).”

5. Beliau yakin bahawa YBHY “….bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, ms. 7). Hakikat bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini “boleh dibeli secara atas talian di http://www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times”.

6. Sehubungan itu, pensyarah itu terfikir bahawa YBHY “mungkin (dihitamkan dan digariskan oleh penulis rencana ini) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

7. Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin (dihitamkan dan digariskan oleh penulis rencana ini) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

8. Kebimbangan pensyarah itu juga dibayangkan dengan jelas apabila beliau berkata “…..Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan (dihitamkan dan digariskan oleh penulis rencana ini) bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.”

9. Demikianlah kisah “drama pendek” antara dua insan ini: seorang adalah ahli politik DAP yang amat komited dengan Kristianiti Evagelismenya dan seorang lagi seorang akademik yang mengkhususkan kajian dalam bidang politik dan pernah menyiapkan tesis PhDnya mengkaji PAS seccara mendalam. Ada kawan berkata: “Pensyarah tu menulis kemungkinan YBHY boleh dikatakan telah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Enakmen Negeri Selangor menenrusi bukunya itu. Yang Hannah Yeoh melompat buat laporan PDRM itu apa hal?” Logik juga kata kawan tu. Kalau YBHY tidak bersetuju, jawab sahaja dalam media, kenapa sampai buat laporan PDRM yang kemudiannya mengundang laporan PDRM balas oleh PMDKZY dengan memperjelaskan maksud tulisan asalnya yang mula viral di media sosial. Inilah yang trigger ramai akademik dan pemerhati politik untuk menilai buku ini semula secara kritis.

10. Tepuk dada, tanya selera! Kalau dibaca dengan teliti baris demi baris buku BH itu, tanggapan PMDKZY ada benarnya dan penafian lemah YBHY menerusi laporan PDRMnya itu sebenarnya, daripada segi reversed psychology, “telah membenarkan” dakwaan pensyarah berkenaan! Inilah padahnya apabila kita melompat menari di atas tune muzik yang dimainkan tanpa bertanya sipemain lagu maksud muzik itu dimainkan begitu sahaja atau ingin ditarikan? Ternyata YBHY terlajak kaki dan kini langkah tariannya sumbang tak kena tune muzik yang dimainkan!

11. Teramat sukar untuk YBHY menolak anggapan bahawa sememangnya beliau meneruskan usaha evengalismenya menerusi bukunya yang mengisahkan latar belakangnya sehinggalah beliau berjaya memenangi kerusi DUN Subang Jaya dalam PRU-13 yang lalu. Tidak perlu dihairankan atau diselindung lagi kerana YBHY sendiri berpuas hati mengikuti “kehendak tuhan beliau” dengan tanda-tanda dan prophecies yang dilaluinya sendiri sebagaimana dihuraikannya dalam buku berkenaan. Bukankah YBHY adalah bekas graduan OCFers (Overseas Christian Fellowship) yang sangat komited dan beliau sendiri telah berkata di ms 110 buku tersebut bahawa: “It is here that I want to specially address the OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve… We want to encourage fellow OCFers to come home. There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jerusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just got married when I ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.” [tanpa terjemahan].

12. Berdiri teguhlah pertahan hujah-hujah anda, wahai “sianak tuhan.” Jangan lari dari medan sebenar. YBHY sendiri telah mencatatkan bahawa sebagai anak didik Overseas Christian Fellowship (OCF) semasa belajar di Tasmania,….”it was drummed in pretty clearly into all OCF Australia members upon completing our degrees, we were to return to our home countries as “ambassadors of God” and to make disciples of others. I was an active member of OCF Hobart, even co-leading a cell group of other students…..”

13. Membaca penulisan YBHY dalam BH seakan-akan mengingatkan kita kisah-kisah “penghijrahan” seorang pendakwah muda yang mula mengenali Islam di kampus menerusi usrah, ceramah dan kursus lalu mengaktifkan diri dalam persatuan Islam universiti dan meneruskan usaha dakwahnya di luar kampus termasuk NGO dan parti politik tempatan.

14. YBHY adalah serotang amat percayakan elemen prophecies dalam Kristianiti malah menjadikan ia “jalan hubungan langsung beliau dengan tuhannya.” Ini diperkuatkan lagi dengan YBHY sentiasa cuba mengenepikan perasaan cinta beliau dengan rakan baik seagama Kristiannya, Ram (yang kemudian menjadi suaminya) kerana mahu lebih fokus dan komited dengan agama Kristian yang difahaminya. Beliau menantikan “tanda-tanda daripada Tuhan” untuk endorse perbuatannya supaya “gerak-gerinya benar-benar didorong oleh tuhan kepadanya” dan bukan naluri nafsunya. Ini dapat dibuktikan betapa secara kebetulan nama “Ram” timbul di kaca filem yang ditontonnya dalam kapal terbang dan sekali lagi lagi nama “Ram” dimiliki oleh steward kapal terbang yang bertugas ketika – satu kebetulan yang diterima sebagai “gambaran” untuk memudahkan beliau menerima lamaran Ram kemudiannya – dengan “petunjuk daripada tuhan”.

15. Ringkasnya tulisan YBHY mengingatkan kita kepada penulisan VS Naipal, Among the Believers (1981) yang mengisahkan secara terperinci pengembaraan peribadinya yang boleh mengajak pembaca menyelami perasaannya dalam mengisahkan sesuatu insiden atau kejadian. Sesungguhnya YBHY jelas mempunyai bakat penulisan yang baik dan boleh berjaya tanpa karier dalam bidang politik pun bersama DAP.

16. Bagi pensyarah berkenaan dan kita percaya ramai lagi umat Islam di Malaysia, seakan-akan Hannah Yeoh had crossed the line dan seperti katanya, mungkin melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Kerajaan Negeri Selangor dengan membiarkan buku berkenaan dijual secara terbuka di Selangor, terdedah kepada orang-orang Islam, dengan maksud untuk menujukkan betapa jalan yang telah dilaluinya sebagai seorang Kristian sejak berumur 19 tahun mendapat restu tuhan dan tuhan telah menentukan untuk beliau terus menyampaikan mesej berkenaan menerusi parti politik yang dianggotainya, yakni DAP.

17. Kenapa beliau begitu terasa sehinggakan mendorongnya membuat laporan PDRM ke atas PMDKZY – hanya dia dan partinya yang tahu. Yang pasti, beliau tidak bergerak solo dan pasti DAP serta sekutu-sekutunya termasuk PAN/Amanah akan back-up YBHY semahu-mahunya. Tak mustahil selepas ni mungkin ada usaha untuk lakukan tabbayyun daripada pihak mufti atas faktor “untuk meredakan keadaan” atau sokongan terbuka daripada “Tok Mopti” atau tokoh dan “pakar hadith” tertentu!

18. Kita berpandangan berkemungkinan besar protes YBHY dan DAP ke atas tulisan PMDKZY berpunca daripada ayat-ayat berikut…. “Jelas berdasarkan kepada segala pengakuan terbuka Hannah Yeoh ini maka peri pentingnya prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrasi semata-mata. Sebaliknya, gambaran yang diberikan melalui buku ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan politik daripada urusan agama ini hanya perlu dibuat jika urusan agama ini adalah urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian maka tidak mengapa.” DAP terasa amat terpukul dengan kenyataan tersebut lalu mendorong penulis buku membuat laporan PDRM untuk mendiamkan penulis. Tapi DAP dan penulis BH tersilap duga kerana pensyarah berkenaan amat teliti dalam pemikiran dan penulisannya.

19. Seperkara lagi yang amat ditakuti DAP ialah buku berkenaan yang sudah diterbitkan sejak tahun 2014 belum pernah “diangkat martabatnya” sebagai boleh menimbulkan impak yang mendalam sebegini rupa kecuali menerusi komentar PMDKZY dalam fbnya dan kemudian dalam laporan PDRM susulan sebagai hujah balas laporan PDRM oleh YBNY. DAP amat bimbang jika sebahagian besar ahli-ahlinya yang sudahlah tidak berpuas hati dengan proses lantikan Jawatankuasa Pusat (CCC) kepimpinannnya yang jika ditinjau dimenangi oleh kroni Lim Kit Siang dan anak boboinya, Lim Guan Eng (selain Boboi dalam PBM!) secara kebetulan (benarkah “kebetulan”?) dimenangi oleh mereka yang menganggotai Kristianiti Evangelist yang sama.

20. Sehubungan itu, timbul beberapa persoalan penting:
(i) Berdasarkan pendedahan gerakan Dominionisme dan Zionisme Kristian yang mula menular ke negara kita oleh Iain Bucahanan dalam bukunya, Sang Nila Utama and The Lion of Judah (2015), benarkah wujud pakatan dalaman gerakan evangelisme Kristian dalam inner circle kepimpinan DAP tanpa pengetahuan pimpinan lain bukan Kristian apatah lagi oleh ahli-ahli DAP lainnya?
(ii) Buku Iaian Buchanan berkenaan lebih deskriptif dan mendalam – kenapa DAP tidak mahu bangkitkan? Jika tidak, bukankah ia memberi makna seolah-olah isi kandungan buku itu adalah “100% benar” dan tak dapat disangkal lagi terutamanya di bawah tajuk-tajuk kecil: “2. Christian Dominion: Lessons From Penang”, ms. 44-57; Bab 5: The Guanxi Network: Three Churches, ms. 129-143 dan Bab 8: Christian Zionism in Malaysia: The Singapore Connection, ms 166-177?
(iii) Benarkah dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kempen DAP dibiayai oleh pihak Kristian dari dalam dan luar negara untuk menggerakkan agenda kristianisasi menerusi parti politik DAP yang mampu mempengaruhi parti-parti lain seperti PKR, PAN/Amanah dan PBM?
(iv) Buku Becoming Hannah yang ditulis dengan gaya bahasa lunak dan memikat ini dianggap sebagai percubaan lembut untuk mengetengahkan ikon muda Hannah Yeoh sebagai lambang kejayaan seorang politikus yang komited dengan perjuangan menegakkan keadilan sosial di samping beliau juga seorang penganut Kristian yang komited – kononnya dengan maksud “ikutilah best practice sedia ada yang berkaya dilahirkan oleh DAP”! Dengan demikian, maka tidak hairanlah pujian ke atas BH turut diberikan oleh YB Saari Sungip (ADUN Selangor, Ex PAS dan kini PAN/Amanah dan juga berupa penulis siri buku-buku panduan dakwah dalam gerakan Islam, “Risalah Usrah” ) dan juga oleh YB Rafizi Ramli (yang semakin hari kredibilitinya tercemar oleh tindakan kendirinya!). Macam kita sebutkan tadi, silap-silap nanti ada Tok Mopti FB pulak yang sambut masuk gelanggang lalu mengelabukan lagi isu demi mendapatkan perhatian netizen.
(v) Kisah menarik BH ini menepati idea Kristianisasi sebagaimana yang terungkap dalam https://www.public.dumc.my/the-leap-forward/TLF20130127.docx berjudul, Principles of Influence in Politics bila mana beliau menjelaskan: “Hannah’s hope is to encourage and inspire young people to go into politics and try to make a change in the political domain in Malaysia (dihitamkan dan digariskan oleh penulis rencana ini). Many people say that politics is dirty and that Christians should have nothing to do with politics, but Hannah disagrees. Because politics is dirty that is why righteousness needs to be there, especially those who know and fear God.” (dihitamkan dan digariskan oleh penulis). Tidakkah kata-kata itu berkait rapat dengan buku beliau sebagaimana diulas oleh PMDKZY?

21. Sehubungan itu, oleh sebab laporan PDRM kedua-dua pihak sudah dibuat, maka eloklah pihak berkuasa PDRM, barangkali menerusi TS Ketua Polis Negara sendiri, memulakan arahan siasatan penuh dimulai dengan mengambil kenyataan kedua-dua pihak berkenaan, sekurang-kurangnya “untuk meredakan perbalahan di medan terbuka.” Jika ada fakta kes, maka Jabatan Peguam Negara boleh bertindak segera demi mengekalkan kedaulatan Islam dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Persekutuan, Perkara 3(1) dan Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan agama lain didiayahkan ke atas orang Islam dan Enakmen Kerajaan Negeri Selangor juga mendaulatkan Islam sepenuhnya.

22. Terserahlah kepada kepada pihak berkuasa kerajaan (government of the day) dan penjawat awam berkedudukan kuasa yang menjalankan tugas dan amanah yang dipikul di bawah Titah Perintah Tuanku Agong yang telah melafazkan Sumpah Jawatan SPB Yang diPertuan Agong (Perkara 37) selaku Ketua Agama Islam Persekutuan untuk mempertahankan kesucian Agama Islam di Malaysia.

23. Selain itu, selaras dengan Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 13 Mei 2017 baru-baru ini supaya ahli politik menjaga sahsiah, perilaku diri dan tidak cross the line agar nanti tidak sampai ada desakan supaya YBHY perlu dilucutkan jawatannya sebagai Speaker atau sekurang-kurangnya disekolahkan semula dan diberikan amaran keras, ikut mana yang bersesuaian.

24. Walaupun PRU-14 dikatakan semakin hampir, undang-undang negara mesti dipertahankan dan semua orang tertakluk padanya. Malu saya sebagai anak Selangor, Speaker tidak hormati kedudukan Agama Islam dalam perlembagaan negara dan Enakmen Kerajaan Negeri Selangor, seolah-olah berlaku biadap terhadap Tuanku Sultan Selangor!

M. Kamal Affandi,
Puchong
Pembaca menara.my
18 Mei 2017

Dr. M lawan Najib ada sebabnya.

Dr. M sanggup keluar UMNO menyertai pembangkang ada sebabnya

Dr. M tubuh parti Bunga Raya ada sebabnya.

Dr. M TIDAK MAHU angkat poster “Anwar PM Ke-7” … ada sebabnya.

Takkanlah bersusah payah melawan Najib, keluar UMNO, terpaksa telan balik kata-kata kesat kepada musuh politiknya Kit Siang, Anwar dll, tubuh parti baru yang semakin hari semakin bermasalah … hanya untuk mengangkat Anwar sebagai PM ke-7.

Dr. M ada sebab mengapa dia lakukan percaturan politiknya. Berkawan dengan musuh dan memusuhi kawannya. Semua ini untuk sesuatu tujuan. Takkan tiba-tiba nak angkat Anwar, orang yang dipecat, dihina, ditangkap, dipenjara …. Mesti ada sebab Dr. M terpaksa menjilat segala ludahannya dahulu.

Sebab itulah Dr. M terpaksa juga tunjuk belangnya hari ini di Kongres PKR, bahawa, dalam segala apa yang dia memperhambakan diri di kala umur sudah senja ini, Anwar bukan pilihan untuk jadi PM. Sebab jika Anwar naik jadi PM, hampalah segala cita-cita dan tujuan apa yang telah dia lakukan bermula dengan memusuhi orang yang dia sendiri pilih untuk menjadi PM, Najib.

 

Ingat lagi dalam kes “serbuan” tangkapan khalwat di Selangor pada Disember tahun lalu? Apabila suspek cuba lari dan jatuh bangunan – JAIS dipersalahkan.

Ingat lagi kes di Johor “Ogos lalu, seorang wanita yang cuba lari daripada pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerusi tingkap bilik sebuah hotel cedera selepas jatuh di atas jalan raya.

Ingat lagi yang ini pula? “Pada Mei 2011, seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah bangunan apabila cuba mengelak tangkapan pegawai Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi).

Yang ini? “Pada April 2010, seorang pelajar berusia 21 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 5 sebuah pangsapuri di Gombak, dipercayai ketika cuba melarikan diri dari serbuan sepasukan pegawai masjid.”

Bagaimana pula dalam kes terbaru ini ini?

Suspek kes rogol maut terjatuh bangunan

KUALA LUMPUR 19 Mei – Seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan rogol di sebuah premis di Bandar Kinrara, Puchong pada 11 Mei lalu maut selepas terjatuh dari tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 22 tahun itu cuba melarikan diri selepas polis melakukan serbuan di rumahnya kira-kira pukul 10.10 malam.

“Anggota polis bertindak memecahkan pintu selepas suspek enggan membuka pintu. Suspek kemudiannya cuba melarikan diri ke unit bawah dengan bergayut di ‘grill’ dapur.

“Selepas dipujuk, suspek masih enggan menyerah diri sebelum terjatuh ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah berkait dadah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Selasa lalu, seorang wanita warga Indonesia serta lelaki warga Bangladesh berusia 33 dan 34 tahun yang merupakan mangsa kes berkenaan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Seorang lagi suspek yang berusia 26 tahun ditahan pada Ahad di Kuala Selangor.

Pada 13 Mei lalu, satu video berhubung kejadian samun dan rogol oleh dua lelaki di sebuah premis Puchong, tular di media sosial. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-kes-rogol-maut-terjatuh-bangunan-1.483256#ixzz4hUYBhRVR
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Fellow Institut Kajian Strategi Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini.

Pendedahan yang bertujuan mendedahkan hipokrasi DAP dalam mengamalkan politik sekular, telah diheret oleh media massa untuk melihat hubungan DAP dengan gerakan Kristianisasi.

Secara umumnya, maklumbalas yang diberikan oleh pimpinan DAP khususnya Hannah Yeoh terhadap isu yang digembar-gemburkan oleh media, ialah dengan cuba menafikan keterlibatan DAP dengan gerakan Kristianisasi di Malaysia.

Berkaitan dengan isu ini, PPP melihat DAP tiada kesungguhan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut. Dengan sikap berlepas tangan pimpinan-pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu ini hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup.

Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP, bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar.

Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dari kalangan pengundi-pengundi Islam, malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua.

DAP sepatutnya membersihkan nama mereka lebih awal lagi terutamanya selepas penerbitan sebuah buku bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” pada awal tahun 2015.

Buku ini ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand, Iain Buchanan, yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World.

Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “The Armies of God: A Study in Militant Christianity”.

Di dalam kedua-dua buah buku ini, penulis cuba menggambarkan kewujudan gerakan Kristianisasi global yang melampau, digunakan oleh kuasa Imperialisme untuk mendominasikan politik dunia termasuk di negara-negara umat Islam seperti Malaysia.

Penulis telah memuatkan dalam kedua-dua buku ini bukti-bukti yang sarat tentang teori yang cuba beliau ketengahkan, iaitu wujud gerakan Kristianisasi melampau yang dipelopori oleh Imperialis, bukan sekadar penyebaran agama Kristian yang biasa seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang lain.

Berdasarkan pengamatan PPP, gerakan Kristianisasi melampau ini seperti yang difahami daripada tulisan Buchanan telah disekat di beberapa negara umat Kristian sendiri seperti Russia yang kuat berpegang kepada Ortodoks.

Terdapat juga beberapa negara yang telah menghalang penyebaran gerakan seumpama ini, demi untuk menghalang campurtangan kuasa Imperialisme di negara-negara tersebut.

Sehubungan dengan itu, PPP mendesak supaya DAP menjawab buku Buchanan yang bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” kerana di dalam buku tersebut secara jelas menyebut keterlibatan pimpinan-pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dan lain-lain.

Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP.

Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.

Buku yang ditulis oleh Buchanan ini, sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara.

Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism.

Melihat kepada kesan besar gerakan Kristianisasi melampau yang didedahkan oleh penulis ini, PPP sekali lagi mendesak supaya DAP memberi jawapan terhadap pendedahan buku tersebut yang telah berlegar di dunia maya sejak 2015 lagi.

Dr. Mohd Zuhdi Bin Marzuki,
AJK PAS Pusat dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2017
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid