You are currently browsing the category archive for the ‘Food’ category.
Mesej palsu yang pernah tular awal tahun lepas (2017) nampaknya singgah kembali di telefon pengguna di Malaysia. Kementerian Kesihatan sudah pernah menjawabnya. Nampak gayanya apabila genap setahun dijawab oleh Kementerian Kesihatan – mesej palsu tular kembali,
SEMAK sebelum KONGSI … jangan diperbodohkan dengan gejala media sosial!
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 8hb Feb 2017
ISU TABLET PARACETAMOL MENGANDUNGI VIRUS “MACHUPO” YANG TERSEBAR LUAS DI LAMAN SOSIAL
Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada penularan mesej di laman sosial berkaitan tablet paracetamol P/500, warna putih berkilat yang dikatakan mengandungi virus ‘Machupo’.
Produk P/500 (Aeknil) tablet berwarna putih yang disebarkan melalui media sosial tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan adalah berbeza dengan produk Aeknil Tablets yang didaftarkan.
Produk Aeknil Tablet yang berdaftar dengan KKM mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran MAL19911249XZ untuk indikasi “For the relief of mild to moderate pain and reduce fever”. Tablet yang didaftarkan berwarna biru, berbentuk bulat dengan diameter ½ inci dan mempunyai perkataan aeknil atau therapeutic pada permukaannya.
Untuk makluman, KKM juga tidak menerima sebarang laporan alert berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara-negara lain setakat ini.
Virus “Machupo” dikelaskan dalam kumpulan virus Arenavirus yang boleh menyebabkan demam berdarah. Buat masa ini, virus berkenaan hanya ditemui di Amerika Selatan. Ia tersebar melalui air kencing atau najis tikus yang telah dijangkiti. Seperti kebanyakan virus yang lain, virus ini tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet paracetamol.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya. Orang ramai diminta untuk memastikan produk yang diguna adalah produk berdaftar di mana ia mempunyai pelekat hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran MAL. Semakan status pendaftaran sesuatu produk boleh dibuat melalui laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau menghubungi NPRA di talian 0378835400.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Saya ucapkan syabas kepada pengurusan McD di Malaysia yang bertegas dengan notis larangan membawa masuk makanan yang tidak mempunyai status Halal JAKIM.
Bagi yang komen-komen sembrono silalah pergi kelas “Quality Assurance” atau quality management systems seperti ISO atau seumpamanya.
Bagi mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus seumpama itu tetapi masih BODOH memberi ulasan – pergilah buka balik nota-nota kursus. Atau bagi mereka yang terlibat dengan perlaksanaan pelbagai kaedah kualiti di pejabat masing-masing pasti telah sepatutnya faham syarat yang perlu dipatuhi, hatta perkara yang mungkin bagi sesetengah orang lihatnya suatu yang enteng.
Perlaksanaan suatu sistem kualiti perlukan kepatuhan yang rapi dan juga diaudit akan kepatuhannya. Tersilap – penarafan atau sijil kualiti boleh dibatalkan.
Begitulah juga berkaitan dengan Sijil Halal JAKIM. Ianya adalah suatu proses dan kaedah pengurusan kualiti. Kualiti yang hendak dijaga ialah HALAL. Maka setiap aliran proses dari penyediaan makanan atau perkhidmatan semestinya mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.
Apakah ada sesiapa membantah syarat-syarat SIRIM QAS dan engkar untuk ikuti – tetapi masih mahu dapatkan penarafan ISO?
Bagi yang pernah terlibat dalam program “quality assurance” di pejabat masing-masing – pasti ada kala terfikir akan perkara-perkara yang difikir aneh dan kecil di mata kita namun kegagalan untuk patuhi mengganggu proses pensijilannya.
Ketegasan McD dalam hal ini adalah kerana ingin menjaga kualiti perkhidmatannya yang mematuhi Sijil Halal JAKIM.
Bagi yang tidak tahu, inilah hebatnya saranan dalam Al Quran tentang “halalan thoyyiban”. Bukan sahaja halal setakat sembelihannya, tetapi termasuk suci dan bersih dalam segala aspek penyediaan perkhidmatan diambil kira. Sebab itu bagi kebanyakan orang-orang yang waras mereka faham dan mengambilkira penarafan “halal” kerana ianya adalah suatu yang dijamin bukan sahaja halal tetapi bersih lagi suci.
Kecoh lagi. Namanya P.Ramly burger – tetapi ianya burger BABI. Memang kecoh kalau begitu. Babi adalah makanan haram. Tapi diberikan nama Melayu P.Ramly.
P R O V O K A S I ???
Saya katakan, YA.
Persoalannya, seperti mana tajuk yang saya gunakan di atas, apakah ini yang disuruh oleh Tuhan Kristian?
Sepatutnya bukan sahaja orang-orang Islam yang bangkit marah, tetapi mana-mana orang Kristian yang budiman SEPATUTNYA bangkit marah kepada pengasas dan pemilik kedai Ninja Joe dengan penghinaan sedemikian ke atas agama dan penganut agama lain.
KENAPA?
Ninja Joe dimiliki oleh seorang Kristian tegar. Aktivis di sebuah gereja di Seremban “… where T.J. serves in the PA ministry while Janice leads the dance ministry …”
Kedua-dua pengasas suami isteri sering mengatakan bahawa sejak dari awal mula segala urusan perniagaan mereka mendapat petunjuk dari Tuhan mereka.
God was good indeed!
… it was clear that the peace of God was with us on our journey.
… we felt assured knowing that God would lead us according to His will.
… we trust that God will pave the way for greater things because He is faithful just as we are faithful to Him.
Takkanlah agama Kristian mengajar penganutnya menghina agama lain. Takkanlah Tuhan Kristian suruh penganutnya membuat provokasi dengan sengaja mengguna nama-nama yang boleh dianggap sensitif oleh majoriti rakyat di Tanah Air ini. Apakah tiba-tiba orang Kristian diajar untuk sengaja dengan JAHAT membuat kacau bilau. Umat Islam pun tidak diajar untuk memberi nama JESUS BABI. Tidak boleh sama sekali. TAPI apakah itu yang disuruh oleh Tuhan kepada TJ Lee?
Pengasas dan pemilik Ninja Joe memilih nama burger yang dengan sengaja mengguna nama Melayu yang mana juga nama ulamak tersohor Imam “Shafi’e Shaghir” Ramli (919-1004 H), atau penyanyi/pelakon/pemusik Melayu Islam tersohor P. Ramlee atau untuk menggelirukan masyarakat Melayu Islam dengan jenama popular keluaran orang Melayu Islam, Ramly Burger?
Baca tulisan Iain Buchanan: The Mission of Ninja Joe
Setiap tahun timbul cerita yang sama. Apabila umat Islam melaksanakan ibadah korban, musuh-musuh Islam menimbulkan dengan pelbagai persoalan yang bukan-bukan.
Di mana suara mereka apabila lembu-lembu dipermainkan serta dipertontonkan di Sepanyol, dan di beberapa buah negara Barat yang lain dengan pelbagai pesta?
Kenapa mereka diam apabila masyarakat Denmark membunuh ratusan ekor ikan paus setiap tahun semenjak beratus tahun? Di bunuh untuk seronok-seronok!
Bagaimana seluruh masyarakat dunia diam apabila tauke-tauke conglomerate dunia mendapat keuntungan hasil jutaan binatang yang dibunuh setiap hari untuk orang-orang hidup mewah seluruh dunia terikut-terikut dengan budaya Amerika makan di restoran-restoran segera atas pelbagai jenama KFC, McD dan seumpamanya.
Neraca apa yang mereka guna?
Maka tersebarlah sekeping gambar pagi ini. Gambar dari jalan raya depan sebuah kedai satay popular. Apabila di”zoom”kan gambar tersebut maka dapat dilihat seekor anjing sedang menjilat di tempat pembakar satay (saya tidak mahu kongsikan gambar tersebut dan saya tidak mahu sebut nama kedai tersebut buat masa ini – kerana bukan hanya kedai ini sahaja – ianya pengajaran untuk semua premis makanan)
Komen saya ialah bahawa pengguna telah meletakkan kepercayaan kepada pengusaha kedai makan, maka pemilik kedai mesti bertanggung jawab untuk pastikan status kehalalan mereka tidak dikompromi. Tempat pembakar satay tersebut tidak sepatutnya dibiar terdedah apabila kedai ditutup pada malamnya. Terdapat banyak anjing liar yang berkeliaran.
Bukan hanya kedai satay, semua pengusaha (terutama yang jual makanan) mesti pastikan premis anda tidak dikompromi. Terutama yang di gerai, medan selera dan seumpamanya.
Sebelum ini tersebar juga kisah sebuat tempat menjual daging segar di tepi jalan, yang pada malamnya dapat dilihat anjing liar datang berkeliaran mencari sisa-sisa yang ada.
Sekadar berkongsi aneka rupa makanan untuk memenuhi selera anda apabila berbuka nanti. Pastinya rasa macam hendak beli semua.
Bagi saya ianya sangat menjamu mata dengan pelbagai kaedah persembahan oleh peniaga yang mempromosikan hidangan mereka.
Minuman yang pelbagai rasa dan pelbagai peWARNA!
Bagi yang tidak mahu makan nasi … serta pelbagai kueh mueh.
Sudah pasti pihak berwajib mahu melakukan tugas mereka …
Kalau nak cari bubur lambuk Kg. Baru … saya rekomen Bubur Lambuk Kak Sham … Bubur Lambuk Again! (klik)
Syukur Alhamdulillah. Atas kepekaan dan tindakan NGO-NGO Islam dengan isu-isu yang berlaku. Tahniah kepada PPIM yang telah mengerakkan gabungan NGO Islam untuk membuat laporan polis terhadap pengilang air mineral jenama “Cactus” yang telah jelas melanggar syarat pembel=rian status halal dengan meletakkan gambar dewa Hindu pada produk yang mereka katakana sebagai halal.
Syarat pemberian sijil halal bukan setakat bahan-bahannya mesti halal. Ianya juga termasuk proses pembuatan tetapi termasuk juga proses-proses lain dari mendapat bahan-bahan mentah hingga sampai kepada pengguna termasuklah label pada botol tersebut.
Syabas juga kepada JAKIM yang cepat mengeluarkan kenyataan dalam isu penting sebegini.
Ada hikmahnya.
Sekarang semua masyarakat sedar bahawa umat Islam (terutama NGO-NGO) tidak duduk diam dalam isu-isu yang membela umatnya.
Pengilang-pengilang yang mempunyai status halal mesti jaga kepekaan umat Islam dalam hal-hal sebegini dan jangan mengambil apa-apa kesempatan di atas pengguna-pengguna yang majoritinya orang Islam ini. Mereka mesti mengambil langkah proaktif untuk memahami lebih lagi tentang syarat-syarat memperolehi sijil halal serta menjaga kepatuhan pada syarat yang telah ditetapkan.
Bahagian penguatkuasa MESTI tegas dalam mengambil tindakan-tindakan yang melanggar syarat-syarat yang telah pun diberikan kepada pengilang yang degil.
Dan yang sangat penting ialah kes ini telah menjadi satu “precedent” untuk di masa-masa akan datang. Moga dengan berlakunya peristiwa ini tidak ada lagi pengilang atau pengusaha lain yang ingin mempermainkan pengguna-pengguna Islam. Kita mesti serlahkan kuasa kepenggunaan kita.
KUALA LUMPUR (Bernama) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meluluskan permohonan sijil halal kepada 359 hotel dan 453 premis yang ingin mengadakan bufet Ramadan sehingga kini.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pengusaha hotel dan premis makanan yang belum memohon sijil halal perlu berbuat demikian sebelum mengadakan promosi bufet Ramadan.
“Jakim kini turut mengadakan hubungan erat dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Pemilik-Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) bagi memberi kesedaran tentang kepentingan mempunyai sijil halal kepada ahli mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Othman berkata, Jakim juga telah melakukan pemantauan ke atas 471 premis makanan termasuk dapur hotel dan daripada jumlah itu, sebanyak 154 premis telah menerima amaran supaya memohon atau memperbaharui sijil halal mereka.
Othman menasihatkan umat Islam supaya bijak memilih hotel dan premis makanan yang menawarkan bufet Ramadan dan memilih premis yang telah diperakui halal oleh Jakim/majlis agama Islam negeri (MAIN) bagi mengelak daripada was-was.
Umat Islam boleh menyemak senarai hotel yang mendapat sijil halal Jakim/MAIN di http://www.halal.gov.my. – BERNAMA
Jangan ambil mudah dengan tamat tempohnya sesuatu bahan makanan yang kita beli. Peniaga seharusnya tidak menjual barangan yang sudah tamat tempoh tarikh sesuatu makanan mahupun ubatan.
Namun, kita sebagai pengguna harus mengambil inisiatif juga dalam memperhatikan tarikh luput barangan yang hendak dibeli. Jika tidak, apa yang berlaku seperti dilaporkan ini, boleh membahayakan.
dipetik dari NST:
Seeing red over expired ‘mee hoon’
SHOCKED: Instant noodles bought from sundry shop made son ill, claims imam

Sarif Salleh showing the ‘mee hoon’ he had purchased from a sundry shopin Taman Kota Besar. Pic by Ahmad Othman
AN imam in Kota Tinggi was shocked when he realised that the expiry date of a pack of instant mee hoon, which he had bought on April 24 this year, was Aug 16 2010.
Sarif Salleh, 68, of Taman Kota Besar made the discovery after his son Shariffuddin, 24, became sick after eating the noodles on the same day he bought it.
“My son vomited and suffered stomachache after eating the mee hoon,” Sarif said.
“I also cooked the mee hoon for my grandson, but fortunately my grandson only ate a small portion.
“I later checked the expiry date and was shocked to see the words ‘Best before 16082010’ which means the noodles had expired for close to two years.”
Sarif added said that he had bought two packs of the mee hoon, which comprised five packets of noodles each.
The noodles, he said, were packed in a factory in Bangkok.
“If the product had already expired, why was it still put on the shelf of the sundry shop?
“I admit that I was at fault for not checking the expiry date but the sundry shop owner has to be responsible, too,” he said.
Sarif added that he would bring the matter to the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry.
************
Posting berkaitan: Apakah Giant Hypermarket Menipu Tarikh Luput?
Recent Comments