Ahmad Ali Karim's Weblog

[ baca versi jawi di sini ]

Dunia berubah dengan begitu pantas. Kadangkala, perkara yang pada awalnya dianggap aneh, boleh menjadi ikutan dalam sekelip mata. Sehinggakan perkara-perkara negatif pun, setelah ‘dibiasakan’ dalam masyarakat, boleh diterima sebagai perkara ‘biasa’.

Ini termasuklah hal-hal yang dianggap salah dari sudut etika dan moral. Begitu juga dengan amalan politik tempatan.

Dahulunya dalam konteks politik tempatan, pemimpin yang melompat parti dikatakan pemimpin yang tidak berprinsip. Apalagi jika lompatan itu dibuat setelah mereka memenangi pilihan raya di atas tiket parti yang mereka tinggalkan.

Namun, pasca-PRU14, amalan ini sudah seakan-akan menjadi perkara biasa.

Para pemimpin yang dahulunya lantang menentang amalan lompat parti, kini memuji amalan ini kerana lompatan itu menguntungkan parti mereka.

Maka lahirlah hujah-hujah baharu bagi mempertahankan senario ini, seperti “katak berprinsip.”

Beberapa hari setelah Barisan Nasional kalah dalam PRU14, kita melihat ‘acara lompat parti’ secara besar-besaran oleh ahli-ahli parlimen yang baru sahaja menang atas tiket BN…

View original post 386 more words