Kita sukar untuk mengenali saudara mara dan kenalan kita yang sudah murtad masuk Kristian. Hatta dari dalam ahli keluarga terdekat sekali pun, kadang-kadang mustahil untuk mengesyaki mereka yang telah murtad.

KristianMelayu-ciri-ciriYang kita kenal dan tahu tentang kisah-kisah pemurtadan ialah mereka yang berani mendedahkan bahawa mereka sudah murtad. Kes paling terkenal adalah kisah Azlina Jailani. Atau yang terbaru ialah pasangan keluarga Mohd Yusri Yusof dan Sharifah Fadliaton. Tetapi mereka ini sudah lari dan tidak berani tinggal di Tanah Air ini. Mereka ini dikenali sebagai MBB kategori C1. [Boleh lihat carta kategori di sini] MBB adalah singkatan bagi Muslim Background Believers.

Namun, ramai dari mereka yang murtad sebenarnya tidak mengistiharkan pemurtadannya kepada kenalan mahupun saudara mara mereka sendiri. Mereka menyembunyikan identiti mereka dan berterusan dalam kehidupan keluarga Islam mereka. Hatta bagi mereka yang sudah satu keluarga murtad, mereka akan berterusan hidup dan berinteraksi dalam masyarakat Islam seolah-olah mereka masih Islam. [Baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]

Kumpulan mereka yang telah murtad masuk Kristian dan menyembunyi identiti mereka ini dan berlakon seolah-olah mereka masih Islam ini dikategorikan sebagai MBB C5 (berbanding dengan C1 di atas tadi yang berani mengistiharkan diri mereka telah murtad).

Kumpulan MBB C5 ini pernah saya dedahkan dalam kiriman dahulu (20 Ogos 2014) bertajuk Melayu Kristian? Pendedahan tersebut saya rujuk kepada satu kajian peringkat “Doctor of Philosophy” di sebuah universiti Kristian (Trinity International University) di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.

Kajian tersebut bertajuk “The Socio-Religious Identity and Life of the Malaysia Christians of Malaysia”. Sebuah kajian yang cuba mengenalpasti identiti sosio-keagamaan dan kehidupan orang Melayu Malaysia yang sudah murtad masuk Kristian. Seorang paderi Kristian yang melakukan kajian tersebut telah menemubual beberapa orang Melayu di rumah mereka sendiri sambil mencatatkan beberapa pemerhatian perihal keadaan rumah.

Saya telah bongkarkan tentang kajian ini pertama kalinya semasa “Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia” di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur pada tahun 2013 lalu.

Melayu Kristian yang dikategorikan sebagai MBB C5 ini, menurut kajian yang dilakukan pada September tahun 2012 tersebut merumuskan bahawa, walaupun sudah beragama Kristian orang-orang Melayu ini:

1. Mereka tidak mempamerkan lambang salib dengan mengantungkannya sama ada di luar rumah mahu pun di dalam rumah

2. Mereka juga tidak meletakkan apa-apa buku atau bahan bacaan Kristian di rak buku atau meja di ruang tamu rumah mereka

3. Mereka turut mengaku bahawa mereka tidak melakukan sebarang upacara keagamaan Kristian di depan orang sama ada di rumah atau di pejabat

4. Malah, yang paling kita hairan dan terkejut, bahawa mereka mengaku masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid/surau dan berpuasa di bulan Ramadan, seolah-olah mereka masih beragama Islam [baca – Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?]

Pendedahan seperti ini bukan suatu yang direka-reka untuk memburuk-burukkan evangelis Kristian. Ini adalah pendedahan yang lakukan sendiri oleh paderi Kristian untuk kajian Ph.D.nya.

Kesemua “ciri-ciri” di atas adalah bertujuan untuk merahsiakan pemurtadan mereka daripada diketahui oleh kaum keluarga atau sahabat handai.

Kajian ini turut mengesahkan kisah seorang bekas “Kristian Melayu” yang telah pun bertaubat beberapa tahun lalu. Dan beliau sendiri pernah menceritakan kepada saya bagaimana kehidupannya sebagai seorang Kristian selama berbelas tahun tidak langsung diketahui atau disyaki oleh isteri dan anak-anaknya sendiri.

Saudara mara dan ahli keluarga yang rapat tidak dapat mengesan perubahan mereka yang telah murtad ini. Apatah lagi kita yang sesekali berjumpa memanglah sukar untuk diketahui. Jikapun ada desas-desus kita dengar ada kawan kita yang murtad, dengan kita pergi sendiri menziarahi rumahnya untuk selidiki “khabar angin” tersebut – sudah pasti kita akan pulang dengan merasa yakin bahawa desas-desus yang disebar itu hanyalah fitnah sahaja.

Inilah tipu helah jahat puak-puak evangelis Kristian. Moga dapat dipanjangkan kepada saudara mara dan sahabat handai kita agar lebih berwaspada.

Boleh baca pendedahan lain: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad – kaedah yang evangelis Kristian lakukan untuk menyesuaikan agama Kristian supaya tidak nampak asing untuk masyarakat kita.

Dan: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad

Serta: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB)

Missionari Kristian sanggup berpura-pura “masuk Islam” – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: