You are currently browsing the monthly archive for February 2017.

Sudah genap 3 tahun, Rafizi mengutarakan Langkah kEjang apabila Lee Chin Cheh dipaksa kosongkan kerusi DUN Kajang. Maka lagi sebulan genaplah 3 tahun Wan Azizah menjadi ahli DUN yang asalnya diperuntukan kepada Anwar Ibrahim.

Dalam menjelaskan perancangannya, diuar-uarkan oleh Rafizi bahawa dia tahu (pada masa itu – seawal akhir tahun 2012 lagi!) ada perancangan untuk jatuhkan Najib. Rafizi mengatakan bahawa:

It is an open secret that the move to remove Najib Razak has begun. As a party strategist, I cannot rule out the possibility that Najib is removed and Umno falls to the ultras led by Mahathir Mohamad’s faction.

Bermakna Rafizi sudah tahu Mahathir sedang atur untuk pecat Najib sebagai Presiden UMNO dan Mahathir akan menggantikan Najib dengan pemimpin pilihannya yang “ULTRAS”.

Dan apabila itu berlaku Mahathir akan memanipulasikan pelbagai bangsa dan perbezaan agama untuk menimbulkan suasana ketegangan, ketidak kepercayaan terhadap kerajaan Selangor.

Should Najib fall, expect a full blown manipulation of racial and religious issues to create mistrust and frustration with the Selangor government.

Bermakna, Rafizi mengatakan bahawa Mahathir adalah LEBIH BAHAYA dari Najib. Sebab itu jika Mahathir berjaya menjatuhkan Najib, maka pembangkang akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar kerana orang-orang “ULTRAS” Mahathir membahayakan.

Maka dipecat Menteri Besar Khalid Ibrahim kerana tidak akan mampu berhadapan dengan perancangan Mahathir nanti. Akhirnya diusulkan supaya Wan Azizah menggantikan MB “terbaik mereka”. Kalau sudah terbaik – kenapa masih hendak ganti?

[Apakah benar ura-ura mengatakan bahawa Khalid dipecat kerana tidak mahu mengeluarkan dana pilihan raya untuk PKR dan DAP semasa PRU13?]

“We are proud of Selangor’s performance under Khalid’s administration. He is frugal. He is stingy because he is dealing with state coffers, the rakyat’s money.” [Anwar Ibrahim 3 Feb 2014]

Pecat Khalid untuk Anwar ganti jadi MB Selangor tidak menjadi. Beralih pula Anwar Mahukan Bininya (MB) jadi MB pun tidak dapat juga.

Dari Langkah Kajang kini ianya sudah kEjang. Tujuan asalnya untuk halang pengaruh Mahathir. Ianya berakhir dengan terperangkap dalam kenyanyukan Mahathir.

Langkah kEjang yang asalnya untuk kEngkang pengaruh Mahathir sekarang terkAngkang bersama Mahathir.

langkahkejang-akhirdengan-mahathir

katolik-tentanghukumislamBaik sangka apa lagi yang hendak kita toleransikan?

J E L A S

Mereka BENCI  sangat hukum Islam itu dilaksanakan hatta untuk orang Islam sahaja!

JAHAT dan BENCInya evangelis Kristian terhadap hukum Islam ini JAHAT juga MalaysiaKini apabila cuba menukar tajuk asal laporan mereka.

Dari TAJUK asal:

Catholics hold nationwide prayers to say no to hudud, corruption

MalaysiaKini cuba lunakkan sedikit dengan tajuk baru:

Catholics pray for single legal system, end to corruption

Inilah JELAS JAHAT!

Akta 355 HANYA untuk orang Islam. Kenapa orang Kristian sibuk-sibuk dalam urusan dan perlaksanaan hukum untuk orang-orang Islam?

[baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya]

Yang lebih menghairankan, ada pula orang-orang Melayu Islam yang akan mengiakan pulak strategi jahat evangelis Kristian sebegini. Ramai yang jadi tukang angguk.

Nurul Izzah dilaporkan mengata bahawa imej Madinah yang baru dilantik sebagai Ketua Audit Negara tercalar kerana suaminya adalah seorang Ketua Bahagian UMNO, maka persoalan yang lebih besar ialah bagaimana pula imej Wan Azizah?

imej-wanazizah-tercalar-oleh-dsaiSuami Wan Azizah adalah seorang yang terlibat langsung dengan Foundation for the Future (FFF). Anwar Ibrahim adalah Pengerusi FFF sejak dari mulanya FFF itu. FFF adalah di antara agensi kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggung jawab menghancurkan negara-negara Arab melalui agenda Arab Spring.

FFF ditubuh khusus untuk memporak-perandakan negara-negara Islam itu dan akhirnya ditutup selepas tugasnya selesai. Hingga ke hari ini, semua negara yang terlibat langsung dengan Arab Spring tidak pulih malah ada yang hancur sehancurnya.

baca: Foundation For the Future (FFF) Senjata Menjahanamkan Negara-negara Arab

Pada 1hb Okt 2006, Anwar meminta Bank Dunia untuk lepas pegawainya ke FFF demi untuk menyelamatkan pegawai tersebut ketika sahabat karib Anwar, Paul Wolfowitz, yang dihadapi skandal kerana amalan nepotisme melantik teman wanitanya, Shaha Riza dengan ganjaran yang lumayan.

Anwar terlibat langsung dalam amalan nepotisme di Amerika Syarikat. Anwar menyelamatkan perancang utama ke atas Iraq demi untuk membunuh Saddam hingga Iraq hancur sampai hari ini.

baca: Skandal Paul Wolfowitz Di Bank Dunia: Apa Peranan Anwar Ibrahim?

Anwar bukan sahaja akrab dengan Wolfowitz, tetapi Anwar duduk di dalam struktur organisasi yang mengatur polisi luar negara Amerika Syarikat serta membantu dalam agenda AS untuk menghancurkan negara Islam.

Jika Anwar sebegini rupa penglibatannya dengan negara Uncle Sam, apakah tidak tercalar imej Ketua Pembangkang, Presiden PKR? Apakah ianya juga tercalar imej Naib Presiden PKR yang merupakan anak kepada orang yang terlibat langsung dengan amalan nepotisme di AS?

Baca juga:

 

 

Tular PALSU terbaru petang ini ialah sebuah jambatan kaca di China runtuh. Dalam video berdurasi satu minit lebih itu hanya terpampar keriuhan mangsa yang kelam kabut.

palsu-jambatankacaruntuhItulah teruknya sesetengah pengguna media sosial hari ini yang sengaja mula cerita palsu dan ditularkan. Dan menjadi masalah besar kepada kebanyakan pengguna media sosial ialah apabila menerima mesej, mereka terus sebarkan tanpa memeriksa kesahihannya.

ingat ayat tabayyun dalam Al Quran! – baca Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta?

Sebenarnya video tersebut diambil dari satu video berdurasi lebih dua minit rakaman perarakan mengusung jenazah di Vietnam yang melalui sebuah jambatan gantung. Tetapi oleh kerana beban orang yang terlalu ramai maka ia runtuh.

Jahatnya orang yang mula edit video tersebut ialah dipotong bahagian awal video yang menunjukkan kejadian dari awal yang menunjukkan keranda diusung melalui sebuah jambatan yang sempit.

Bencana tersebut berlaku pada bulan Februari 2014. Sudah lama tapi digunapakai untuk menipu kita.

Kenapa kita menjadi JUARA TULAR BERITA PALSU?

Tular PALSU yang POPULAR  suatu masa dahulu – sehingga hari ini orang masih percaya – Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor

Akhirnya inilah kesan … Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku

Peguam Negara, TS Apandi Ali menulis di dalam Berita Harian 21hb Februari 2017.

bh-batu-puteh-kembalikan

Pilihanraya Umum ke 14 entah bila belum kita tahu tarikhnya. Tetapi fitnah untuk menghasut minda masyarakat sudah bermula.

Terbaru, beredar melalui WhatsApp fitnah mengatakan sebanyak 15 juta sarung jari plastik telah tiba untuk digunakan semasa PRU14 nanti bagi menanggalkan kesan dakwat supaya boleh pergi mengundi berkali-kali.

Yang sebenarnya ialah, gambar tersebut diambil dari satu laporan berita ABC News tahun 2013 yang melaporkan usaha membuat jari palsu [BUKAN sarung jari !] bagi membantu orang-orang yang jari mereka terpotong antaranya akibat penglibatan gangster Yakuza di Jepun.

Baca: ADUN Mana Yang BODOH Sangat sebar fitnah jari palsu untuk mengundi?

Inilah antara fitnah-fitnah yang bakal ditabur. Walaupun saya telah dedahkan di sini – fitnah ini akan tetap diguna dan digunakan.

Masyarakat di luar akan tetap mudah percaya dengan hasutan sebegini.

Bagi mereka yang gemar melibatkan diri dalam fitnah-fitnah sebegini, tanyalah diri anda sendiri. Apakah amalan sebegini yang hendak dibawa ke akhirat nanti?

Baca lanjut tentang FITNAH dan KEGANASAN PERSEPSI:

ssarungjariplastik

Sebelum mengeluarkan pandangan atau fatwa seorang mufti bukan sahaja mesti menguasai pelbagai bidang agama berkaitan dengan perkara yang hendak dihukumi, namun seorang mufti itu mesti terlebih dahulu faham apa isu yang menjadi persoalannya.

Sebagai contoh, dalam isu kalimah Allah.

Yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan ialah tuntutan puak pelampau evangelis Kristian, iaitu Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur (TRCAKL). Mereka membuat tuntutan semakan (Judicial Review) di Mahkamah Tinggi untuk dibenarkan mereka mengguna kalimah Allah di dalam terbitan majalah Herald  – The Catholic Weekly.

Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan larangan terhadap penggunaan kalimah Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah untuk penggunaan agama lain sejak tahun 19hb Mei 1986 lagi. Namun TRCAKL tetap berdegil dan terus menggunakannya dalam penerbitan majalah Herald mereka.

Asas penggunaan mereka ialah untuk menterjemahkan istilah “God” dengan istilah “Allah” dan mereka tidak mahu mengguna terjemahan yang betul dalam Bahasa Melayu iaitu “Tuhan”.

Maka latar belakang kepada isu ini ialah mereka mahu guna untuk terjemahan istilah, itu yang pertama.

Kedua, dalam surat KDN bertarikh 24hb April 2007, larangan tersebut dipertegaskan lagi larangan penggunaan istilah Allah untuk agama lain KECUALI untuk menjelaskan penggunaan istilah Allah konteks agama Islam dan BUKAN konteks agama Kristian. Ini bermakna jika orang bukan Islam hendak menyebut “kalimah Allah” bagi merujuk Allah Yang Maha Esa dalam epistemologi ajaran Islam maka ianya tidak salah.

Bermakna, orang bukan Islam boleh sebut Allah – tapi bukan merujuk Allah itu kepada patung berhala tuhan-tuhan mereka yang pelbagai. Bermakna juga, mereka masih boleh panggil nama kawannya yang bernama “Abdullah”, tidaklah menjadi kesalahan. Begitu jugalah tiada larangan untuk orang-orang bukan Islam untuk menyebut “Allah” seperti menyanyikan lagu-lagu Negeri yang mengandungi “kalimah Allah” dalam lirik lagunya.

Bagaimana seorang mufti membangkitkan persoalan orang bukan Islam hendak menyanyi lagu Negeri Selangor kerana dalam lirik lagu “Allah lanjutkan usia Tuanku“? Inilah kaedah salah yang digunakan oleh seorang mufti kononnya hendak berkias tetapi inilah yang disebut sebagai “qiyas ma alfariq” yakni kias yang lari dari konteksnya.

Begitu juga dalam satu kenyataan beliau yang disiarkan dalam sebuah portal berita (17hb Mei 2014) menyebut bahawa “Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian“.

Beliau mungkin merujuk kepada ayat 82 surah Al-Maaidah di mana ” … Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasraniyang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Persoalannya:

  1. Tidakkah mufti ini rujuk dan ambil iktibar dari asbabul nuzul ayat tersebut? Siapakah orang Nasrani yang disebut dalam ayat tersebut?
  2. Tidakkah mufti baca habis ayat tersebut yang menyebut bahawa pendita dan ahli ibadat orang Nasrani ini tidak sombong dan memberi jawapan yang benar kepada Raja Najasi ketika itu – yakni membenarkan ayat Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?
  3. Tidakkah mufti ini baca ayat selepasnya, iaitu sambungan kepada cerita dalam ayat 82? Bahawa orang-orang Nasrani ini selepas dimaklumkan tentang Nabi akhir zaman yang dinantikan itu telah tiba mereka gembira hingga mengeluarkan air mata dan terus beriman.

وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آَمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ

“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang shaleh?”.” Surah Al Maaidah: ayat 83-84

Apakah sama sikap orang-orang Nasrani yang diceritakan dalam ayat-ayat 82-84 dalam surah Al-Maaidah itu dengan pelampau evangelis Kristian yang hendak memurtadkan umat Islam kini?

Yang berkaitan kalimah Allah:

 

maza-takfahamisu

Bacaan tambahan:

 

keputusansokongan-akta355Hasil dari dua Perhimpunan berkaitan cadangan pindaan Akta 355 semalam 18hb Feb 2017, boleh memberi gambaran kepada kita bahawa tidak ramai rakyat Tanah Air ini yang bantah cadangan pindaan Akta 355.

Yang menjadi heboh seolah-olah ramai yang bantah itu hanyalah mainan media masa dan media sosial – yang telah dimainkan oleh mereka yang beragenda.

Kita lihat bahawa yang hadir di Taman Jaya, Petaling Jaya membantah cadangan pindaan tersebut tidak sampai 200 orang. Manakala yang hadir di Padang Merbok yang memberi sokongan kepada cadangan pindaan ini melebihi 20,000 orang.

[Maknanya 200 dari 20,200 orang (200+20,000) yang berhimpun = 0.5%]

Maka bolehlah disimpulkan bahawa kurang dari 0.5% orang yang bantah.

Manakala yang menyokong adalah melebihi 99.5%

Perhimpunan BEBAS #TakNakUsul355 Adalah Bodoh BODOH B O D O H !

Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya

Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta

Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?

Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang?

Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam

Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM?

Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?

a355-orangbodohberhimpunTidak ada gambaran lain yang lebih tepat untuk penganjur, mereka yang memberi ucapan dan mereka yang hadir berhimpun membantah cadangan usul pindaan Akta 355 di Taman Jaya, Petaling Jaya petang tadi.

Hanya seberapa kerat sahaja pun. Tetapi mereka adalah BODOH seBODOHnya.

Sebab?

BODOH #1:

Mereka kata pindaan Akta 355 akan melibatkan semua orang di Tanah Air tidak kira apa agama anutan mereka.

Akta 355 dengan JELAS menyebut di dalam Seksyen 2 Akta 355 ini bahawa:

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam

Bila pula orang bukan Islam dihadapkan ke Mahkamah Syariah?

BODOH #2:

Dalam ucapan petang tadi, mereka mengaitkan isu “berus cat dari bulu babi”.

Yang bercakap itu fahamkah isunya? Kes berus cat bulu babi baru-baru ini tiada kaitan dengan Akta 355. Langsung tiada kaitan dengan Akta ini apatah lagi cadangan pindaan Akta ini.

BODOH #3:

Memberi contoh apa yang berlaku di Aceh dikatakan seorang bukan Islam dirotan kerana menjual arak kepada orang Islam.

Aceh tidak guna Akta 355. Akta 355 hanya terpakai di Malaysia. Akta 355 tiada kaitan dengan orang bukan Islam menjual arak kepada orang Islam – itu bukan di bawah Akta 355. Tetapi dalam Akta 355 – orang Islam yang minum arak di tempat terbuka – Ya kena. Tetapi peniaga/penjual tersebut tidak dihadapkan di Mahkamah Syariah. Penjual arak bukan Islam itu tidak tertakluk di bawah Akta ini. Jika mereka bantah sebab nanti apabila orang Islam sudah tidak lagi mahu langgani kedai arak mereka – maka kita tahu itulah sebenarnya sebab mereka bantah.

Sudahlah orang-orang BODOH yang berucap. Yang BODOH datang mendengar pun melenggak diperBODOHkan dengan cerita-cerita siBODOH bercakap perkara yang mereka sendiri tidak faham.

Jika kita ambil kedua-dua perhimpunan hari ini sebagai gambaran sokongan dan bantahan orang ramai maka bolehlah kita simpulkan bahawa hanya 0.5% rakyat Malaysia bantah cadangan pindaan Akta 355 dan 99.5% rakyat Malaysia sokongan pindaan ini.

Ini berdasarkan sekitar 100-150 orang sahaja yang hadir di Taman Jaya manakala di Padang Merbok menyaksikan lebih 20,000 orang yang hadir – walaupun ada yang mengatakan yang hadir pada siang hari ada yang tidak tunggu hingga ke malam. Dan yang hadir pada waktu malam melebihi 20,000 orang.

[klik untuk baca lanjut]

Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang? Kerana  Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?

Kalau tidak faham bacalah maklumatnya … Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta.

Jangan terikut dengan Dr. Mahathir … Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?

Jangan terikut-ikut dengan DAP … Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam

Kita hendak pinda kerana … Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?

Baca, baca, bacalah dahulu … Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya

Ini sama-sama mereka duduk berlawan? Hah!

TBILISI, Georgia 14 Feb. – Polis Georgia menahan seorang paderi yang dipercayai telah merancang untuk meracuni seorang tokoh utama di Gereja Ortodoks Georgia.

Mangsa yang merupakan ketua gereja, Patriarch Ilia II ketika ini sedang di rawat di salah sebuah hospital Jerman.

Rangkaian BBC melaporkan, gas beracun jenis cyanide telah ditemui pada paderi tersebut yang kemudian di tahan di Lapangan Terbang Tbilisi ketika cuba melarikan diri ke Jerman.

Ilia II dipercayai ketika ini dalam keadaan stabil. – Utusan

Georgian priest arrested in plot to poison senior cleric

The priest was arrested at the Tbilisi airport with cyanide in his suitcase, with some reports saying the target was Patriarch Ilia, head of the Georgian Orthodox Church.

tblisi-patriarch-iliaTBILISI, GEORGIA (AP) —Police in Georgia have detained a high-profile priest who is suspected of plotting to poison a senior cleric, prosecutors said on Monday.

The announcement comes after well-respected Rustavi 2 television channel reported about an attempt to poison Patriarch Ilia, head of the Georgian Orthodox Church.

Irakli Shotadze, chief prosecutor in the former Soviet republic, told reporters on Monday that Father Georgi Mamaladze was arrested at the Tbilisi airport on Friday with cyanide in his suitcase. Mamaladze, chief of the property department of the Georgian Orthodox Church, was on his way to Germany where Ilia is undergoing hospital treatment.

Shotadze said the arrest was made after prosecutors received a tip from a man who reported that he had been contacted by a priest looking to buy cyanide. Police also found weapons at Mamaladze’s home.

Shotadze refused to name the senior cleric that Mamaladze is suspected of having targeted.

Article Continued Below

The 84-year old Ilia has been in poor health for several years, and was visibly frail when he welcomed Pope Francis to Georgia in October.

Eka Beseliya, chairwoman of the parliamentary committee on legal issues, said Mamaladze’s arrest “has prevented a grave crime” but she said she was unable to disclose details of the case since it is classified. Beseliya added, however, that the patriarch’s “security and health are protected absolutely.”

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

February 2017
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid