Ahmad Ali Karim's Weblog

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengisi kekosongan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, PRN terpaksa diadakan selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertuan DUN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berhubung pembubaran DUN ke-14 pada 4 Oktober lalu, sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan negeri.

Sehubungan itu, menurutnya, SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 8 November manakala hari mengundi awal pula adalah 16 November.

Beliau berkata, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 12 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 19 November.

Katanya, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih Tambahan yang dikemas kini sehingga 3 Oktober lalu.

Daftar tersebut, jelas beliau, mengandungi 495,196 pengundi terdiri daripada 482,550 pengundi biasa, 10,191 anggota tentera dan pasangan, 2,349 anggota polis serta 106 pengundi tidak…

View original post 259 more words