You are currently browsing akarimomar’s articles.

Malam tadi, ramai yang mengirim laporan berita tentang pembebasan seorang tokoh yang dikagumi ramai dari tuduhan merogol.

Saya cuba untuk fahami kenapa ramai yang mengirim berita tokoh hebat ini dibebaskan dari tuduhan rogol ini sebagai penting. Saya pilih salah seorang pengirim untuk bertanya. Dia lantas menjawab bahawa, fitnah dan pelbagai tuduhan ke atas tokoh ini selama ini adalah tuduhan yang tidak berasas.

OK.

Saya tidak sambung pertanyaan saya, kerana itulah kefahamannya atas berita yang dia baca.

Saya petik di bawah beberapa bahagian dari laporan itu (saya padamkan namanya):

1   Judges in Paris have dismissed a rape allegation made against Islamic scholar Xxxxx Xxxxxxx, his lawyer said.

Ini yang dia faham.

2    Mounia Rabbouj, a former escort, alleged that Xxxxxxxxx raped her nine times in hotels in Paris, Roissy, Lille, London and Brussels.

Ini cerita pertuduhannya.

3   The married Oxford University professor told the court he had had a consensual relationship with Ms Rabbouj, his lawyer Emmanuel Marsigny said.

Cerita inilah besar kemungkinan dia tak baca. Atau dia tidak faham.

Inilah masalah sesetengah kita yang membaca berita tetapi tidak faham keseluruhan ceritanya.

Xxxxx Xxxxxxxxx dibebaskan dari tuduhan rogol kerana beliau mempunyai hubungan seks luar nikah suka sama suka dengan wanita eskot (kalau di Malaysia dipanggil pelacur) yang menuduh beliau merogol. Oleh kerana adanya pengakuan hubungan seks “konsensual” (suka sama suka) maka tidak perlu dituduh merogol. Buang kes.

Tetapi isu pentingnya di sini ialah tokoh hebat Islam Liberal inilah yang diusung oleh pelbagai NGO dan pertubuhan ke merata pelusuk Tanah Air, berulang-ulang kali.

Kononnya inilah tokoh demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, rahmatan lil alamin, maqasid Syariah dan seumpamanya.

Inilah masalah sesetengah pertubuhan dan NGO yang bodoh melihat sedap dan manisnya seseorang itu bercakap lalu diusung tokoh yang bergelumang dengan maksiat mencemar ajaran Islam di Tanah Air ini.

Ramai yang menonton TV setiap kali seseorang Raja Melayu bersumpah bagi menerima perlantikan sebagai seorang Yang Di Pertuan Agong (YDPA). Namun satu unsur yang paling penting dalam keseluruhan istiadat mengangkat sumpah itu yang ramai orang tidak sedar ialah sumpah yang dibaca itu sendiri.

Teks penuh sumpah itu sendiri terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam Jadual Keempat Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong:

BAHAGIAN I

SUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG

Kami …………………………………………………. ibni ………………………………………. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

Teks yang di baca YDPA bermula dengan Baginda bersumpah di atas nama Allah. Dan yang sangat penting kita sebagai  warganegara Malaysia ini sedar ialah Baginda YDPA bersumpah “Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam

Di atas tanggung jawab yang telah Baginda YDPA bersumpah inilah penting Baginda pastikan sebarang perjalanan Kerajaan itu selari dengan sumpah (Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam) dan sebarang perlantikan itu tidak akan mengganggu tugas dan tanggung jawab yang telah Baginda YDPA bersumpah.

Maka desas-desus yang kita dengar bahawa Baginda YDPA menolak cadangan perlantikan Tommy Thomas untuk jawatan Peguam Negara itu adalah HAK Baginda YDPA.

Malah Tommy Thomas sendiri pernah menulis tentang kuasa Raja-Raja dalam menolak cadangan perlantikan (The Power Of The Rulers In Rejecting Appointments-2007) … the Conference of Rulers is entitled to reject a candidate for appointment submitted to it if a majority of Rulers deem him unsuitable for the constitutional office of judge.

Tajuk tulisan saya di atas ialah kenapa “mereka” mahu tendang Peguam Negara sekarang, Apandi Ali dan mahukan yang baharu, dengan cadangan nama Tommy Thomas?

Cuba kita lihat Apandi Ali. Apabila nama beliau naik untuk lantikan sebagai Peguam Negara pada tahun 2015, ada pihak yang membantah. Tetapi tidak ada isu perlantikannya dari kalangan Raja-Raja Melayu. Malah masyarakat awam menerima sahaja perlantikan beliau.

Tetapi bagi mereka yang mengenali dan mengetahui keputusan kes-kes yang yang pernah beliau hakimi faham tentang pendirian Apandi Ali ini. Yang paling penting dalam hal-hal kepentingan Agama Islam.

Contoh, kes Kalimah Allah yang dibawa ke Mahkamah Rayuan pada 2013. Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu, Apandi Ali memutuskan bahawa ““Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity …  it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country.”

Perkara penting dan sangat asas yang dibawa oleh Apandi Ali dalam keputusan tersebut ialah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang sering disalahgunapakaikan oleh sesetengah pihak:

Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation.

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

Beliau menulis dalam keputusan tersebut:

[31] It is my observation that the words “in peace and harmony” in Article 3(1) has a historical background and dimension, to the effect that those words are not without significance. The Article places the religion of Islam at par with the other basic structures of the Constitution, as it is the 3rd in the order of precedence of the Articles that were within the confines of Part I of the Constitution. It is pertinent to note that the fundamental liberties Articles were grouped together subsequently under Part II of the Constitution.

Kepentingan dan kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sama dengan agama-agama lain hatta isu kebebasan beragama. Malah ditekankan beliau bahawa agama lain “boleh diamalkan dengan aman dan damai” (kebebasan beragama) itu mempunyai implikasi syarat yang sangat penting iaitu pengamalan agama lain tidak boleh mengganggu “aman dan damai” Agama Islam itu sendiri.

Inilah di antara perkara utama yang menjadikan pihak yang memusuhi Islam amat benci dengan Apandi Ali. Sebab itu jelas, perlantikan orang seperti Apandi Ali tidak menimbulkan masalah demi melaksanakan tugas dan sumpah YDPA, iaitu memelihara Agama Islam dalam setiap masa.

Namun, kehadiran kerajaan baharu dan keputusan-keputusan yang dibuat kini kita dapati amat selari dengan perjuangan musuh Islam yang selama ini sentiasa memerangi kedudukan agama yang sudah beratus tahun memerintah Tanah Air ini.

Cuba kita lihat Tommy Thomas (TT) pula.

1   Dalam bukunya (2006) sendiri telah menyatakan bahawa Malaysia ini bukan Negara Islam. Ini amat jelas bahawa pendiriannya terhadap kedudukan Agama Islam di Tanah Air ini. Bagaimana hendak dia laksanakan sumpah Baginda YDPA iaitu untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam”

2   Beliau pernah mempertikaikan kuasa Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar pada tahun 2014.

3   TT mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kalimah Allah. Beliau mengatakan bahawa keputusan tersebut bukan sahaja salah tetapi tersangat salah. Bayangkan orang seperti ini yang akan membawa dua lagi kes Kalimah Allah ke Mahkamah tahun ini. Ya, ada lagi dua kes (a). Sidang Injil Borneo, (b). Jill Ireland.

4   TT adalah peguam ketua Komunis Chin Peng. Beliau menulis bahawa Chin Peng adalah “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century”. Orang yang membela perjuang Komunis menjadi Peguam Negara – cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada Tanah Air kita.

5   Beliau juga menolak Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara kerana kononya tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan. Bagaimana orang seperti ini boleh dilantik sebagai Peguam Negara yang banyak menyanggahi dasar-dasar Negara?

Malah senarai ini jauh lebih panjang jika pembaca sudah banyak menerima pelbagai pesanan WhatsApp lain.

Sebagai penutupnya, pembaca MESTI SEDAR tentang kedudukan seorang Peguam Negara. Beliaulah nanti yang boleh menikam kembali YDPA ataupun mana-mana Raja. Kita lihat peranan Peguam Negara yang amat penting ini:

Perlembagaan Persekutan Perkara 145 (3): Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Ini yang bakal berlaku kepada kes-kes kepentingan Agama Islam.

DAN MALAH HANYA Peguam Negara yang boleh memulakan tindakan sivil atau jenayah ke atas Yang Di Pertuan Agong atau mana-mana Raja:

Perlembagaan Persekutan Perkara 183: Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Inilah pisau yang mampu menikam balik Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-Raja Melayu.

SEBAB ITU perlantikan Peguam Negara sangat penting diteliti sesungguhnya oleh Duli-Duli Raja-Raja Melayu.

Bacaan tambahan “Sumpah Agong”:

Sumpah Jawatan Sultan Muhammad V Sebagai YDP Agong

Malaysia BUKAN Negara Sekular

Dalam ceramahnya, 6hb Mei 2018, di Keramat AU2 KL, Mahathir mengatakan bahawa Najib akan dihalau ke neraka. Katanya, “Najib bila sampai ke akhirat hulur duit seringgit, dia ingat dia boleh beli orang yang jaga pintu syurga”.

Ucapan Mahathir disambut dengan gelak ketawa.

Agaknya apa yang bermain difikirannya ketika Mahathir membuat andaian apa yang akan berlaku di akhirat nanti?

Is he playing God?


Mahathir sudah tahu bahawa “Najib akan dihalau ke neraka”.

Mungkin tidak lagi timbul kesian lagi kepada kemelampauan Mahathir. Tetapi saya kesian kepada mereka yang hadir dalam ceramah itu, mengiakan ajaran sesat Mahathir dengan gelak ketawa.

Tonton video di sini:https://www.youtube.com/watch?v=HJ8VQVRKfmM

 

 

Dihebohkan dalam Whatsapp bersama dengan lampiran video pendek, bahawa:

Rosmah Mansor telah larikan kekayaan negara sebelum pilihanraya? Mengapakah berpuluh puluh beg dikeluarkan dari negara? Mengapakah tidak melalui pemeriksaan kastam dan imigresen?

dan dalam Bahasa Inggeris:

Our so called self-acclaimed first lady Rosmah is not seen in any ceremah recently. She has been busy packing her expensive ornaments and USD notes in loads and loads of bags. Rosmah caught leaving the country with bags of $$$$💍💍💍💍. Sayonara Ros and Tun will come after you to collect our money and to collect you too for a long visit to Sungai Buloh Prison Villa. God is great.

Inilah serangan yang tidak bermoral memburukkan seorang individu dengan tuduhan palsu semata-mata. Dengan mengguna suatu potongan video lama dan diubahsuai untuk PRU14 maka ditularkan bahawa Rosmah sudah tidak lagi kelihatan dalam siri-siri kempen PRU14 bersama suaminya.

Memang benar Rosmah kebelakangan ini jarang kelihatan bersama suaminya. Bukan bermakna dia sudah terbang keluar negara melarikan kekayaannya. Tetapi sememangnya Rosmah banyak berkempen berasingan dari suaminya bagi memaksimumkan capaian kepada lebih banyak program dan lebih ramai orang.

Saya sertakan beberapa gambar terkini bahawa Rosmah ada di Malaysia, berasingan dengan suaminya. Memang pada hari-hari tersebut, Rosmah tidak kelihatan bersama PM Najib.

Baca juga: Ingat Anwar Ingat Pendusta – ANWAR PENIPU

 

Dalam menyokong seseorang untuk menjadi pemimpin, kita perlu tahu fahaman ideologi dan aqidahnya. Kita tidak mahu mengangkat pemimpin yang zalim berdasarkan Surah Lukman ayat 13 – Apa Ertinya Zalim Yang Azim?

Ketika menjawab tuduhan yang mengatakan bahawa beliau seorang penganut ANTI-HADITH, Mahathir mengatakan bahawa sebenarnya dia tidak banyak tolak Hadith.

Sebaliknya, Mahathir tuduh Imam Bukhari yang lebih banyak tolah Hadith.

Berikut adalah petikan dari video yang pernah tersebar suatu ketika dahulu (dan masih berlegar di internet):

Baru-baru ini saya buat komen sikit saya bercakap di satu majlis … aah … untuk Kassim Ahmad. Kerana saya bercakap di majlis itu saya dituduh anti hadith.
Jadi saya berpendapat itu tidak adillah. Buatlah selidik dulu, sama ada saya tolak hadith sama sekali. Itu tidak betul.
Yang tolak hadith yang banyak sekali ialah (Al-Imam) Bukhari. Daripada 600,000 hadith yang dikaji olehnya dia terima Cuma 7,000 sahaja. Dia tolak banyak hadith.
Saya tidak tolak banyak hadith.

Suatu tuduhan yang JAHAT ke atas seorang tokoh Hadith yang terhebat dalam Dunia Islam. Mahathir dengan ANGKUH mengatakan Al-Imam Bukhari yang sebenarnya lebih banyak menolak Hadith.

Dalam satu kiriman di blognya bertarikh 14 Mac 2012, Mahathir menulis:

vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

Masalah dengan Mahathir ini dia tidak belajar asas pengajian Hadith, cara periwayatan, dan sebagainya tetapi mahu buat komen tentang Hadith. Ini adalah suatu kesilapan yang FATAL.

Kesian kepada dia, jika Mahathir berterusan dengan pendirian menghina Al-Imam Bukhari.

Tiga hari sebelum mengundi pada tahun 2013, Anwar Ibrahim mengemparkan satu Malaysia dengan pendedahan bahawa 40,000 pengundi hantu dibawa masuk oleh JPM.

PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu. [masih boleh di akses pagi ini – http://www.keadilandaily.com/anwar-dedah-jpm-terlibat-seludup-40000-pengundi-hantu/%5D

Anwar memberi perincian bagaimana kemasukan seramai 4,500 orang sehari selama tempoh 6 hari (25hb – 30hb Apr 2013).

“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.”

Maka kelam-kabut masyarakat Malaysia kerana “pendedahan” Anwar. Ramai yang menjadi samseng menahan pengundi yang hanya kerana mukanya “mamak” maka mahu dirampas Kad Pengenalan mereka. Entah siapa yang memberi hak itu kepada samseng-samseng ini.

ULASAN KENAPA ANWAR IALAH PENIPU BESAR

1.  Perincian Anwar yang saya petik di atas mengatakan bahawa “pengundi hantu dibawa masuk seramai 4,500 orang sehari untuk tempoh enam hari. Gunalah kalkulator atau conggak sahaja. 4,500 x 6 = 27,000! ANWAR GAGAL matematiknya! Bagaimana dia kata 40,000?

2.  Enam bulan selepas pendedahan dibuat Anwar, dia sendiri menafikan kenyataannya. [dipetik dari FMT – Anwar: No way there were 40,000 Bangla voters – 20 Nov 2013]:

KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim today denied making claims about the 40,000 Bangladeshi phantom voters in the 13th general election, saying that the statement was put in his mouth by his political opponents.

Dia menuduh lawan politiknya yang mengatakan dia yang membuat kenyataan sedemikian.

Dia menjelaskan lagi:

“We have checked our statements; we have never made such claims before,” he said during the media conference at the Parliament’s lobby today.

Dia menegaskan bahawa dia tidak pernah keluar kenyataan sedemikian Kami sudah periksa kenyataan-kenyataan kami; kami tidak pernah membuat dakwaan sedemikian”

Dia sudah periksa kenyataan-kenyataannya – dan dia tidak pernah buat? Aik! Sudah jadi terbalik pulak? Bukankah kenyataannya itu disiar oleh portal rasmi PKR sendiri?

Kemudian, dia menuduh ini kerja blogger UMNO – “This is a spin by Umno blogger; who ever said there were 40,000 Bangladeshis?”

Media rasmi parti mana yang mengeluarkan kenyataannya pada 2hb Mei 2013? Bukankah portal  rasmi PKR? Sanggup dia MENDUSTA dengan mengatakan dia tidak pernah membuat kenyataan tersebut?

Inilah PEMBOHONG No. 1 di Malaysia. Inilah PENIPU. Anwar adalah seorang PENDUSTA.

 

Kenapa ada orang yang sukar untuk faham? Atau mereka sengaja tidak mahu difahamkan.

KUALA LUMPUR [Berita Harian 10 April 2018]: Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw, tetap berpegang teguh pada kenyataannya bahawa laporan badan itu terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Itu pandangan saya berdasarkan laporan PAC mengenai 1MDB. Saya berpendapat, bukti perlu dikemukakan bagi mengaitkan pembabitan seseorang.
“Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan (tuduhan) itu palsu,” katanya seperti dilaporkan portal berita dalam talian, Malaysiakini, hari ini.

Tan Seng Giaw wearing glasses: TAN Seng Giaw. - Foto Yazit RazaliDr Tan berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kenyataannya itu menjadi punca beliau digugurkan DAP sebagai calon Parlimen Kepong, untuk kali kesembilan.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengumumkan penyandang kerusi Segambut, Lim Lip Eng, akan menggantikan Dr Tan di Kepong sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), manakala bekas Speaker DUN Selangor, akan bertanding di Segambut.

Dr Tan berkata, beliau tidak kisah punca yang menyebabkan penggugurannya sebagai calon DAP di Parlimen Kepong tetapi menegaskan bukti perlu dikemukakan dalam hujah bagi menyokong sesuatu dakwaan.

“Hanya mahkamah yang boleh memuktamadkan sesuatu keputusan,” katanya.

“Saya membaca laporan PAC. Apa yang ditemukan (bekas) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dikaitkan tetapi saya bersetuju siasatan lanjut perlu dibuat kerana ia membabitkan dana awam,” katanya lagi seperti dilaporkan portal terbabit.

Dr Tan juga dilapor menegaskan, kenyataannya mengenai 1MDB itu dibuat secara sedar dan tanpa sebarang paksaan oleh mana-mana pihak.

Laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 halaman itu mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas CEO syarikat pelaburan terbabit, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak lain yang berkaitan.

Sebelum ini, Perdana Menteri yang ketika itu menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dilapor menegaskan laporan PAC terbabit tidak menyebut beliau terbabit dalam sebarang salah laku.almi dan pihak lain yang berkaitan.

 

Along, mak ayah meninggal kemalangan tadi. Mayat masih di hospital.

Apa yang pertama anda lakukan apabila menerima mesej Whatsapp tentang kematian ibu bapa anda?

  • Tanpa periksa anda terus kongsikan berita sedih kepada saudara mara?
  • Anda terus sebarkan kepada sekalian kenalan ibu bapa anda memberitahu sahabat karib mereka sudah meninggal? [dengan emoticon jari tunjuk ke bawah-  “info dari grup sebelah]
  • Anda segera kemaskini status di Facebook dengan emoticon “sedih”?
  • Anda terus telefon isteri supaya kemas barang untuk balik kampung dengan segera?

SEMUA DI ATAS ANDA TIDAK AKAN LAKUKAN SELAGI ANDA TIDAK DAPAT SAHKAN BERITA KEMATIAN TERSEBUT

Malah hati anda memberontak mahu nafikan berita tersebut!

TETAPI kenapa anda terburu-buru percaya berita yang memburukkan orang lain?

Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa? [baca]

Anda Tulis Anda Tanggung – Anda Sebar Anda Tanggung [baca]

Jangan pula cuba melepaskan diri bahawa tidak berdosa perbuatan anda. Anda niat baik untuk sebarkan. Tapi ianya palsu. Ianya fitnah. Niat tidak menghalalkan cara.

Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? [baca]

Jangan sebar berita palsu atas sandaran niat baik. Al-Quran sangat jelas dalam isu menerima berita yang kita tidak pasti.

Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017 – adakah anda turut sebarkannya?

Tular PALSU yang POPULAR  suatu masa dahulu – sehingga hari ini orang masih percaya – Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor. Akhirnya inilah kesan … Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku

Ingat lagi cerita jari palsu untuk diguna semasa PRU14 nanti? Berniat jahat atau sememangnya bodoh? ADUN Mana Yang BODOH Sangat sebar fitnah jari palsu untuk mengundi? 

 

 

HarApan tinggi menggunung bagi rakyat Iraq yang terpedaya dengan janji “Operation Iraqi Freedom” (Pembebasan Iraq). Kempen yang bermula dari pusat strategi di Amerika Syarikat dengan konco-konconya dari kalangan bidak rakyat Iraq sendiri, maka bermulalah satu demi satu propaganda menghasut rakyat Iraq untuk bangkit menjatuhkan Presiden Saddam Hussien.

Akhirnya, pada bulan Mac 2003, bermulalah rasa seronok dan percaya dengan janji kuasa asing Barat dan kebencian yang meluap-luap terhadap pemimpinnya sendiri, Saddam.

Hampir 300,000 tentera Pakatan HarApan Amerika Syarikat mendarat dan mengganas di Iraq.

Gagah dan berani di arena ini sahut penyokong Pakatan HarApan. Kencang berlari mereka mahu capai keadilan. Harapan dalam hati, semangat membara. Obor kemenangan dirasakan sudah di tangan mereka. Mengibarkankan panji mereka kerana percaya kemenangan milik mereka. Seruan “Come let’s rise together!” Ini kalilah rakyat bangkit. Dirgahayu Tanah Air kerana percaya kemenangan di pihak mereka. Itulah Impian Iraq untuk Jadi Nyata ….

Namun ternyata impian Iraq menjadi mimpi ngeri seluruh rakyat Iraq. Segalanya bermula dari berita dan bukti palsu yang dicipta … baca: Dari “Bahan Bukti WMD” Yang Ternyata Silap – Akhirnya Iraq Hancur Hingga Ke Hari Ini

Moga “Impian Malaysia” tidak menjadi Mimpi Ngeri rakyat Malaysia. Pengajaran Iraq dan Libya adalah campurtangan asing yang jelas dan nyata.

 

… uish …. boleh caya ka?

Tujuan menghalalkan cara … itulah hukum politik!

Saya tak patut ambil tindakan terhadap Anwar, kata Dr M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat keputusan salah dengan “mematuhi undang-undang sepenuhnya” dalam pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya 20 tahun lalu.

Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily, bekas perdana menteri itu berkata, jika boleh menterbalikkan masa, beliau tidak akan memecat Anwar.

“Keputusan salah ialah mematuhi undang-undang sepenuhnya, saya fikir saya tak patut ambil tindakan terhadap Anwar,” katanya ketika ditanya apa keputusan salah yang pernah dilakukannya sepanjang 22 tahun memimpin negara.

“Dari segi politik, saya tidak akan berbuat demikian kerana apabila saya menjadi perdana menteri, saya pernah berjanji dengan diri tidak akan melakukan perkara yang akan menyebabkan orang benci saya.”

… dipetik dari FMT

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid