Berikut adalah garis panduan yang disediakan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta yang akan hadir ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
  • Peserta dilarang berhimpun di luar stadium serta mengganggu perjalanan lalu lintas
  • Peserta hendaklah masuk secara aman dan meninggalkan stadium secara aman
  • Peserta diminta berpakaian sopan dan menutup aurat sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran
  • Perta tidak dibenarkan membawa atau mengedarkan apa-apa risalah selain dari berkaitan dengan tema perhimpunan
  • Peserta tidak dibenarkan membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan
  • Peserta dilarang membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan
  • Peserta dilarang membawa sebarang bentuk senjata atau barang2 yang merbahaya seperti mercun dsbnya ke dalam kawasan perhimpunan berlangsung
  • Peserta digalakkan membawa sajadah dan pakaian untuk solat (perempuan).
  • Peserta himpunan diminta mematuhi setiap arahan dan memberi bekerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung
  • Peserta himpunan diminta bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan.

Slogan yang dibenarkan oleh pihak Sekretariat adalah seperti berikut :

a.      Selamatkan Aqidah Umat

b.      Jangan Gugat Kedudukan Islam

c.      Bersatu Selamatkan Aqidah

d.      Melayu Sepakat Islam Berdaulat

e.      Hidup Melayu Hidup Islam

f.       Pertahan Institusi Raja

g.      Daulat Tuanku Allahuakbar!

h.      Suara Umat Suara Keramat

i.        Satu Ummah Satu Aqidah

j.        Hormati Islam Agama Negara

k.      Bersama Cegah Murtad

l.        Hentikan Usaha Pemurtadan