Sebelum mengeluarkan pandangan atau fatwa seorang mufti bukan sahaja mesti menguasai pelbagai bidang agama berkaitan dengan perkara yang hendak dihukumi, namun seorang mufti itu mesti terlebih dahulu faham apa isu yang menjadi persoalannya.

Sebagai contoh, dalam isu kalimah Allah.

Yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan ialah tuntutan puak pelampau evangelis Kristian, iaitu Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur (TRCAKL). Mereka membuat tuntutan semakan (Judicial Review) di Mahkamah Tinggi untuk dibenarkan mereka mengguna kalimah Allah di dalam terbitan majalah Herald  – The Catholic Weekly.

Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan larangan terhadap penggunaan kalimah Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah untuk penggunaan agama lain sejak tahun 19hb Mei 1986 lagi. Namun TRCAKL tetap berdegil dan terus menggunakannya dalam penerbitan majalah Herald mereka.

Asas penggunaan mereka ialah untuk menterjemahkan istilah “God” dengan istilah “Allah” dan mereka tidak mahu mengguna terjemahan yang betul dalam Bahasa Melayu iaitu “Tuhan”.

Maka latar belakang kepada isu ini ialah mereka mahu guna untuk terjemahan istilah, itu yang pertama.

Kedua, dalam surat KDN bertarikh 24hb April 2007, larangan tersebut dipertegaskan lagi larangan penggunaan istilah Allah untuk agama lain KECUALI untuk menjelaskan penggunaan istilah Allah konteks agama Islam dan BUKAN konteks agama Kristian. Ini bermakna jika orang bukan Islam hendak menyebut “kalimah Allah” bagi merujuk Allah Yang Maha Esa dalam epistemologi ajaran Islam maka ianya tidak salah.

Bermakna, orang bukan Islam boleh sebut Allah – tapi bukan merujuk Allah itu kepada patung berhala tuhan-tuhan mereka yang pelbagai. Bermakna juga, mereka masih boleh panggil nama kawannya yang bernama “Abdullah”, tidaklah menjadi kesalahan. Begitu jugalah tiada larangan untuk orang-orang bukan Islam untuk menyebut “Allah” seperti menyanyikan lagu-lagu Negeri yang mengandungi “kalimah Allah” dalam lirik lagunya.

Bagaimana seorang mufti membangkitkan persoalan orang bukan Islam hendak menyanyi lagu Negeri Selangor kerana dalam lirik lagu “Allah lanjutkan usia Tuanku“? Inilah kaedah salah yang digunakan oleh seorang mufti kononnya hendak berkias tetapi inilah yang disebut sebagai “qiyas ma alfariq” yakni kias yang lari dari konteksnya.

Begitu juga dalam satu kenyataan beliau yang disiarkan dalam sebuah portal berita (17hb Mei 2014) menyebut bahawa “Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian“.

Beliau mungkin merujuk kepada ayat 82 surah Al-Maaidah di mana ” … Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasraniyang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Persoalannya:

  1. Tidakkah mufti ini rujuk dan ambil iktibar dari asbabul nuzul ayat tersebut? Siapakah orang Nasrani yang disebut dalam ayat tersebut?
  2. Tidakkah mufti baca habis ayat tersebut yang menyebut bahawa pendita dan ahli ibadat orang Nasrani ini tidak sombong dan memberi jawapan yang benar kepada Raja Najasi ketika itu – yakni membenarkan ayat Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?
  3. Tidakkah mufti ini baca ayat selepasnya, iaitu sambungan kepada cerita dalam ayat 82? Bahawa orang-orang Nasrani ini selepas dimaklumkan tentang Nabi akhir zaman yang dinantikan itu telah tiba mereka gembira hingga mengeluarkan air mata dan terus beriman.

وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آَمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ

“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang shaleh?”.” Surah Al Maaidah: ayat 83-84

Apakah sama sikap orang-orang Nasrani yang diceritakan dalam ayat-ayat 82-84 dalam surah Al-Maaidah itu dengan pelampau evangelis Kristian yang hendak memurtadkan umat Islam kini?

Yang berkaitan kalimah Allah:

 

maza-takfahamisu

Bacaan tambahan: