You are currently browsing the daily archive for 7 August, 2011.

Ramai yang melatah apabila ada pihak yang memesongkan fakta dengan mengatakan ”JAIS serbu gereja”.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Apakah benar gereja Kristian diserbu?

Apakah benar JAIS melakukan serbuan?

Biarlah kita melaporkan berita dengan fakta yang benar dan memberi komen selepas mendapat berita yang sahih serta menilai dengan jujur dahulu. Jangan terlalu cepat melatah.

Janganlah ada orang Islam sendiri yang terlalu mudah melatah apabila dijolok oleh pihak yang sengaja mencari pasal dan jangan juga kita terlalu cepat apologetik hinggakan terus menuding jari kepada pihak yang melakukan tanggungjawab mereka.

Mungkin boleh saya kongsikan sedikit apa maklumat yang saya perolehi.

Sebenarnya apa yang berlaku pada petang 3 Ogos 2011 ialah pihak JAIS mendapat aduan dari orang ramai bahawa adanya majlis berbuka puasa di gereja dengan alamat yang diberikan.

Maka, bertindak atas aduan tersebut, Pasukan Penguatkuasaan JAIS telah pergi ke premis tersebut untuk menyiasat lebih lanjut kebenaran aduan tersebut.

SOALNYA: Apabila pihak polis menerima aduan ada sesuatu aktiviti mencurigakan di sesuatu tempat, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak polis? Apakah mereka terus serbu? Tidak, mereka akan pergi memeriksa. Apakah polis perlu duduk diam atas aduan tersebut? Tidak, mereka kena bertindak, jika tidak nanti mereka pula akan dipersalahkan selepas sesuatu yang buruk berlaku dan aduan telah dibuat.

Maka itulah yang dilakukan oleh JAIS, atas bidang kuasa yang ada pada mereka.

SOALNYA LAGI: Apakah benar JAIS ”SERBU”? Jawabnya lagi, TIDAK. JAIS tidak serbu. Dengan bantuan pihak polis, JAIS pergi ke premis aduan untuk memeriksa lebih lanjut. Pihak JAIS hanya berada di luar dewan (tidak masuk dewan!). Berunding dengan penganjur majlis dan menunggu di luar dewan sehingga majlis selesai.

Maka apa yang dilaporkan oleh media adalah tidak tepat. JAIS sekadar pergi memeriksa bukannya menyerbu.

Kemudian SOAL LAGI: Apakah benar gereja yang diserbu (periksa)? Jawabnya lagi TIDAK. Premis itu bukan gereja. Ianya dewan kepada satu pusat yang dipanggil ”Dream Centre”. Pusat tersebut milik pertubuhan kristian yang mereka namakan diri mereka Damansara Utama Methodist Church. Dan premis tersebut bukannya di Damansara Utama pun. Ianya di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Maka kenapa heboh pasal JAIS SERBU GEREJA? Ianya bukan serbuan dan premisnya pula bukan gereja. Apakah NIAT JAHAT dalam melaporkan sesuatu berita itu? Apa pula bahasa dan istilah yang digunakan oleh pastor Daniel Ho ketika mengadu kepada MB Selangor? Apakah dia mengguna bahasa yang bermotif jahat ”JAIS SERBU GEREJA?” yang menyebabkan MB Selangor melatah meminta maaf?

Apakah MB tidak terlebih dahulu memeriksa serta meneliti fakta pelapor dan fakta dari sebuah jabatan kerajaan negeri Selangor? Yang mana dia lebih dengar?

SOALNYA: Apakah di bawah undang-undang tubuh Kerajaan Negeri dan kedudukan JAIS yang merupakan Sekretariat kepada Majlis Agama Islam Selangor bertanggung jawab kepada MB Selangor? Apakah MB telah MENDAHULUI BAGINDA SULTAN mencampuri hal-ehwal agama negeri? Apakah itu sebabnya MB panik dan mengeluarkan arahan larangan selepas itu?

… bersambung di posting berikut, Insha Allah. [di sini: Apa sebenarnya berlaku di Dream Centre DUMC?]

Sementara itu … berikut adalah posting lain yang berkaitan:

*************

KEMASKINI (11 Ogos):

RASMI: Ianya BUKAN Gereja!

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

August 2011
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid