Kemudahan “Visa-On-Arrival” (VOA) sangat memudahkan pelampau evangelis Kristian untuk masuk dan keluar Malaysia – BERULANG-ULANG KALI – bebas menjalankan kerja jahat menyesatkan umat Islam di Tanah Air kita. Mereka masuk kononnya sebagai pelancong untuk sesuatu tempoh kemudian keluar sekejap untuk masuk kembali bagi memperbaharui visa mereka. Itulah kemudahan imigresen Malaysia yang diambil peluang oleh mereka.

BUKTI?

Banyak. Tahan sahaja mereka yang menyebarkan risalah atau mencari-cari mangsa di ibu negara kita, sama ada di hentian-hentian LRT ataupun di sesetengah pusat membeli-belah – periksa passport mereka. Confirm! Kebanyakan mereka yang terdiri dari bukan warganegara Malaysia adalah yang datang dengan menyalahgunakan visa pelancong. YA.

Sudah sekian lama sama memerhatikan satu kumpulan dari luar negara yang giat melakukan kerja-kerja jahat ini. Jujur saya katakan bahawa FB dan Twitter mereka saya ikuti sepenuhnya. Seperti mana juga puak-puak mereka pantau pergerakan saya, malah ada yang telah pun menyelinap masuk dalam program-program saya. Ada yang ambil gambar untuk diviralkan pun!

Devangelis-visapelancongari perkongsian FB kumpulan ini mereka menceritakan bagaimana mudahnya mereka keluar masuk Malaysia menyalahgunakan kelonggaran untuk keluar masuk Malaysia bagi menyebarkan ajaran sesat mereka.

Gambar yang saya kongsikan ini ialah dipetik dari beberapa status FB salah seorang daripada mereka tentang kebanggaannya dapat keluar masuk Tanah Air kita untuk melakukan kerja-kerja dakyah Kristian. [*JIka ada sesiapa yang cuba ingin mengesan akaun ini – ianya bukan status terkini – saya sengaja simpan maklumat ini sekian lama untuk jarakkan pendedahan ini bagi mengelak sesiapa mengesan ID akaun FB tersebut]. Ianya adalah perkongsian antara beberapa ahli kumpulan tersebut yang datang dari dua buah negara luar.

Apakah kita masih leka?

*******************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: