You are currently browsing the daily archive for 6 October, 2014.

Hadith Najd yang sering kali disebut adalah merujuk kepada, antaranya, dari Sahih Bukhari seperti berikut (terjemahannya):

Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”

Hadith tersebut dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan dari Najd kecuali mala petaka dan fitnah yang dahsyat serta tempat keluarnya tanduk shaitan.

Bagi menjustifikasi tempat yang dimaksudkan dalam hadith tersebut bukan terkena kepada kepada mereka yang gerun dilabel dari pengikut ajaran berasal dari Najd, mereka akan cuba mencari helah serta memalsukan fakta agar Najd itu diterjemahkan sebagai terletak di Iraq bukan di Hijaz Arab.

Tujuan tulisan ini adalah untuk melihat kembali hadith Najd ini melalui perspektif fakta terkini sama ada dari ilmu geografi dan ilmu geologi atau lain-lain cabang ilmu yang berkaitan. Tulisan ini merupakan penambahbaikan kepada tulisan asal Hadith Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta (dinukil pada tahun 2007) yang dikirimkan di Blog Tradtional Islam.

Isu utama dalam Hadith Najd ialah di mana lokasi Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. apabila Baginda menyebutnya. Umumnya terdapat dua pihak, satu mengatakan bahawa Najd itu adalah kawasan sekitar ibu kota Arab Saudi sekarang ini – kota Riyadh, manakala satu lagi pandangan, seperti disebut di atas tadi, menafikan Riyadh sebagai kota yang dimaksudkan dalam hadith tersebut.

Bagi orang-orang Arab dari zaman dahulu lagi, Najd memang difahami bahawa ianya ialah tanah tinggi sebelah timur Madinah di tengah-tengah Hijaz. Dan sememangnya terdapat tempat yang bernama sedemikian sejak dari zaman itu lagi. Malah di zaman Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku Peperangan Najd pada tahun 4H.

Bagi mereka yang menafikan bahawa Najd itu bukannya Riyadh atau mana-mana kota di dalam Arab Saudi, lazimnya mereka berhujah bahawa Najd yang dimaksudkan dalam hadith tersebut merujuk kepada tempat yang terletak di Iraq atau ada juga yang mengatakan Iran (merujuk peta politik dunia sekarang).

Hujah mereka bahawa lokasi tersebut terletak dalam negara Iraq sekarang kerana:

1. Rasulullah s.a.w. menyebut Najd itu di sebelah timur Medina dan Iraq itu adalah terletak di sebelah timur Medina (kata mereka Riyadh bukannya di sebelah timur).

2. Najd itu tempatnya tinggi, maka di Iraq itu terdapatnya gunung ganang yang tinggi.

3. Najd itu tempat berlakunya gempa bumi, maka di Iraq dan Iran yang banyak berlaku gempa bumi.

4. Kota-kota seperti Kufah, Basra dll di Iraq itu adalah tempat-tempat yang banyak berlakunya konflik bersesuaian dengan maksud yang disebut Rasulllah s.a.w. bukannya di Negara Arab Saudi.

Sebelum kita ulas satu persatu hujah yang menafikan Najd itu merujuk kepada kota Riyadh mari kita teliti entri di dalam ensiklopedia Britannica:

Najd, also spelled Nejd,  region, central Saudi Arabia, comprising a mainly rocky plateau sloping eastward from the mountains of the Hejaz … The arid region remained politically divided among rival peoples until the mid-18th century, when it became the centre of the Wahhābī, a fundamentalist Islamic movement. (http://global.britannica.com/EBchecked/topic/401967/Najd)

Najd, juga dieja Nejd, kawasan tengah Arab Saudi, adalah dataran tinggi berbatu menurun ke timur dari pergunungan Hejaz … Kawasan gersang tersebut terbahagi di kalangan kumpulan yang bermusuhan hingga pertegahan abad ke 18 apabila ianya menjadi pusat Wahhabi, pergerakan fundametalis Islam.

Mengapa dari awal saya sebut Riyadh sebagai lokasi yang dimaksudkan di dalam Hadith Najd tersebut? Kita ulas satu persatu hujah yang menafikan Riyadh sebagai Najd.

1. Kedudukan arah timur dari kota Madinah Al Munawarah

Hadith riwayat Ibn Umar di atas adalah sabdaan Nabi s.a.w. ketika di kota Madinah. Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah.

Kedudukan Riyadh adalah menepati arah timur dari kota Madinah.  Koordinat geografi kota Najd/Riyadh adalah 2443N 04644E, manakala kota Madinah adalah 2433N 03942E. Ini bermakna Najd atau Riyadh itu terletak pada garisan darjah 24 utara sama dengan garisan darjah 24 utara Madinah. Manakala Madinah terletak pada garisan darjah 39 timur dan Najd/Riyadh terletak pada garisan darjah 46 timur membukti Riyadh benar-benar TEPAT disebelah timur Madinah Al Munawarah – tidak lari satu darjah pun sama ada ke utara mahu pun ke selatan. TEPAT!

Jika dikatakan Iraq yang sebelah timur kota Madinah Al Munawarah, contoh ibu kota Baghdad, ianya terletak pada kordinat 3340N. Ini bermakna bahawa Baghdad adalah terletak pada garisan 9 darjah lebih utara daripada Madinah. dan tidak berkedudukan garis lintang yang sama untuk memboleh kita mengatakan Iraq itu di sebelah timur Madinah. Walaupun jika kita ambil kota yang terletak paling selatan di Iraq e.g. Basra (kordinat 3040N), pun masih lagi ke arah utara Madinah.

Seorang ustaz dalam sebuah artikel beliau bertajuk “Maksud Najd” cuba berhujah:

Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.

Bandingkan hujah ustaz ini dengan fakta geografi yang saya sebut sebelumnya dengan merujuk juga kepada peta di bawah ini:

Najd - timur madinah1

Para pembaca boleh melihat sendiri Riyadh/Najd betul-betul berada di sebelah timur Madinah. Bandingkan kedudukan Iraq yang sebelah utara Madinah. Saya serahkan kepada para pembaca yang arif untuk membuat kesimpulan dari fakta ini.

Dalam banyak hadith lain diriwayatkan Rasulullah s.a.w. menunjuk dengan tangan ke arah timur. Mustahil Rasulullah s.a.w. tersalah tunjuk arah tersebut. Sudah pasti dan kita kena yakin arah yang Rasulullah s.a.w. tunjuk dengan tangan itu adalah benar-benar timur apabila Baginda sebut arah tersebut timur. Mustahil untuk Rasulullah s.a.w. tersilap arah tunjuk ke utara (Iraq).

2. Najd tempat tinggi dan mereka kata Iraq yang terdapat gunung ganang yang tinggi.

Kita rujuk dahulu petikan hujah ustaz tersebut:

Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab, Mu’jam Maqayis Al-Lughah dan Al-Qamus Al-Muhi telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.

Helah mereka mengatakan Najd dimaksudkan kawasan tanah tinggi sebagai terletak di Iraq adalah tidak benar. Ini kerana permukaan topologi Iraq sebenarnya lebih banyak tanah rendah dari tanah tinggi. Ternyata hujah itu sekali lagi tidak benar. Sebagai contoh Baghdad terletak sekitar 100+ kaki dari paras laut dan begitu juga Karbala dan Najaf yang berdekatan dengan Baghdad.

Kawasan yang dikatakan tanah tinggi di Iraq (berdasarkan peta politik kini) hanya terdapat kawasan tingginya di sempadan Turki (yang dikira sebagai Kurdistan) dan sempadan Iran. Ianya merangkumi sekitar 1/5 dari seluruh topologi bumi Iraq moden. Dan kawasan-kawasan tinggi Iraq ini jauh lebih ke utara lagi.

Bukalah mana-mana peta topografi dan bandingkan kawasan-kawasan yang ditandai dengan warna hijau (kawasan rendah) dan coklat (kawasan tinggi) untuk Arab Saudi dan Iraq.

Najd plateau

Najd plateau1Sememangnya Najd/Riyadh di Arab Saudi terletak di kawasan tanah gurun yang dipanggil pergunungan Najd (memang nama asalnya – rujuk juga petikan dari Britannica di atas) yang terletak di sebelah timur Madinah. Ianya pada paras sekitar dari 2,000-4,000 kaki dari paras laut.

Malah dataran tinggi yang disebut sebagai “Plateau of Nejd” sememangnya di sebelah timur kota Madinah Al Munawarah.

Suatu perkara yang amat penting dalam penhujahan sebegini ialah kota Madinah terletak pada ketinggian yang lebih dari bandar-bandar yang mereka sebut di Iraq. Tidak mungkin seseorang merujukkan tanah yang lebih rendah dari tempat mereka sebagai tempat tinggi. Bermakna Najd (tempat tinggi) adalah tempat yang lebih tinggi dari Madinah bukannya yang lebih rendah seperti Baghdad, Basra, Kufah, Karbala dan seterusnya.

Dalam hadith ini, Nabi s.a.w. menyebut dua tempat khusus iaitu Sham dan Yaman (nama khas). Tidak mungkin Najd yang disebut dalam hadith sama merujuk pula kepada istilah umum Najd yang bererti kawasan tinggi bukan Najd yang khusus tempatnya di Riyadh sekarang (Najd yang nama khas). Malah dalam sahih Bukhari turut meriwayatkan satu perperangan Najd (Dhi-‘Amr) – yang merujuk khusus tempat sekitar Riyadh bukannya meriwayatkan Nabi s.a.w. pulang dari kawasan tinggi yang umum (Iraq?).

Najd yang khusus ini jugalah yang disebut dalam hadith berhubung miqat ihram bagi penduduk dari Najd di Qarn al-Manazil. Iaitu merujuk kepada Najd-Riyadh. Bukannya Najd yang umum kepada pengertian kawasan tinggi.

Malah dalam sebuah hadith Muslim disebut dengan jelas perbezaan dua lokasi ini Najd dan Iraq berhubung miqat ihram. Qarn al-Manazil untuk Najd manakala Dhaatul Irq untuk Iraq. Sah … Najd bukan di Iraq. Hadith pasal miqat ini disebut dengan khusus membezakan antara Najd dengan Iraq. Mustahil untuk Rasulullah s.a.w. menyebut miqat Najd (kalau dikatakan untuk Iraq) di Qarn dalam masa sama menyebut lagi sekali khusus Iraq itu miqatnya di tempat lain pulak.

3. Najd itu tempat berlakunya gempa bumi, maka di Iraq dan Iran yang banyak berlaku gempa bumi.

Disebutkan dalam hadith tersebut peristiwa yang akan berlaku di Najd antaranya ialah gempa bumi. Bagi mereka yang menolak bahawa Riyadh merupakan Najd yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w. mereka berkata bahawa tidak ada gempa bumi yang berlaku di sekitar Riyadh. Malah ada yang mengatakan bahawa Riyadh tidak terletak di kawasan garisan pergerakan gerak gempa (fault line).

Pertamanya, dari sudut tidak pernah berlaku tidak menjamin gempa tidak akan berlaku.

Keduanya, tidak terletak digarisan yang kerap berlaku gempa tidak juga menjamin gempa tidak akan berlaku.

Namun, kedua-dua hujah yang diguna di atas ialah satu lagi contoh mereka gemar memesongkan fakta atau mungkin keterbasan ilmu yang di luar capaian mereka dalam ilmu geologi dan pergerakan permukaan bumi.

Di tengah-tengah negara Arab Saudi terdapat satu garisan “fault line/system” yang berpotensi untuk berlaku gerak gempa yang para ahli geologi memanggil garisan itu dengan nama yang mereka geruni – Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pada tahun kurun 13 masehi. Walaupun dikatakan “fault line” ini agak stabil pada masa ini, ianya tidak menjamin ini tidak akan berlaku gempa bumi.

Najd Fault System

Hatta, jika tiada “fault system” sekali pun di kawasan Najd apakah kita boleh jamin 100% bahawa gempa tidak boleh berlaku? Apakah pula kemungkinan gempa yang disebut dalam hadith itu sebagai suatu gambaran kepada peristiwa lain yang mengambarkan suasana seolah-olah gempa yang berlaku yang menjadikan masyarakat dan segala sistem perjalanan hidup kacau-bilau?

4. Kawasan berlaku fitnah dan kacau bilau adalah di selatan Iraq

Kemudian disabitkan pula dalam hujahan mereka dengan Iraq kerana di Iraq itu berlakunya pelbagai peperangan, pembunuhan dan sebagainya termasuk yang dikaitkan dengan pembunuhan cucunda Rasulullah s.a.w. dan kejatuhan kota Baghdad oleh Tartar.

Saya petik sekali lagi hujah ustaz tersebut:

Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.

Jelas yang amat ketara mereka ini sengaja melupakan peristiwa yang lebih besar dan lebih awal dari peristiwa-peristiwa yang beliau petik iaitu peristiwa pemberontakan Musailamah al-Kadzab. Pemberontakan itu adalah antara yang pertama berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Apakah pemberontakan Musailamah itu lebih kecil lagi dari perselisihan yang berlaku di zaman terkemudian?

Kenapa “peristiwa Musailamah” ini cuba diperkecilkan oleh mereka? Sebenarnya Musailamah al-Kadzab ini juga dari Najd. Ini jelas sekali puak mereka ini berusaha sesungguhnya untuk mengelakkan peristiwa besar pemberontakkan Musailamah yang tempat asalnya juga Najd dikaitkan dengan Hadith Najd yang amat digeruni mereka.

Hadith Albani disandarkan untuk mengantikan Hadith Najd dengan perkataan Iraq

Mereka yang kuat mengatakan hadith tersebut sebenarnya dimaksudkan sebagai Iraq dan bukan Riyadh-Najd disandarkan kepada hadith yang dikeluarkan oleh Albani.

Hadith yang disebut Albani itu digantikan Najd dengan Iraq dan tambah lagi mengaitkan keberkatan kepada Mekah dan Madinah di samping Syam dan Yaman:

Bahawa Nabi s.a.w. berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku. Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Mekah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah sukatan gantang dan cupak kami”.

Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk shaitan”

Apa kaitan Najd dengan Riyadh?

Bandaraya Riyadh lahir dan membangun hasil dari mula pemerintahan gandingan kuasa keluarga Ibn Saud dan Ibn Wahhab. Ianya terletak di wilayah yang dulunya dipanggil sebagai Wilayah Najd. Namun kini, wilayah tersebut telah ditukar dan secara rasminya kini dipanggil Wilayah Riyadh.

Muhammad bin Abdul Wahhab sememangnya lahir dari sebuah perkampungan di daerah atau wilayah Najd itu. Dan begitu juga dengan Musailamah dari daerah yang sama.

Ibn Baz menceritakan kisah Ibn Wahhab (dipetik dari terjemahan Imam Muhammad Ibn Abdul Wahhab – His Life and Mission terbitan Darussalam):

Imam Muhammad Ibn Abdul Wahhab …  was educated by his father in his homeland, Oyayna, a village located at Yamama in Najd, northwest to the city of Riyadh.

Bermakna Muhammad ibn Abdul Wahhab berasal dari Najd, sekarang ini disebut sebagai Riyadh. Sememangnya sejarahwan terdahulu menggelarkan Muhammad bin Abdul Wahhab ini dengan panggilan Muhammad al-Najdi.

Kenapa Ibn Baz guna nama tempat Najd? Apakah maksud Ibn Baz ialah pencetus pemikiran Wahhabi ini lahir di Najd, Iraq? Tidak disebut dengan jelas di pinggir kota Riyadh!

Penutup

Apakah yang sebenarnya mereka takut dengan hadith Najd ini? Apakah mereka gerun jika tempat timbulnya ajaran baru Wahhabi dari Najd ini dikaitkan dengan Musailamah dan dikaitkan pula dengan erti “tempat terbitnya DUA tanduk syaitan?

Saya serahkan kepada para pembaca budiman untuk membuat rumusan sendiri. Bagi saya, setakat fakta yang mampu saya cari dan diberi pertunjuk, saya yakin dan percaya tanpa syak bahawa hadith yang dibicarakan ini memang dimaksudkan kepada ajaran bawaan Muhammad Abdul Wahhab ini.

Kembalilah kita kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar bukannya ajaran yang Nabi s.a.w. sudah pesan agar kita waspadai dari awal lagi.

WalLahu’alam

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

October 2014
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid