Apakah ada garis panduan spesifikasi plat nombor pendaftaran kenderaan? Mungkin ada di kalangan kita yang tidak tahu bahawa sememangnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada mengeluarkan garis panduan spesifikasi bagi plat nombor pendaftaran kenderaan bermotor.
Semasa terlibat dengan satu projek penswastaan JPJ satu ketika dahulu, sememangnya garis panduan ini dikaji dengan teliti bagi mengusulkan cadangan tersebut. Dan garis panduan ini bukan suatu yang baru. Tidak berapa ketika dahulu kerap kita dengar JPJ menjalankan operasi menahan kenderaan yang tidak mengikuti spesifikasi begini.
Bagi orang awam, kita boleh mengakses maklumat ini dengan secara online laman sesawang JPJ.
Bagi memudahkan pembaca, saya perturunkan di sini maklumat yang boleh dimanafaatkan bersama. Maklumat ini adalah yang dikemaskini JPJ pada 15 Januari 2010.
Terdapat tiga (3) bentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang dibenarkan, iaitu:
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
- Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Spesifikasi (font, ukuran huruf dan jarak) untuk pelbagai plat yang diluluskan adalah seperti berikut:
a. Untuk kereta/van biasa (Semenanjung Malaysia):
b. Untuk kereta/van (Sarawak):
c. Untuk kereta/van (Sabah):
d. Untuk motosikal biasa (belakang):
Untuk pendaftaran khas mengikut jenama kenderaan pula:
e. Proton:
f. Proton Putra:
g. Proton Satria
h. Proton Waja:
i. Proton Tiara:
j. Perodua
k. Motosikal Kriss:
l. Motosikal Jaguh
m. Sukom:
Apakah anda pernah pastikan agar plat nombor anda menepati apa yang disenaraikan di atas? Jika belum, eloklah diperbetulkan sebelum ditahan oleh penguatkuasa JPJ.
Namun demikian bagaimana pula dengan plat nombor kenderaan berikut yang dirakam di pelbagai lokasi yang JELAS tidak mengikuti mana-mana garis panduan di atas?
Banyak lagi gambar yang telah diambil … entah dalam komputer mana ianya tersimpan …
3 comments
Comments feed for this article
30 November, 2011 at 12:28 am
Fadhli (@hetfield85)
pelik betul aku..spesifikasi plat da di keluarkan jpj tapi banyak plat yang tak ikut spesifikasi berlambak kat atas jalan sekarang. jpj tido ke apa?
28 February, 2012 at 9:54 pm
Bookings for WWW vehicle registration opens April 30 « Karim’s Blog
[…] Spesifikasi Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan Like this:LikeBe the first to like this post. Tembakan Bedil di Bukit Pak ApilKlik untuk tonton A Map of Trengganu TEMPAHAN DITERIMA … DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!! […]
10 October, 2012 at 1:56 am
Muhammad Faizal
how about if the front license plate placing side of the car?
adakah dibenarkan nombor plat depan diletakkan di bahagian sisi kereta?