Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.
Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan “ABC For The Middle – Age Middle Classes”. Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya – yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.
Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
**********
kemaskini:
Baru balik dari Balai Polis Sentul (jam 1:10 pagi) untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat … siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan)
10 comments
Comments feed for this article
28 August, 2013 at 8:16 pm
cikwiduri
Alhamdulillah.. semoga keprihatinan tuan mendapat maklum balas dr pihak berkuasa. Di FB juga banyak penghinaan sedemikian yang terang-terangan namun hingga kini masih didiamkan.
28 August, 2013 at 9:43 pm
Wan M Yusoff
the first thing that struck me was that “i” is for “indian”. after reading your note only then i realised that the cartoon anurendra wanted to say “i” is for “islam” but he didn’t have the heart or guts to say it in words. it’s good that you make a police report and let the police handle it from here. if we give too much publicity it may turn out as they had planned – good business for the publika gallery. i’m just guessing here, i might be far out – being idiots we’re not supposed to think like that.
28 August, 2013 at 11:11 pm
Aiman Amani
Reblogged this on Aiman Amani's Weblog.
28 August, 2013 at 11:16 pm
anisahafifah
Reblogged this on Anisah Afifah's Weblog.
28 August, 2013 at 11:20 pm
ahmadalikarim
Reblogged this on Ahmad Ali Karim's Weblog.
29 August, 2013 at 1:50 am
luaydpk
Salam. Sebenarnya siapa yang menghina Islam (nabinya) adalah idiot, tak mampu membedakan antara hak (benar) dan bathil (salah), sebabnya ia harus lebih bnyak tahu tentang apa yang ia hina. Seperti Nabi terhadap Yahudi buta.
29 August, 2013 at 1:53 am
Aeshah Adlina Karim
Reblogged this on Aeshah Adlina’s Weblog.
29 August, 2013 at 5:18 pm
Dazrean Che Din
Alhamdulillan dan tahniah tuan kerana mengambil tindakan untuk melapor perbuatan menghina ini.
31 August, 2013 at 12:31 am
Putrafelda Aswj
Islam datang ke Nusantara tanpa penjajahan…..
kristian datang ke nusantara bersama penjajahan…hasil bumi,penindasan kaum dan penyebaran agama kepercayaan mereka…….
“BUTAKAH ORANG NUSANTARA..??????
6 September, 2013 at 11:20 pm
al-bakri harith (@albakri67)
bagaimana perkara penghinaa begini boleh dibuat pameran..bagaimana kelulusan dibuat..dimana penguatkuasaan..?? tindakan kurang ajar dari pelukis dan penganjur pameran…harus diajar !!