Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam cabar kedaulatan, kuasa Sultan

Sulatn Murka-BH16Jul2014Sepang: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

Menurut baginda, kenyataan Khalid Samad menunjukkan beliau jahil mengenai peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

“Tindakan Khalid Samad seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat daripada MAIS mengenai agama Islam seperti yang termaktub di bawah undang-undang.

@Berita Harian

Advertisements