logo-halalMaka tersebarlah sekeping gambar pagi ini. Gambar dari jalan raya depan sebuah kedai satay popular. Apabila di”zoom”kan gambar tersebut maka dapat dilihat seekor anjing sedang menjilat di tempat pembakar satay (saya tidak mahu kongsikan gambar tersebut dan saya tidak mahu sebut nama kedai tersebut buat masa ini – kerana bukan hanya kedai ini sahaja – ianya pengajaran untuk semua premis makanan)

Komen saya ialah bahawa pengguna telah meletakkan kepercayaan kepada pengusaha kedai makan, maka pemilik kedai mesti bertanggung jawab untuk pastikan status kehalalan mereka tidak dikompromi. Tempat pembakar satay tersebut tidak sepatutnya dibiar terdedah apabila kedai ditutup pada malamnya. Terdapat banyak anjing liar yang berkeliaran.

Bukan hanya kedai satay, semua pengusaha (terutama yang jual makanan) mesti pastikan premis anda tidak dikompromi. Terutama yang di gerai, medan selera dan seumpamanya.

Sebelum ini tersebar juga kisah sebuat tempat menjual daging segar di tepi jalan, yang pada malamnya dapat dilihat anjing liar datang berkeliaran mencari sisa-sisa yang ada.