Dalam pada kita berbicara tentang ancaman orang-orang Kristian Nasrani dengan merujuk kepada ayat 120 dari surah Al-Baqarah, ada pula seorang hamba Allah menyoal kembali kepada saya dengan menggunakan ayat Al-Quran juga.

Di dalam perbincangan-perbincangan saya berhubung isu ancaman Kristianisasi saya akan sentiasa kaitkan peringatan yang Allah telah firmankan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini tidak akan redha dengan kita, umat Nabi Muhammad s.a.w., sampai bila-bila apabila dirujuk perkataan “lann” yang digunakan dalam ayat tersebut. Sehingga kita semua mati pun mereka tidak redha. Walaupun sehingga semua anak cucu kita mati. Malah sehingga akhir zaman, mereka tetap akan berusaha untuk merosakkan aqidah kita.

Maka, dengan premis sedemikian, kita mesti mewaspadai segala perancangan, dakyah halus dan tipu daya orang-orang Kristian Nasrani (dan Yahudi) ini. Kerana ini adalah peringatan dari Allah s.w.t. Suatu peringatan dan janji yang PASTInya benar.

Al-Maaidah82Maka baru-baru ini ada seorang yang mengatakan kembali kepada saya bahawa sebenarnya dalam al-Quran disebutkan bahawa yang benar-benar jahat ialah mereka dari golongan orang-orang Yahudi dan musyrik sahaja. Mereka inilah yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Islam. Beliau memberikan rujukan ayat 82 surah Al-Maaidah. Malah beliau mengatakan bahawa orang-orang Nasrani ini adalah orang-orang yang amat dekat sekali mesranya dengan orang-orang Islam.

Betul. Memang betul. Ini semua ayat-ayat Allah. Tetapi untuk memahami sesuatu ayat dalam Al–Quran seseorang itu mesti melihat keseluruhannya. Ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Sebab nuzulnya ayat-ayat tersebut. Maknanya. Dan kenalah rujuk kepada kitab-kitab besar yang telah mufassirin tulis sejak dahulu lagi.

Ayat 82 tersebut merujuk kepada Raja Najasi Habshah yang menerima penghijrahan orang-orang Islam dari Mekkah. Baginda adalah seorang Nasrani yang berpegang dengan kebenaran dan janji dalam kitab Injil akan kedatangan Rasul akhir zaman. Sebab itulah Baginda memeluk Islam apabila mendapat pengesahan dari rombangan hijrah yang pertama itu tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Inilah perbezaannya, bahawa baginda Raja Najasi adalah golongan Nasrani yang amat dekat sekali mesranya dengan orang-orang Islam dan bukannya puak-puak pengganas evangelis yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam. Malah kita baca sekurangnya 17 kali sehari tentang golongan sesat ini dengan meminta perlindungan dari Allah s.w.t.

LKSmusuh-AlBaqarah-120Usahlah kita semat pegangan songsang dan liberal kerana pengaruh falsafah sesat pasca modenisme yang kononnya ingin mentafsirkan semula dengan fahaman songsang bercanggahan dengan jumhur ulamak. Berpeganglah dengan arus perdana ahli sunnah wal jamaah. Jangan pula terjadi nanti langsung kita tidak boleh lagi saling memperingatkan diri kita dengan firman Allah ayat 120 surah Al Baqarah tersebut.

************

Kiriman sebelum ini yang menyebut tentang ayat 120 surah Al Baqarah: