Bila Polis buat kerja – berang dekat Polis pulak.

Apabila Polis tidak ambil tindakan – kata Polis tidak buat kerja pulak.

Apa pasal Guan Eng berang sama Polis?

Tapi betulkah Polis hendak soal malam Tahun Baru Cina?

Yang memang betul guaneng-berangialah Polis buat kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu … sepanjang tahun.

Guan Eng ingat dia seorang sahaja kena beri kenyataan kepada Polis?

Guan Eng ingat dia seorang sahaja yang orang buat laporan Polis terhadapnya?

Orang lain pun kena juga beri kenyataan kepada Polis.

Saya sendiri pun banyak kali kena beri kenyataan kepada Polis.

Apabila pegawai penyiasat buat panggilan – rundinglah masa yang sesuai.

Apabila IPD Kota Bharu telefon – jauh tu – saya runding supaya dapat saya berikan kenyataan di waktu dan tempat yang sesuai untuk saya dapat bertemu dengan pegawai penyiasat tersebut.

Apabila dipanggil oleh pengawai penyiasat IPD Shah Alam, saya rundingkan masa dan tempat sesuai untuk saya boleh berjumpa dengan pegawai tersebut.

Saya sibuk sangat? Polis lagilah sibuk. Tetapi hasil rundingan kami masih dapat carikan tarikh, waktu dan tempat yang sesuai.

Apalah yang Guan Eng hendak berang sangat?

Kurang cerdiklah kalau hendak besar-besarkan isu remeh sebegini.