UPR

Klik untuk maklumat lanjut berhubung UPR

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh COMANGO (baca antara tuntutan-tuntutan tersebut di sini) dalam proses UPR jelas sekali tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Mereka sengaja cuba mengelirukan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga sumpah DYMM Yang DiPertuan Agong menurut Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Apakah tujuan mereka membuat pelbagai tuntutan sedemikian di UNHRC Geneva?

Jika mereka ingin menggunakan helah bahawa tuntutan mereka adalah berdasar perisytiharan-perisytiharan antarabangsa namun Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Mereka tidak boleh menyanggahi kedaulatan perlembagaan sesebuah negara.

Malah jika kita teliti kes-kes dalam mahkamah di Malaysia, mahkamah telah memutuskan tentang kedaulatan undang-undang Negara mengatasi perisytiharan-perisytiharan antarabangsa.

kedaulatan negara vs perisytiharanContohnya, dalam kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia dan Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara, hakim-hakim yang terlibat bukan sahaja menegaskan kedaulatan perlembagaan negara tetapi turut menyatakan bahawa deklarasi-deklarasi PBB bersifat hanya deklarasi dan tidak mengikat mana-mana negara.

Hakim Eusoffe Abdoolcader (Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia) menyatakan:

The Universal Declaration of Human Rights … is not a legally binding instrument as such and some of its provisions depart from the existing and generally accepted rules.  It is merely a statement of principles devoid of any obligatory character and is not part of our (Malaysian Federation’s) municipal law … In brief, it connotes that the proposed course is conducive to the advantage of the end in view and not to its detriment

Kemudian, Hakim Siti Norma Yaakob (Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara) menyatakan:

It must be borne in mind that the 1948 Declaration is a resolution of the General Assembly of the United Nations and not a convention subject to the usual ratification and accession requirements for treaties. By its very title it is an instrument which declares or sets out statement of principles of conduct with a view to promoting universal respect for and observance of human rights and fundamental freedoms. Since such principles are only declaratory in nature, they do not, I consider, have the force of law or binding on Member States. If the United Nations wanted those principles to be more than declaratory, they could have embodied them in a convention or a treaty to which Member States can ratify or accede to and those principles will then have the force of law.

Maknanya mahkamah memutuskan bahawa prinsip-prinsip di buat di PBB itu bukannya berbentuk perjanjian dan tidak boleh mengatasi kedaulatan negara. COMANGO janganlah menyalak menyanggah kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Kupasan lanjut dibuat oleh Sdr. Azril Mohd Amin – UDHR and the position of Islam in Malaysia’s Federal Constitution.

Seterusnya kita lihat pendirian Malaysia dalam isu-isu yang dituntut oleh talibarut-talibarut asing … bersambung – baca tulisan susulan lain dan yang berkaitan di bawah.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR: