Semalam, beberapa SMS diterima bertanya pasal satu program yang dianjurkan oleh sebuah institut di bawah naungan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang memberi ruang seorang pengaku lesbian (self-confessed lesbian) untuk berucap tentang Islam. Dan di beberapa dinding FB rakan-rakan pun tercatat maklumat program tersebut disusuli dengan pelbagai bantahan.
Program yang disebut sebagai “Moral Courage: Creating Space for Islam and Democracy” itu dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity (IIMU) dengan kerjasama ZI Publications. Penceramahnya didatangkan dari benua Amerika Utara, Irshad Manji, yang secara terangan telah mengaku bahawa beliau seorang pengamal seks songsang.
Namun, lewat malam tadi, dilaporkan bahawa program ini telah dibatalkan oleh Rektor UIAM sendiri. Alhamdulillah. Dan tahniah kepada Prof Zaleha di atas tindakan berani sedemikian.
Program tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada hari Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30 – 3.30 petang di Mini Auditorium, Level 2, UIAM Gombak.
Yang menjadi persoalan ialah bagaimana sebuah universiti Islam yang perdana di Tanah Air kita pada mulanya memberi ruang untuk musuh Islam yang mempromosi seks songsang LGBT, menghina Rasulullah s.a.w. serta memperlecehkan Al-Qur’an dalam tulisan, buku dan ceramah-ceramahnya.
Dengan berbaik sangka bahawa pembuat keputusan di IIMU dan UIAM tidak maklum dari awal tidak boleh dengan mudah melepaskan tanggung-jawab untuk memeriksa terlebih dahulu penganjuran majlis sebegini terlepas pandang. Mungkin ada elemen-elemen yang bersubahat dengan musuh Islam di dalam UIAM itu. Mungkin ada elemen yang terpengaruh faham pasca modenisme dengan mendokong pemikiran “sapere aude”. Ini wajar dihalusi oleh pentadbiran UIAM.
Musuh-musuh Islam tidak akan henti dari membawa pelbagai program yang bertujuan meracuni pemikiran dan budaya umat kita di sini. Ini menepati saranan yang diunjurkan oleh Cheryl Benard (Rand Corporation) dalam buku “Civil Democratic Islam”.
Syabas diucapkan oleh sekalian pencinta Islam yang mengambil sikap waspada dan sentiasa bersiap-siaga memantau aktiviti-aktiviti musuh Islam.
Panganjur bersama program tersebut pula, ZI Publications Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim (ZI) – yang beralamat di B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan Satu, Pju 3, Petaling Jaya, Selangor, 47410. Kini, syarikat tersebut dimiliki dan diurus oleh anaknya Ezra. Ramai yang sangat arif berhubung pendirian Zaid dalam hal-hal begini. Zaid juga penyokong tegar IFC dan kumpulan Artikel 11.
7 comments
Comments feed for this article
16 May, 2012 at 8:07 pm
Pengaku Lesbian Berdegil Tetap Adakan Program Di Malaysia « Karim’s Blog
[…] program asalnya yang dijadualkan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, dibatalkan (baca) dan pelancaran bukunya yang dijadualkan diadakan di The Borders Garden Mall ditangguh, […]
16 May, 2012 at 8:32 pm
Pengaku Lesbian Berdegil Tetap Adakan Program Di Malaysia « Demi Membela Al-Islam
[…] program asalnya yang dijadualkan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, dibatalkan (baca) dan pelancaran bukunya yang dijadualkan diadakan di The Borders Garden Mall ditangguh, […]
17 May, 2012 at 2:52 pm
Program Irshad Manji Di Borders dan Monash Dibatalkan? « Karim’s Blog
[…] Pengaku Lesbian, Irshad Manji, Berceramah di UIA? Like this:LikeBe the first to like this post. Wacana Kemungkaran LGBT akarimomar Youtube Channel Click here to go to my Youtube Channel: […]
18 May, 2012 at 12:02 am
Selagi Irshad Manji Masih Di Malaysia – Mereka Terus Rancang Untuk Buat Program « Karim’s Blog
[…] Pengaku Lesbian, Irshad Manji, Berceramah di UIA? Like this:LikeBe the first to like this post. Wacana Kemungkaran LGBT akarimomar Youtube Channel Click here to go to my Youtube Channel: […]
19 May, 2012 at 12:28 pm
Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? « Karim’s Blog
[…] Pengaku Lesbian, Irshad Manji, Berceramah di UIA? Like this:LikeBe the first to like this post. Wacana Kemungkaran LGBT akarimomar Youtube Channel Click here to go to my Youtube Channel: […]
23 May, 2012 at 8:14 pm
Siaran Temubual Irshad Manji di BFM89.9 Dibatalkan « Karim’s Blog
[…] Pengaku Lesbian, Irshad Manji, Berceramah di UIA? Like this:LikeBe the first to like this post. Wacana Kemungkaran LGBT akarimomar Youtube Channel Click here to go to my Youtube Channel: […]
24 May, 2012 at 7:45 am
Jawi rampas buku Irshad Manji « Karim’s Blog
[…] Pengaku Lesbian, Irshad Manji, Berceramah di UIA? Like this:LikeBe the first to like this post. Wacana Kemungkaran LGBT akarimomar Youtube Channel Click here to go to my Youtube Channel: […]