Membesar di negeri yang majoriti besar penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam tidak bermakna saya tidak membesar bergaul mesra dengan orang-orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
Di zaman persekolahan saya, kami tinggal di kuarters kerajaan Lorong Mok Pe atau kemudiannya dikenali dengan Jalan Tekukur. Sepanjang deretan hampir 1.5 km rumah-rumah PWD (JKR) semi-D setingkat, hanya terdapat dua keluarga Cina dan dua keluarga India yang tinggal di situ.
Asalnya jiran seberang jalan dari rumah kami didiami oleh satu keluarga Cina namun mereka berpindah beberapa tahun selepas kami tinggal di situ dan saya masih kecil untuk mengingati banyak peristiwa kecuali seorang lelaki tua yang kami anak-anak kecil di situ suka bermain dengannya yang kami panggil “apek Ho”.
Selang satu rumah dari rumah kami tinggal satu keluarga India. Anak perempuannya, Sudha Paraman [kini menetap di Kanada], adalah satu kelas dengan saya sepanjang kami di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu. Ada ketika ramai-ramai dengan jiran lain kami sama-sama ke sekolah yang jaraknya kurang sedikit 1 km berjalan kaki. Malah kita kemudian ke sekolah menengah yang sama menaiki bas yang sama cuma berbeza aliran selepas Tingakatan 3.
Kami sekeluarga di awal tahun 70an berpindah ke hujung Jalan Tekukur – kuarters kerajaan juga, cuma kali ini ianya lebih selesa dengan tiga bilik tidur berbanding dengan hanya dua sebelum itu.
Di sini pula kami berkongsi semi-D dengan keluarga Cina yang mana salah seorang anak perempuannya, Chan Ai Lay, juga setingkatan dengan saya. Adik perempuannya, Chan Ai Hua pun rapat dengan saya. Kakak mereka Chan Ai Chin. Malah suatu ketika, nenek Ai Lay digigit anjing liar, kakak sayalah yang bergegas menghantar beliau ke hospital.
Selang dua rumah pula ada keluarga India, anak lelakinya, Siva, setingkatan juga dengan saya. Kami sama-sama berpengakap.
Sepanjang zaman persekolahan dan hidup berjiran dengan mereka yang dari pelbagai bangsa/agama, kami tidak rasa canggung untuk bermain dan belajar bersama. Walaupun dari lebih 70 keluarga yang tinggal di situ hanya empat keluarga sahaja dari bangsa bukan Melayu, tetapi suasana aman dan harmoni amat dirasai. Hidup berjiran dengan toleransi yang tinggi terasa seolah-olah akan terjamin terus.

Berpengakap dengan kepelbagaian kaum. Wahid Endut (MP Kuala Terengganu) diapit oleh Wee Hock (kami bersama sejak sekolah rendah hingga ke tingkatan 6) dan Siva (jiran saya). Saya yang bergantung sebelah kiri Siva.
Bila di sekolah, kami bergaul mesra dalam kelas. Bila kita berpersatuan dan menganggotai pelbagai pertubuhan, kita tidak sedar akan kita berbeza bangsa. Malah kita saling menghormati. Kita pergi berkhemah tidur dalam satu khemah tanpa merasa perbezaan di antara kita.
Seorang lagi rakan India saya, G. Mohanan, tinggal di pinggir kuarters kerajaan Jalan Tekukur. (Rumah G. Mohanan di kelilingi oleh rumah Wan Yusoff Othman di belakang, rumah Tg. Alawiyah/Tg Fatihah/Tg Husin/Tg. Farouk bin Tg. Abdul Jalil di sebelah kirinya dan rumah Nik Nordin/Nik Roswati Nik Mohd Amin di sebelah depan/sisi kiri, dan di depannya ialah rumah Syed Hamzah juga rakan sedarjah saya di SSPS1) Saya banyak menghabiskan masa saya di rumahnya di hari-hari cuti dan begitu juga dia kerap berkunjung ke rumah saya.
Kita bermain bukan setakat dengan kawan-kawan kita malah kita kenal keseluruhan adik beradik mereka. Kita kenal ayah ibu mereka dan mereka pula akan bertanya sapa hal keluarga kita. Begitulah harmoninya kehidupan yang toleransinya tinggi.
Namun kini nostalgia semasa kecil tinggal kenangan untuk kami ceritakan kepada anak-anak kami. Kami hanya sekadar saling berhubung melalui telefon dan emel – itu pun teramat jarang. Mungkin juga kerana kesibukan kehidupan kekeluargaan kita sendiri.
Tetapi apakah anak-anak kita masih dapat merasai keharmonian sebegitu? Polariti masyarakat umum semakin terbelah. Rekahan tersebut semakin membesar. Jurangnya semakin sukar kita melangkah. Apa akan jadi?
Ketegangan sehari dua ini seolah-olah terasa aneh apabila kami generasi dahulu pernah merasai keharmonian bermasyarakat dengan toleransi yang tinggi. Di mana silapnya? Apakah kerana ada pihak-pihak yang terlalu menuntut sesuatu yang sebelum ini kita semua saling mengiktiraf hak dan kepunyaan masing-masing?
Atas imbangan sosio-budaya dan saling memahami kehidupan dalam masyarakat yang bangsa lain walaupun kecil bilangan mereka, kita masyarakat Melayu ketika itu tidak menyisihkan orang-orang bukan Melayu jauh sekali menindas dan memaksa mereka akan sesuatu. Mereka pula sedia faham dan amat memahami pula toleransi orang-orang Melayu dalam masyarakat yang orang Melayu dominan.
Namun jika keruntuhan toleransi dan rekahan jurang yang semakin membesar ini tidak dibendung segara amatlah sedih keharmonian yang kami nikmati dahulu akan tiada lagi. Jikalah pihak-pihak yang asyik menuntut ini faham akan nilai-nilai hidup bermasyarakat orang-orang dahulu maka hakisan keharmonian dan toleransi dapatlah kita sama-sama hentikan.
Seruan saya, mungkin belum terlambat untuk penerbit majalah Herald menarik balik tuntutan mereka yang selama ini tidakpun timbul orang-orang bukan Islam ingin mengguna perkataan Allah untuk agama mereka dalam bahasa Melayu.
Artikel susulan:
Provokasi Yang Tidak Diundang – Mana Perginya Nilai Budaya Ketimuran Kita?
Lorong Mok Pe – Karim and I were neighbours
12 comments
Comments feed for this article
9 January, 2010 at 9:30 pm
Back To The Future – Pengeboman Gereja « Karim’s Blog
[…] “Back to the Future” masih boleh berlaku dengan pihak yang terlanjur sedia menarik balik tuntutan yang telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat yang selama ini telah hidup harmoni dengan toleransi yang amat tinggi. […]
11 January, 2010 at 12:58 am
SUARAJAGAT
tulisan yang baik..
mengingatkan kembali kepada kehidupan lampau kita yang penuh dengan nilai toleransi, saling menghormati serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Kita telah membina negara ini secara bersama, dengan cara tersendiri yang unik.
Maka janganlah dicemari keharmonian ini.
13 January, 2010 at 3:42 am
Class of MCE-1969 – 5 Science 1 « The Sulaimanians
[…] Though they were my super seniors, I am still able recognize some such as Wan Yusof and Nik Roswati (as they were my Lorong Mok Pe neighbours – and Wan Yusof is again my neighbour now in Ampang/Pandan), Nik Fuad who was my tuition teacher for a while and later replaced by Kamarudin, and Chan Ai Chin (my next door neighbour – also Lorong Mok Pe government quarters) [click here about our harmonious neighborhood of Lorong Mok Pe] […]
13 February, 2010 at 6:11 pm
Is our Neighborhood Safe? « Karim’s Blog
[…] of latest that happened yesterday was told by my kampung friend (read about my “kampunghood” here) married to a former popular actress/singer, who is now also a “kampung-mate” again far […]
16 February, 2010 at 10:56 am
Lorong Mok Pe – Karim and I were my neighbours « The Sulaimanians
[…] Those were the days in Lorong Mok Pe when Karim and I were neighbours. […]
5 September, 2010 at 9:07 am
Provokasi Yang Tidak Diundang – Mana Perginya Nilai Budaya Ketimuran Kita? « Karim’s Blog
[…] Akhirnya tercernalah anak-anak muda yang bernilai tanpa moral budaya halus ketimuran yang semarak mekar di tanah air kita berabad lamanya sebelum ini. Kehidupan masyarakat yang harmoni dengan nilai-nilai toleransi yang tinggi terhakis hari demi hari. […]
16 January, 2014 at 12:56 pm
Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan | Karim's Blog
[…] serta nilai-nilai mulianya untuk kembali kekal aman. Isu kalimah Allah hanya baru ditimbulkan. Kehidupan yang harmoni dan toleransi tinggi kini sudah mulai terhakis (baca) dek kerana provokasi yang tidak diundang akhir-akhir ini […]
7 July, 2014 at 8:44 am
RUU Harmoni – Beranikah Najib Lawan Majlis Raja-raja? | Karim's Blog
[…] Tanah Melayu sememangnya sudah harmoni dengan toleransi yang amat tinggi. Kehidupan yang penuh harmoni mulai terhakis akibat tuntutan-tuntutan melampau puak-puak yang ingin melaksanakan agenda jahat […]
4 September, 2015 at 8:31 am
Pelarian Tanpa Negara (“Stateless”) | Karim's Blog
[…] Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis […]
15 September, 2015 at 8:26 pm
Halau Orang-orang Cina Balik Naik Tongkang -> Akta Hasutan | Karim's Blog
[…] Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis […]
3 August, 2016 at 12:21 pm
HANYA Islam Agama Yang Benar – Agama-agama Lain Adalah Palsu Lagi Sesat | Karim's Blog
[…] [baca: Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis] […]
1 September, 2016 at 7:17 am
Mahkamah Putuskan Presiden ISMA Bersalah – Membuat Eric Paulsen TIDAK LENA Tidur? | Karim's Blog
[…] Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis […]