ErdoganGulenJika negara-negara Arab bergolak dengan Arab Spring bagi menjatuhkan regim yang tidak mesra Amerika bagi memberi ruang kepada puak liberal mencuri pentadbiran kerajaan, apakah di Turki turut direncana sedemikian sebelum pilihanraya mereka semalam?

Sudah menjadi rahsia awam bahawa Arab Spring bukannya terjadi tanpa dirancang. Kerja-kerja merancang itu paling kurang sudah dimulakan semenjak golongan neo-cons menerajui pentadbiran Amerika Syarikat pada tahun 2000. Dalam dokumen yang diterbitkan oleh Rand Corporation telah mencatat badan seperti Yayasan Asia telah berjaya meliberalkan masyarakat Islam di Asia terutamanya di Indonesia. Susulan penubuhan Middle East Partnership Initiative (MEPI) pada tahun 2002, maka suatu suatu badan yang hampir serupa peranan Yayasan Asia ditubuhkan pada akhir tahun 2005 dengan nama Foundation for the Future (FFF). Pengerusi pertama FFF ialah orang Malaysia yang bernama Anwar Ibrahim.

Di dalam monograf kajian Rand Corporation terbitan tahun 2007 tersebut tercatat juga pengiktirafan Amerika kepada dua orang tokoh yang telah berjaya meliberalkan umat Islam di atas nama “gerakan sufi” mereka. Salah seorang yang disebut ialah Fethullah Gulen yang kini menetap di Amerika Syarikat. Dan jika dilihat sejak kebelakangan ini Gulen dan gerakannya dikaitkan dengan pelbagai bantahan dan rusuhan yang berlaku di Turki.

Apakah semua itu berlaku dengan tidak sengaja atau sememangnya ada dorongan ghaib yang merancang untuk menjatuhkan Erdoğan yang banyak menyusahkan Amerika dan sekutunya.

Gulen membantah pentadbiran kerajaan menguatkuasakan undang-undang Islam dengan helah bahawa peraturan dalam Islam adalah hak peribadi masing-masing. Gulen turut dilihat menjunjung fahaman liberalisme dan pluralisme dalam agama.

Saya petik di bawah ini:

Gulen does not favor the state applying Islamic law, the Shari’a. He points out that most Islamic regulations concern people’s private lives and that only a small portion of them concern the state and government. These latter provisions need not be enforced because religion is a private matter, and its requirements should not be imposed on anyone.(1)

Sebab itu ada sesetengah pihak di Malaysia sangat galak mempromosi Gulen sebagai tokoh pemikir alaf baru. Peminat Gulen di Tanah Air kita turut sama menjunjung fahaman liberalisme dan pluralisme dalam agama.

Maka dengan kejayaan Erdoğan semalam apakah bermakna perancangan Amerika sudah sedikit terbantut? Tidak semudah yang mereka rancang di Tunisia, Mesir dan Libya? Sekadar persoalan-persoalan untuk kita waspadai bersama.


 

(1) – Bülent Aras and Ömer Çaha, “Fethullah Gülen and His Liberal ‘Turkish Islam’ Movement,” Middle East Review of International Affairs, Volume 4 No 4 (December 2000).