You are currently browsing the tag archive for the ‘puasa’ tag.

Hadith Rasulullah s.a.w.:

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan malam lailatul Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala Allah maka ia diampuni dosanya yang telah lampau”

Hadith Sahih Bukhari

Dari Anas, ia berkata: Ubadah bin Shamit memberi khabar kepadaku bahawasanya pada suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar untuk memberitahukan tentang bila berlakunya Lailatul Qadr. Kebetulan Baginda bertemu dua orang muslim yang saling berbantah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda “Saya keluar untuk mengkhabarkan tentang terjadinya Lailatul Qadr. Kebetulan saya melihat dua orang sedang berbantahan, maka saya terjadi lupa. Mudah-mudahan kelupaan tersebut berguna untuk anda sekalian. Carilah Lailatul Qadr tersebut pada hari ketujuh, kesembilan dan kelima” (yakni 27, 29, 25 Ramadan).

Hadith Sahih Bukhari

Dalam banyak kitab-kitab terdapat beberapa jangkaan yang dibuat berhubung tarikh bilanya berlaku Lailatul Qadr. Untuk memudahkan para pembaca, berikut disiarkan gambarajah yang boleh digunakan sebagai panduan. Semoga berguna hendaknya.

 

Wallahu ‘alam.

nota: gambarajah ini telah dipetik dari pelbagai laman lain dan diubahsuaikan grafiknya sahaja.

****************

Dengan mengambil kira 1 Ramadhan di Malaysia pada tahun ini (2012/1433H) jatuh pada hari Sabtu maka malam 21 atau malam 23 menjadi jangkaan sebahagian ulama’. Manakala bagi sesetengah tempat yang mula berpuasa pada hari Jumaat lagi maka wajarlah malam 27 atau malam 29 diperbanyakkan amalan. Namun, sayugianyalah kita pertingkatkan amalan sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan.

Kiriman ini pernah disiarkan sebelum ini (sini), disiar ulang untuk manfaat bersama.

Wassalam

Bubur Lambuk di musim bulan puasa … mana lagi kalau tidak dari gerai Kak Sham. Memang itulah yang kami akan cari setiap tahun semenjak kami kenali bubur lambuk Kampung Baru 20 tahun lalu (memang berbeza dengan bubur lambuk Trengganu – jugak kegemaran kami).

Mana nak cari?

Untuk panduan, kami sertakan imej ini untuk panduan:

Bubur Lambuk Warisan Kak Sham – gerai kedua sebelah kanan dari simpang lampu isyarat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang – depan Hospiital Al-Islam dan bertentang dengan Masjid Kg. Baru [Klik untuk paparan lebih besar]

Bubur lambuk Kak Sham sudah siap untuk dijual sebelum jam 12 tengahari setiap hari.

Sedapnya … tiada bandingan dengan yang lain.

Untuk tempahan boleh telefon Kak Sham sendiri: 016-616-0593.

Pastikan ianya yang Kak Sham punya – gerai kedua sebelah kanan Jalan Raja Alang kalau datang dari persimpangan lampu isyarat. AWAS! Ada sesetengah gerai akan mengaku mereka juga menjual bubur dari Kak Sham.

Kak Sham dengan deretan periuk besar – 8-9 periuk sehari suatu yang lazim

.

Siap untuk diisikan ke dalam bungkusan plastik

.

Dengan RM2.00 sebungkus sebelum jam 3.00 petang kadang-kadang sudah habis semua …

.

Panduan lokasi. Kalau bukan bulan Ramadan, Kak Sham menjual nasi lemaknya di Jalan Raja Uda (lokasi dalam peta)

*****************

Kiriman/Artikel lain yang berkaitan:

Kepada mereka yang galak berbuka di hotel-hotel (dan seumpamanya) wajar berhati-hati …

**********************
sumber dari Harian Metro

PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.

BUKTI…seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel, semalam.

BUKTI...seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel, semalam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.

“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya.

Beliau berkata, satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara.

Menurutnya, pemeriksaan rapi dilakukan di dapur hotel berkenaan yang dibahagikan kepada bahagian penyediaan makanan tempatan serta bahagian dapur khusus makanan Cina dan barat.

“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.

“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.

“Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan,” katanya.

Amri berkata, berikutan itu dia berjumpa pihak pengurusan hotel terbabit dan memberi amaran terhadap kesalahan dilakukan dan meminta mereka memastikan ia tidak berulang.

“Penjelasan diberikan bagi memastikan mereka mematuhi syarat terutama membabitkan makanan pelanggan beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, pihak hotel berkenaan sebelum ini pernah memohon sijil halal Jakim, namun ia ditolak disebabkan mereka gagal mematuhi prosedur dan syarat ditetapkan.

Katanya, penguat kuasa Jakim dibahagikan lapan kumpulan membabitkan hampir 20 anggota untuk melakukan tugas pemantauan di hotel sepanjang Ramadan ini.

“Tujuan Jakim bukan saja mengambil tindakan undang-undang, malah kami cuba mendidik dan memberi maklumat tepat kepada pihak hotel berhubung kaedah bagi mendapatkan sijil halal Jakim. Maklum balas diterima menunjukkan ramai pengusaha hotel tidak faham berhubung kaedah memohon sijil halal berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz memaklumkan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal Jakim.

Beliau menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan mengelirukan pengguna termasuk penggunaan terma ‘Bufet Ramadan’ kerana ia menggambarkan persediaan makanan halal sedangkan hakikat sebenar belum terbukti.

Bagi penduduk Kuala Terengganu, dentuman tembakan bedil amat sinonim dengan bulan Ramadhan atau sebaliknya. Malah, sesetengah mereka merasakan “tidak sah” apabila untuk beberapa tahun di awal tahun 2000an dentuman bedil tidak kedengaran.

Namun, saya baru mengetahui bahawa betapa ramainya penduduk Kuala Terengganu sendiri tidak mengetahui di mana sebenarnya lokasi bedil itu ditembak. Dari perbahasan dalam beberapa posting di blog Awang Goneng (http://kecek-kecek.blogspot.com/) [penulis buku “Growing Up in Trengganu“] benar-benar menunjukkan sememangnya ramai penduduk Kuala Terengganu yang sekadar agak-agak sahaja lokasi tembakan dentuman yang menandakan waktu berbuka puasa, waktu imsyak dan tanda mulanya Ramadhan dan Syawwal.

Semenjak kecil lagi, saya sememangnya sentiasa melihat tembakan ini. Dari kawasan perumahan kuarters kerajaan Lorong Mok Pe, memang kita dapat lihat dengan jelas cahaya lonjakan bahan letupan dari rumah kecil berwarna putih di puncak Bukit Pak Apil. Dengan bunyi kecil “duup” apabila bahan tersebut melonjak tinggi ke udara hinggalah dentuman kuat apabila bahan tersebut meletup kurang tiga saat selepas itu. Memang mengasyikkan bagi kanak-kanak kecil apabila beberapa das tembakan dibuat bagi menandakan mulanya bulan puasa atau esoknya kita akan berhari Raya.

Semasa kecil, ketika dalam perjalanan berbasikal dengan ayahanda ke Masjid Putih untuk solat Subuh, dentuman menanda waktu imsyak selalunya berbunyi ketika kami sedang berkayuh di Jalan Paya Bunga yang sunyi dan lengang. Cahaya dari bahan letupan yang sedang melonjak tinggi ke udara dapat menerangi suasana yang gelap sebelum subuh itu.

Apabila pulang dari KL untuk berhari Raya semalam, saya terus menjejak tapak tembakan bedil tersebut dan mengambil gambar untuk dikongsi bersama dan agar tidak lagi timbul kesangsian di kalangan penduduk Kuala Terengganu. Sayangnya sekitar tapak tembakan bedil itu kini sedang berubah. Lereng bukitnya sudah digondol. Malah, kalau dulu sukar untuk melihat pondok tempat tembakan tersebut kini sudah dapat dilihat dengan jelas dari bandar – hampir mana-mana lokasi sebelah timur bukit tersebut.

Saya telah sediakan peta lokasi untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya serta panorama Bukit Pak Apil dengan memberi gambaran lokasi tapak tembakan bedil (bulatan merah sebelah kanan di bawah) berbanding dengan Stesen RTM (bulatan merah sebelah kiri) yang mempunyai laluan yang berbeza.

Panorama Bukit Pak Apil diambil dari Jalan Pusara bersebelahan Perkuburan Sheikh Ibrahim

Lokasi sebenar tembakan bedil berbuka puasa

InshaAllah, saya akan berkongsi banyak lagi gambar yang diambil dari puncak Bukit Pak Apil ini dalam posting berikut.

Baca: Pengalaman berada di bawah letupan tembakan bedil – Being Under the Explosion of the Bedil

VIDEO: Capturing the Bedil from the top of Bukit Pak Apil

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid