Apa sudah jadi sekarang? Apakah kita tidak boleh lagi memetik ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberi peringatan kepada sesama kita? Apakah kini ada pihak yang hendak haramkan ayat-ayat Al-Quran dibaca?

kitsiangApakah Kit Siang merasakan bahawa umat Islam sudah boleh beliau permainkan hingga boleh melarang khutbah Jumaat membaca serta memetik sesetengah ayat-ayat suci Al-Quran? Apakah boleh kita berdiam begitu sahaja dengan keceluparan seorang politikus keparat?

Turut dipersoalkan ialah sikap orang-orang kita yang melacur tunduk dengan keganasan Kit Siang ini. Apakah sesetengah pengampu Kit Siang di kalangan umat kita sendiri ini mahu turut sama mempersoalkan firman Allah Azzawajalla berhubung amaranNya tentang sikap JAHAT dan DENDAM orang Kristian itu? Astaghfirullah.

Anwar-bela islam jijik

Kenapa Anwar merasa JIJIK apabila umat Islam diberi peringatan akan ancaman evangelis Kristian sepertimana firman Allah Taala dalam ayat 120 surah Al-Baqarah yang disebut dalam khutbah Jumaat – ayat yang Kit Siang pertikaikan?

Teringat akan saya suatu masa dahulu seorang pluralis tegar, Anwar Ibrahim (baca: Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?), turut sama benci dengan orang yang cuba memberi peringatan tentang ancaman agenda pemurtadan yang dilakukan oleh evangelis Kristian sebagai “jijik”.

Saya siarkan bahagian khutbah yang dipertikaikan oleh manusia yang amat memusuhi Islam dan orang Melayu sejak dari dulu lagi itu …

MANHAJ ISLAMI DALAM PERPADUAN UMMAH

(31 JANUARI 2014 / 29 RABIULAWAL 1435H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama. Jawapan persoalan ini bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam, sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).

Dalam kitab tafsir menjelaskan bahawa golongan Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang Islam supaya mengikut kehendak mereka. Justeru, mereka akan menggunakan pelbagai cara dan jalan untuk merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Tapi malangnya, peringatan Allah itu tidak dihiraukan oleh kebanyakan orang Islam. Maka tidak menghairankan bilamana terdapat di kalangan orang Islam itu yang terpedaya dengan musuh Islam. Akibatnya, Islam sesama Islam bercakaran dan berpecah-belah, sedangkan musuh-musuh kita ketawa meraih kejayaan memperdaya orang Islam yang alpa terhadap amaran dan peringatan Allah SWT.

Bayangkanlah, apakah kita sanggup bersubahat dengan musuh yang sudah jelas mahu meruntuhkan negara dan memecahkan tembok yang selama ini melindungi agama islam dan umatnya?. Percayalah, perbuatan yang melampau ini hanyalah merosakkan akidah umat Islam untuk menghakis kedaulatan umat Islam. Tariklah nafas kebijaksanaan, bukakanlah hati dan lihatlah apa yang sedang berlaku saat ini. Bukankah agama Islam sentiasa dicabar?. Bukankah maruah umat Islam sedang dipersenda?. Bukankah pemimpin umat islam sedang diaibkan oleh musuh-musuh Islam?. Maka, apakah perjuangan dan peranan yang telah kita laksanakan?. Apakah perasaan dan tindakan kita? Adakah kita hanya menjadi penonton atau telah kita zahirkan sokongan kita untuk mempertahankan kesucian islam dan hak umat islam?

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Keamanan dan keharmonian hidup yang kita kecapi hari ini antaranya adalah hasil daripada kewujudan dan pembudayaan semangat saling hormat menghormati, bertolak ansur, berkompromi dan muafakat di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Semua rakyat berperanan dan memberi sumbangan terhadap perpaduan negara. Berkat perpaduan itulah juga yang membolehkan pemerintah melaksanakan pelbagai program pembangunan demi mensejahterakan hidup rakyat. Ini adalah isyarat jelas bahawa perpaduan adalah nikmat yang tidak ternilai harganya yang perlu terus dipelihara dan dikekalkan oleh masyarakat majmuk negara ini.

Sedarilah bahawa mengejar agenda bersifat perkauman, kepentingan kelompok tertentu dan peribadi  dalam masyarakat berbilang kaum hanya akan menanamkan benih perbalahan yang akan memudaratkan dan menggugat keharmonian dan perpaduan.  Ini kerana apabila berlaku perbalahan dan perpecahan, sukar untuk menyatukan kembali. Dan andai kata berlaku perbalahan, ia mungkin mencetuskan pula pergaduhan yang membawa kepada perpecahan dan permusuhan. Setelah itu, barulah manusia akan merasai betapa sengsara dan peritnya erti kesusahan bilamana nikmat keamanan serta keharmonian dicabul.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa umat Islam berkewajipan menghayati semangat pepatah melayu: Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Sebagai umat Islam kita juga wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang di cerminkan oleh bangsa- bangsa lain dalam mempertahankan maruah dan kepentingan mereka. Renungilah peristiwa dari peperangan Ahzab yang berlaku pada 7 Syawal tahun ke 5 Hijrah bersamaan 29 Februari tahun 627 Masehi, telah memberi pengajaran yang besar kepada kita dengan menyaksikan penyatuan golongan yang menentang Islam dalam memerangi Rasulullah SAW. Pengajaran besar dari peristiwa peperangan Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa umat Islam pasti akan menghadapi serangan dan pakatan musuh untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita pada hari ini juga diserang dari pelbagai arah, samada serangan secara fizikal atau spiritual seperti serangan dalam bentuk pemikiran, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Yakinlah diri sendiri bahawa kekuatan utama umat Islam pada hari ini ialah dengan mengekalkan perpaduan sesama kita. Kita diciptakan oleh Allah SWT dengan kriteria dan watak yang berbeza-beza. Kita berbeza dari segi adat, budaya, dan cara hidup serta ideologi. Namun kita dituntut untuk bersatu padu demi agama, bangsa dan negara. Inilah sebenarnya Manhaj Islami demi mencapai perpaduan ummah. Justeru marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.

Baca juga yang berkaitan … Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)

dan Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah