Hanipah tangguh hududBerbicara untuk menegakkan agama Islam kini sudah dianggap asing dan akan diasak bertubi-tubi. Apabila usaha untuk melaksanakan hudud pun musuh-musuh kita yang dulu nampaknya semacam mereka bergaduh sesama mereka tiba-tiba sepakat menghentam kita. Termasuk dari golongan orang-orang Melayu Islam sendiri pun yang pernah satu masa dulu berdegar-degar ingin menegakkan syariat Islam mula berbicara tentang “mungkin belum masanya”.

Suara sebegini dari pimpinan PAS, jika dibuat 20 tahun dulu,  boleh menyebabkan Hanipah ini tersingkir. Namun golongan “parasit Anwarinas” dalam PAS sudah kukuh bertapak dan sudah pasti Hanipah selamat dari sebarang pandangan negatif di kalangan ahli mahupun pimpinan mereka.

KitSiang-Hina-2-120

Keceluparan Kit Siang Semakin Menjadi

Apabila kita mendedahkan ancaman kerja-kerja jahat evangelis Kristian yang berusaha memurtadkan umat Islam di Malaysia – golongan-golongan ekstremis “chauvinist” ini pun mula menunjukkan belangnya (true colors). Dengan bongkak pelampau-pelampau ini mula menghina ikhtiar agensi-agensi kerajaan yang berusaha mengingatkan umat Islam tentang bahaya serta ancaman puak-puak pengganas evangelis yang sentiasa melakukan usaha jahat mereka memurtadkan umat Islam sepertimana yang disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 120. Baca keceluparan mulut Kit Siang di sini: Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?

Buku MAIS - M-insiderHinggakan usaha MAIS untuk memberi penjelasan berhubung isu kalimah Allah dan mendedah agenda evangelis Kristian melalui buku kecil turut dipertikai serta dibesar-besarkan. Apa yang dilakukan MAIS amat bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (4) dan Enakmen Negeri (1988). Buku ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam bahawa wujud beberapa pihak di kalangan penganut Kristian yang bersungguh tidak mengindahkan keluhuran perlembagaan. Jika buku ini tidak dikeluarkan, maka kita akan dengar pula komen-komen mereka mengatakan bahawa ancaman Kristiansasi yang digembar gembur hanya igauan atau dakwaan kosong.

Kita mempunyai bukti-bukti kukuh usaha jahat yang terancang pelampau evangelis Kristian bersumberkan dari dokumen-dokumen gereja sendiri. Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 TIDAK boleh dibaca tanpa Perkara 11 (4). Perancangan JAHAT evangelis melanggari Perkara 11 (4). Noktah!

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: