Enakmen 9 Jenayah Syariah - depanWalaupun Gani Patail seorang Peguam Negara, apabila dia bersalah – ianya TETAP SALAH.

AG is NOT above the law!

Dalam kes terkini isu rampasan Bible dan keputusannya untuk tidak ambil tindakan (NFA) itu satu hal. Namun, kenyataannya yang menyatakan bahawa buku “Alkitab Berita Baik” sebagai kompilasi Injil, Taurat dan Zabur itu boleh disabitkan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Di bawah Seksyen 7 (Doktrin Palsu), Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selagor) 1995, Bahagian 11 – Kesalahan Yang Berhubung Dengan Aqidah:

(1) Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara’ atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Menyatakan buku “Alkitab Berita Baik” adalah kompilasi Taurat, Zabur dan Injil adalah suatu doktrin salah.

JOM ramai-ramai kita buat laporan di JAIS berhubung kesalahan Gani ini. Jika dia sebagai batu penghalang di Mahkamah Sivil. Kita heret dia ke Mahkamah Syariah.

Gerakkan KEMPEN MINTA PM NAJIB GUGURKAN GANI PATAIL dari jawatan selesanya Peguam Negara.

Baca juga: Gani Patail Melanggari Al Quran, Al Hadith dan Ijma’ Ulamak