Gani-Jais erred- biblePeguam Negara, Ganu Patail, tidak semestinya betul semua. Dan dalam kes terbaru, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysian Insider, “A-G says Jais erred in seizing Bibles, orders case closed” (11 Jun 2014), Gani Patil JELAS SALAH.

Malu kalau beginilah sebenarnya kefahaman beliau dalam membuat kenyataan sedemikian. Malulah sebagai seorang Peguam Negara yang sudah sekian tahun lamanya, Gani masih tidak faham kes ini.

Pertamanya, Gani menyatakan, seperti dipetik dari TMI bahwa, “bible tersebut bukan ancaman kepada keselamatan Negara”. Bila masa JAIS menguatkuasa perkara yang menjadi isu sekarang ini kerana isu keselamatan Negara? Apakah sebodoh itu Gani fahami bahawa JAIS menguatkuasakan Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri Selangor di bawah Seksyen 9 kerana keselamatan Negara?

Enakmen-Selangor-1988-9-1Tahukah Gani apa itu Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (KawalanPerkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 khususnya Seksyen 9 itu apa?

Dipetik:

Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia

(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan; atau

(b) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam; atau

(c) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang; atau

(d) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau munasabahnya patut tahu ianya akan diterbitkan atau disiarkan,

menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam.

(2) Seseorang yang tidak berugama Islam adalah melakukan suatu kesalahan jika dia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen kecil (1), menggunakan mana-mana perbahasan yang disenaraikan dalam Bahagian II kepada Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(4) Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

 

Cuba kita fahami betul-betul:

… menggunakan mana-mana perkataan … untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam.

Itulah kesalahannya. Bukan sebab keselamatan Negara!

Takkan benda sebegini pun seorang Peguam Negara tak faham? Atau SENGAJA BUAT TAK NAK FAHAM … atas sebab-sebab yang hanya dia sahaja yang tahu.

Namun, yang paling penting, dalam kenyataannya ialah yang boleh menyentuh aqidahnya sendiri. Dilapor oleh TMI:

“Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian,” kata Gani.

Kenyataan yang Gani buat ini adalah jelas melanggari Al Quran, Al Hadith dan ijma’ para ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah. Menurut aqidah ahli sunnah wal jamaah, Bible yang disebar oleh orang-orang Kristian adalah palsu dan bukannya Injil mahupun Taurat atau Zabur. Ini telah disebut dalam ayat Al Quran dipertegaskan dalam Hadith dan disepakati para ulamak. Mengiakan Bible  sebagai sebahagian kitab-kitab suci Islam adalah suatu kesalahan aqidah yang SERIOUS jika kenyataan Gani tersebut datang dari iqtikadnya kerana dibimbangi boleh membawa kepada masalah murtad,

Gani bukan ahli agama. Jauh sekali dalam bab-bab sebegini. Kesungguhannya menyebelahi puak Kristian yang NYATA dan JELAS bersalahan dengan Seksyen 9 Enakmen tersebut boleh menimbulkan banyak persoalan. Apakah ada sesuatu yang kita semua tidak tahu?

Wajarlah kita, umat Islam di Tanah Air ini beserta dengan NGO-NGO Islam, mengerakkan kempen TAMATKAN GANI PATAIL sebagai Peguam Negara!

**********

Kiriman yang berkaitan: