Terdengar tadi laporan berita bahawa PM dalam ucapannya di Putrajaya, pagi tadi, memberi jaminan bahawa segala pertimbangan akan diambil dalam mengkaji cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Beliau turut mengatakan bahawa pandangan dan saranan pelbagi pihak akan diambil kira terutamanya dari “stakeholder” utama – dan beliau sebut pertubuhan-pertubuhan/NGO Melayu Islam. Alhamdulillah, sekurangnya PM zahirkan kesediaannya mendengar pandangan NGO-NGO Melayu Islam dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam menyedarkan masyarakat dalam isu ini.

Cuma persoalannya ialah siapakah “stakeholder” yang utama? Apakah NGO-NGO ini?

Saya rasa “stakeholder utama Akta Hasutan ialah Duli-duli Raja-raja Melayu/Majlis Raja-raja. Perkenan MRR inilah yang paling penting dalam isu yang didesak oleh golongan Pro-Negara Republik (atau KUMAN) – jangan panggil kumpulan “Negara-Ku” (ini suatu pencemaran istilah).

RUU Author - Syahredzanx

Antara dokumen deraf RUU Harmoni yang diperolehi menyebut dengan jelas penglibatan Majlis Peguam dan salah seorang pengarangnya bernama Syahredzan Johan

Sebab itulah, apabila kami memperolehi deraf Rang Undang-undang Akta Harmoni yang dikarang oleh Majlis Peguam, NGO-NGO Melayu Islam bersepakat untuk mempersembahkan kerisauan kami berhubung cadangan pihak Pro-Republikan ini kepada Majlis Raja-raja.

Isi kandungan deraf RUU Harmoni ini amat merisaukan kami kerana ianya dilihat suatu strategi licik yang terancang untuk membawa Tanah Air kita menjadi sebuah negara Republik secara halus dan berperingkat. (baca: 8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya)

Dalam taklimat khas kepada Majlis Raja-raja, PM Najib yang ternyata terkejut dengan pendedahan yang dipersembahkan kepada Duli-duli Tuanku memberi jaminan bahawa beliau akan mempertahankan isu-isu Islam, Raja, Bangsa dan Bahasa. Moga Najib berpegang pada JANJInya kepada keseluruhan Raja-raja Melayu itu. (baca: RUU Harmoni – Beranikah Najib Lawan Majlis Raja-raja?)