Terbitlah suatu lontaran teguran oleh seorang pemuda dalam satu sesi soal jawab bahawa oleh kerana beliau baru tamat pengajian ijazah dan baru mendapat gaji pertamanya sebagai pegawai kerajaan maka perkara pertama yang dibelinya ialah sejadah.
Ini kerana selagi beliau tidak mempunyai sejadah beliau tidak solat selama ini kerana prioritinya ialah untuk mendapat cukup duit dahulu baru boleh beli sejadah dan baru boleh hendak tunaikan kewajipan solatnya.
Sebenarnya beliau membuat komen. Berdiri di mikrofon yang disediakan untuk sesi soal jawab, beliau tidak menyoal. Sebaliknya beliau menyindir peserta sebelumnya yang bertanya kami di atas pentas, kenapa perlu sibuk-sibuk hendak pinda Akta 355 sedangkan terlalu banyak masalah lain yang belum selesai. Isu rasuahnya. 1MDB, 2.6b, cincin Rosmah.
Beliau cuba menyindir rakan sepejabatnya yang meletakkan keutamaan untuk selesaikan masalah-masalah yang disebut dahulu barulah boleh kita lakukan pindaan kepada Akta 355. Tidak penting didahulukan.
Beliau memberi andaian jika digunakan analogi yang sama, maka sebagai orang yang baru bergelar graduan, maka tugas utamanya ialah mencari cukup dana untuk menyara hidupnya, dan menangguhkan dahulu solat-solatnya kerana beliau perlu utamakan masalah kehidupan – mencari WANG. Baru selepas mendapat gaji pertama, dia akan beli sejadahnya dan barulah boleh mula solat.
Sindirin beliau mendapat tepukan dari kalangan peserta lain. Kami ahli panel tidak perlu menjawab.
1 comment
Comments feed for this article
5 November, 2016 at 11:56 am
Bila Rosmah Nak Pakai Tudung? | Karim's Blog
[…] Itulah masalah sesetengah yang bertanya … mujur kadang-kadang ada peserta lain yang bersedia untuk tolong jawab – Tangguh Solat Kerana Tidak Ada Sejadah. […]