Kadang-kadang kita hairan, orang yang kononnya sudah mengaji tinggi-tinggi tapi tidak menunjukkan keilmuan yang sepatutnya telah beliau perolehi. Sebab itulah adanya kaedah-kaedah tertentu serta syarat-syaratnya untuk seseorang itu berijtihad. Bukan setakat mengaji satu bidang sahaja sudah boleh kita menjadi pakar untuk semua bidang.
Kalau kita ke Institut Jantung Negara, saya yakin tidak ada seorang pun daripada kita akan mengizin seorang doktor pakar kulit untuk membedah kita. Dan IJN pun pasti tidak akan membuat polisi gila sedemikian.
Sebab itu saya hairan Asri, mantan mufti Perlis, sama ada tidak faham tentang sesuatu isu dan sembrono membuat kenyataan atau beliau terasa sudah terlalu pandai?
Dalam komen terbaru beliau merujuk kepada Seminar Kristologi dan Kalimah Allah Nusantara di UiTM yang diadakan minggu lepas beliau seolah-olah mengecam penganjuran program sedemikian.
Beliau mengatakan:
Islam tidak ditindas di Malaysia
Janganlah terkejut kalau ada orang yang mengajak masuk Kristian.
Bila masa kita kata Islam ditindas di Malaysia? Dia baca dan faham atau tidak apa yang kami suarakan? Dan siapa kata kita terkejut dengan orang Kristian hendak dakyah orang Islam? Kita telah diperingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa orang Yahudi dan Nasrani SENTIASA dan SAMPAI BILA-BILA akan bersungguh menyesatkan kita. Kita tahu pelampau Kristian ini akan sentiasa merancang, Allah sudah firmankan.
Asri sebaliknya mengatakan bahawa orang-orang Kristian ini amat dekat dengan orang Islam:
“Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian,”
Saya tidak pasti dari mana sumber pendapatnya sebab TMI tidak lapor. Saya agak dia maksudkan itu diambil dari ayat Al-Maaidah:82. Dan ayat inilah juga ramai yang suka bangkitkan apabila saya menceritakan tentang ancaman dari ayat Al Baqarah:120.
Kalaulah dia nak guna ayat Al Maaidah:82, takkanlah dah mengaji tinggi pun tidak tahu kisah sebalik ayat tersebut. (baca kiriman saya sebelum ini: Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?))
Ayat tersebut merujuk kepada baginda Raja Najasi Habshah. Saya petik sebahagian yang telah saya sebut itu:
Inilah perbezaannya dengan Baginda golongan Nasrani yang amat dekat sekali mesranya dengan orang-orang Islam bukannya puak-puak pengganas evangelis yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam. Malah kita baca sekurangnya 17 kali sehari tentang golongan sesat ini dengan meminta perlindungan dari Allah s.w.t.
Dia hendak tunjuk dia pandai berhujah. Tapi dia berhujah di luar konteks. Dia hendak perlihatkan kehebatan untuk qias. Tetapi itu qias maalfariq (kiasan yang tidak kena).
Sebab itu apabila isu kalimah Allah dulu dia pun ingin tunjuk kehebatannya untuk membolehkan pelampau Kristian guna kalimah Allah maka dia kata bagaimana orang bukan Islam hendak menyanyikan lagu negeri kerana, kata Asri, “jika non-muslims sama sekali tidak dibenarkan menyebut … Tuhan Allah …”
Payahlah macam ini. Isu asas pun dia tidak faham. Menyebut ada bezanya dengan mengguna untuk ajaran agama mereka. Contoh, kalau si-Kristian ada kawan yang bernama Abdullah, kita tidak larang beliau untuk berterusan panggil kawannya “Abdullah”. Takkan kita nak suruh si-Kristian panggil kawannya dengan “Abdul Tuhan”?
Asri hendak mengeluarkan pendapat, dia tidak rujuk larangan yang dibuat. Bacalah dulu enakmen yang melarang tu. Apa yang disebut dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Negeri Selangor AMAT jelas, terutama dalam perkara 9.
Asri turut mengatakan:
“Janganlah kita berlebih sangat. Ada NGO tertentu yang nak promosi NGO mereka, berlebihan sangat.
Saya bimbang jika ianya kata dulang paku serpih.
Cuma saya masih mengharapkan mungkin pelapor berita di TMI tersebut, Hasbullah Awang Chik, tersalah dengar atau tersalah lapor.
Baca tulisan terkini (1 Mei 2016): Asri MAZA Mahu Jadi Serba Tahu?
Baca juga: Laporan Polis Di Bawah Akta Hasutan Terhadap Dr. Asri
************
Kiriman sebelum ini yang menyebut tentang ayat 120 surah Al Baqarah:
- Mestikah Orang Kristian Guna Nama Suci ALLAH?
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Ketelusan dan Kebebasan Bersuara Di Selangor Paling Hebat?
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
Sila baca juga:
9 comments
Comments feed for this article
17 May, 2014 at 10:12 pm
ahmadalikarim
Assalamualaikum,
Saya rasa Dr. Asri tidak layak untuk menjadi Mufti kalau inlah fahaman beliau. Beliau mesti belajar dari Mufti Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani, yang selalu membela dan berjuang untuk menegakkan Islam.
Saya hairan sebab seorang bekas Mufti tidak tahu pasal Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau patut menjadi ahli politik pembangkang.
18 May, 2014 at 4:28 pm
Aleesa Isohaq
Dr Maza tidak mempunyai Intellectual Integrity tetapi cuba pass of as a new wave ulamak yang intellektual yang mendampingi rakyat. Kewibawaannya sebagai penyambung watikah nabi ter-compromise apabila puak-puak liberal seperti Marina Mahathir rapat dengan beliau dengan natijah apabila sesuatu isu bertentangan syarak dimajukan oleh golongan ini, Dr Maza diam seribu bahasa, takut populariti beliau di kalangan selebriti pseudo-politik tadi menurun. Mula-mula diharapkan beliau meneraju pemikiran syari’i untuk berdebat dengan Kassim Ahmad tetapi agaknya setelah dinasihati supaya Stand down, Dr Maza menikus, dengan insiden KA demam conveniently covering the cancellation of the event. Dalam kes-kes seperti Yoga, azan mikrofon, video anwar dan lain-lain yg berpeluang untuk para ilmuan tampil dan memberi penerangan jitu, Dr Maza memilih untuk samada tonedown criticism, mengambil apologetik approach or downright mencari nas-nas yang menjurus kepada persetujuan. Kalau ulamak-ulamak yang salaf dahulu berpandukan “diantara fatwa dan taqwa pilihlah taqwa” maka keseleruhan diri Dr Maza adalah satu embodiment yang bertentangan dgn prinsip ini.
Dalam suatu keadaan hipotetik, katakanlah puak-puak LGBT dan liberal menerajui negara ini satu hari. Maka tidak akan syak lagi Dr Maza akan diangkat menjadi champion Mufti. Keseluruhan dirinya adalah conundric: dia selalu mengkritik ulamak-ulamak Islam mendiam diri apabila teraju kerajaan membuat dasar yang mengikutnya tidak syari’i. Tetapi apabila perkara yang sama dilakukan pembangkang, malah kadang-kadang lebih ekstreme lagi, beliau menikus dan membisu. Ini, bersama-sama dengan fakta bahawa beliau akan mencantas tulisan-tulisan teguran dan kritis terhadap beliau dalam facebooknya manakala memberi laluan kepada yang anti-Islam dan anti-melayu dipaparkan, menyebabkan sesetengah sahabat mengesyakki kemungkinan besar Dr Maza ini mengalami kemaridhan jiwa yang tahap kronik.
Oleh kerana kesungguhannya untuk mengabaikan kebenaran demi menjaga kepopularan diri, maka di sini mahu Kak Long isytiharkan: Dr Maza tidak boleh digunapakai bagi memajukan Islam bagi kurun ke-21 bagi bumi Malaya ini.
18 May, 2014 at 6:50 pm
Amanz Harris
Ironinya dr asri sering menegur ulama muda umno kerana memetik nas alquran atau hadis tanpa melihat kepada konteks sebenar nas tersebut, dari sudut asbab nuzul,contohnya,
Namun kali ini beliau sendiri memetik surah maidah ayat 82 yg dihuraikan jauh dari konteks asal asbab nuzul ayat berkenaan,
21 June, 2014 at 7:23 am
Bezanya Seorang Dilihat Membela Umat Islam dan Seorang Lagi Dilihat Membela Pelampau Evangelis Kristian | Karim's Blog
[…] Ini kita kena yakini. Jangan kita terpesong dengan tafsiran yang cuba menyesatkan umat dengan mengatakan bahawa orang-orang Kristianlah yang sebenarnya dekat sekali kasih mesranya terhadap orang Islam dalam mendepani asakan pelampau evangelis Kristian dengan mengambil ayat 82 surah Al Maaidah. Inilah hujahan di luar konteks yang cuba dibawa oleh Asri MAZA tanpa melihat keseluruhan ayat tersebut serta sebab turunnya. Berhujah di luar konteks menjadi kegemaran MAZA. Baca: Asri Ni Dia Tak Faham Atau Dia Rasa Terlalu Pandai? […]
12 January, 2015 at 12:25 pm
Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat? | Karim's Blog
[…] kiamat. Apakah kita tidak ingat? Atau apakah kita merasakan mereka ini sudah berbaik dengan kita dan boleh menjadi sahabat? Hingga ada yang mengatakan Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang […]
12 January, 2015 at 8:31 pm
Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat? | Pilihanraya Umum ke 14
[…] kiamat. Apakah kita tidak ingat? Atau apakah kita merasakan mereka ini sudah berbaik dengan kita dan boleh menjadi sahabat? Hingga ada yang mengatakan Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang […]
13 January, 2015 at 8:25 pm
UMNO Online: Menjalankan Agenda Amerika Di Bumi Malaysia? | Perrrghhh
[…] kiamat. Apakah kita tidak ingat? Atau apakah kita merasakan mereka ini sudah berbaik dengan kita dan boleh menjadi sahabat?Hingga ada yang mengatakan Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang […]
1 May, 2016 at 11:11 am
Asri MAZA Mahu Jadi Serba Tahu? | Karim's Blog
[…] Saya pun pernah ulas dulu – Asri Ni Dia Tak Faham Atau Dia Rasa Terlalu Pandai? […]
5 December, 2016 at 3:38 pm
Isu RUU355 vs Asri : PEMANIS Jawab Mufti Perlis | Karim's Blog
[…] BERKAITAN: Asri Ni Dia Tak Faham Atau Dia Rasa Terlalu Pandai? […]