You are currently browsing the daily archive for 20 May, 2014.

Jemputlah datang untuk 6 lagi pembentangan kertas kerja Wacana esok mulai jam 8:30 pagi. Sarapan disediakan.

(klik di sini untuk Liputan Bergambar Hari Pertama Wacana)

wacana ASWJ-2014

Aturcara Hari Kedua:

21hb Mei 2014 bersamaan Rabu, 21 Rejab 1435H

 

8:00 pagi

Sarapan dan Peserta mengambil tempat

8:45

Sesi 2:

Moderator: Dr. Mohd Mahyudi Mohd Yusop, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kertas Kerja 4: Ajaran Akhlaq Islamiyyah Dalam Membina Diri Dan Kepimpinan Daripada Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah

Ustaz Muhadir Hj. Joll, Jabatan Wahyu dan Ilmu Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kertas Kerja 5: Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Suatu Kebenaran Mutlaq               Berdasarkan Nass al-Sunnah

Prof Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim, Sekolah Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Kertas Kerja 6: Kemungkaran Fahaman Liberalisme: Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah

Dr. Anis Malik Thoha, Rektor, Universitas Sultan Agung Semarang, Indonesia

Kertas Kerja 7: Hak Asasi Manusia: Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah

Tuan Haji Azril Mohd Amin, Pengerusi, MuslimUPRo

Sesi soal jawab

 

12:45 tengah hari

Makan tengah hari dan Solat

2:15

Sesi 3:

Moderator: Dr. Yusri Mohamad, Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI)

Kertas Kerja 8: Konsep Kepimpinan Negara: Bandingan Antara Sunni dan Syiah

Prof. Dr. Idris Zakaria, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 

Kertas Kerja 9: Malaysia Sebagai Benteng Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah Alam Melayu: Strategi Untuk Memperkasakannya

Dr. Mohamad Zaidi Bin Abdul Rahman, Jabatan Siyasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Sesi soal jawab

4:30

Pembentangan Resolusi

4:45

Ucapan Penangguhan

 

 

Alhamdulillah hari pertama WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-6 bertema PENCERAHAN TASAWWUR AHLI AS-SUNNAH WA AL-JAMA`AH  (klik: maklumat lanjut, atau senarai tajuk dan pembentang) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) berjalan lancar sebentar tadi.

Insha Allah esok, bersambung dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang – dijemput hadir bertempat Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. (SILA DATANG UNTUK HARI KEDUA – 21hb Mei 2014 – klik untuk maklumat lanjut)

Berikut adalah sedikit liputan bergambar yang sempat dirakam.

WASWJ-1-peserta awal pagi

Para peserta mula mengisi Dewan Serbaguna Masjid Wilayah.

WASWJ-2-pembukaan MC

Majlis dibuka dengan sama-sama membaca surah Al-Fatihah diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pengerusi Majlis, Sdr. Abdul Razak Rawi, ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat MUAFAKAT.

WASWJ-3-aluan pengarahUcapan aluan oleh Pengarah Wacana, Tuan Haji Mohd Amin Hashim, merangkap Timbalan Presiden MUAFAKAT

WASWJ-4-moderator1Moderator sesi pagi hari pertama, Dr. Amran Muhammad, merangkap ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat MUAFAKAT mempengerusi sesi pembentangan slot beliau.

WASWJ-5-panelis pagiPenal pembentang sesi pagi hari pertama, dari kiri, Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti, Dr. Wan Adli Wan Ramli dan moderator Dr. Amran.

WASWJ-6-pembentang1Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa membentang kertas kerja bertajuk Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah – Suatu Kerangka Umum.

WASWJ-7-peserta sesi pagiPara peserta yang sedang khusyuk mendengar pembentang slot pagi hari pertama.

WASWJ-8-pembentang2 Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti membentang kertas kerja bertajuk Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Suatu Kebenaran Mutlaq Berdasarkan Nass al-Qur’ān.

WASWJ-9-peserta sesi pagi2

 Sebahagian lagi peserta slot pahi hari pertama.

WASWJ-10-pembentang3

 Dr. Wan Adli Wan Ramli, merangkap Naib Presiden MUAFAKAT membentangkan kertas kerja bertajuk Tasawwur ‘Aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Konsep, Dasar dan Ciri-ciri.

 WASWJ-11-pengkisahan UEM

Slot petang dimulai dengan pengkisahan hidup tokoh Ahli as-Sunnah Wa al-Jama`ah Al-Marhum Ustaz Muhammad `Uthman El-Muhammady yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa dan diikuti dengan tayangan video khas petikan pelbagai ceramah Al-Marhum yang merangkumi pelbagai aspek dalam menjelaskan epistemologi Ahli as-Sunnah Wa al-Jama`ah.

 WASWJ-12-momento keluarga UEM

 Majlis turut menjemput beberapa ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Uthman sebagai tetamu istimewa. Pengarah Wacana kemudian menyerahkan cenderahati kenangan atas ketokohan Al-Marhum kepada wakil keluarganya, Dr. Ahmad El-Muhammady.

 WASWJ-13-ketibaan TPM

Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dikerumuni oleh juru gambar pelbagai media.

WASWJ-14-aluan PresidenMajlis perasmian dimulai dengan ucapan aluan oleh Presiden MUAFAKAT, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina Ahmad.

 WASWJ-15-perasmian TPM

 Ucapan perasmian oleh YAB Tan Sri Muhyiddin

 WASWJ-16-lancar buku

YAB Tan Sri Muhyiddin melancarkan buku terbaru terbitan MUAFAKAT berjudul Muhammad `Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari yang ditulis oleh Ustaz Ismail Mina.

WASWJ-17-cenderahati TPMPresiden MUAFAKAT menyerahkan cenderahati kepada YAB Tan Sri Muhyiddin.

 WASWJ-18-minum petang

 Tan Sri Muhyiddin minum petang bersama peserta wacana.

 WASWJ-19-TPM-SalahUEM

YAB Tan Sri Muhyiddin turut bertemu dengan salah seorang anak lelaki Al-Marhum Ustaz Uthman El-Muhammady.

 WASWJ-20-TPM imam asar

YAB Tan Sri Muhyiddin kemudian mengimamkan solat asar di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.

 WASWJ-21-TPM doa

… dan memimpin bacaan doa,

 WASWJ-22-TPM mesra jemaah

… sambil bermesra dengan ahli Jemaah yang kebanyakkannya adalah peserta wacana,

 WASWJ-23-autograf

 … turut sempat menandatangan untuk adik Ahmad Ali.

WASWJ-24-TPM pulangYAB Tan Sri meninggalkan majlis.

 

 

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2014
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid