Merujuk kepada artikel Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?, ramai yang bertanya siapakah yang memulakan cerita palsu tersebut.
Memang saya tidak menyebut secara khusus sumber bermulanya cerita palsu itu dalam kiriman bertarikh 1 Jan 2015 tersebut. Namun, pada pagi tersebut, saya telah pun menerima beberapa kali mesej (telah dilampirkan pada artikel sebelum ini) yang menyalahkan projek pembinaan empangan Kenyir 2 sebagai punca “tsunami kecil” yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai. Sebab itulah saya telah menulis untuk menjawab tuduhan palsu yang langsung tidak masuk akal tersebut.
Saya telah memberi hujah (kerana sunnatullahnya) kenapa ianya MUSTAHIL untuk air takungan untuk projek empangan Kenyir 2 dari Sg. Tembat boleh mengalir untuk membanjiri Kelantan. (Bacalah bagi yang belum membaca: Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2? – jangan memberi komen yang boleh menyerlahkan sikap diri kita tanpa membaca dan faham terlebih dahulu)
Bagi menjawab siapa yang sebenarnya memulakan cerita palsu yang tidak masuk akal itu mungkin boleh saya kongsikan di sini status yang dikemaskinikan oleh Husam Musa di FB beliau. Kenyataan bertarikh 31 Dis 2014, “timestamped” pada 7:55 pagi, antara lain menyebut:
Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???
Kalau sebelum ini saya memanjangkan sebutan orang kampung mengenai empangan Jajar, ada pihak yg membetulkan.
Orang kampug mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dlm pembinaan.
Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.
Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.
Ayat terakhir di atas seolah telah mengSAHIHkan bahawa “limpahan dari situ menjadi punca” kepada banjir “TERPELIK” di Kelantan berpunca dari TNB kerana “Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua“.
Jika 600 lebih orang sudah “like” dan dikongsikan seramai 100 orang lagi – maka tidak mustahillah cerita palsu sebegini mudah tersebar dengan meluas.
Yang menjadi berganda kepada masalah ini ialah bagi pengikut yang terlalu fanatik, mereka tidak mahu menerima jawapan yang akan menyangkal cerita palsu pemimpin mereka.
Anda bagaimana?
********
Di bawah adalah info grafik yang memberi gambaran mustahil untuk air dari Sg. Tembat mampu untuk membanjiri Kelantan dengan begitu dahsyat sekali.
dan baca juga jawapan rasmi TNB yang mengambil masa 4 hari untuk jawab – KLIK
7 comments
Comments feed for this article
2 January, 2015 at 6:50 pm
Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2? | Karim's Blog
[…] [Baca juga: Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?] […]
2 January, 2015 at 10:56 pm
Salbiyyah Ismail
Apakah mereka fikir, di akhirat nanti mereka tidak akan di soal?
4 January, 2015 at 10:13 am
Kenyataan TNB Menjawab Fitnah Husam Musa | Karim's Blog
[…] Pada 31hb Disember 2014, Husam Musa menyalahkan kerja-kerja pembinaan projek empangan Kenyir 2 sebagai punca banjir di Kelantan. (Baca: Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan? […]
8 January, 2015 at 7:27 am
TerseNGEH-seNGEH dan TerNGA-NGA | Karim's Blog
[…] Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan? […]
8 January, 2015 at 10:13 am
Antara Lojing Dan Kenyir 2 – Kenapa Husam Pilih Kenyir 2? | Karim's Blog
[…] Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan? […]
4 September, 2016 at 11:31 am
Husam Hendak Ajak TG Nik Aziz Masuk PAN Di Akhirat Kelak | Karim's Blog
[…] Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan? […]
2 December, 2016 at 3:23 am
TNB JAWAB FITNAH HUSAM | 1 Malaysia
[…] Baca Sini…Sumbernya […]