Kesilapan besar “Mokhtar Dahari” yang gagal menjaring gol penting adalah akibat gagal memberi tumpuan kepada misi untuk menjaringkan gol kerana terganggu oleh rasa tidak selesa kemuncup di stokinnya.

mokhtar-kemuncupMokhtar yang sudah berada di hadapan gawang musuh ternyata silap kerana cuba mencabut kemuncup yang terlekat di stokinnya. Tumpuan Mokhtar sepatutnya adalah kepada bola di kakinya dan menolak terus ke pintu gol. Kenapakah di saat-saat penting sedemikian Mokhtar teralih tumpuan kepada kemuncup tersebut.

Sepatutnya sudah dapat gol. Sepatutnya jangan hilang tumpuan kepada misi perlawanan untuk menang. Gol tersebut amat penting. Jangan hilang fokus.

Begitulah suasananya yang sedang kita hadapi sekarang. Semakin dekat dengan pintu gol untuk mendapat kelulusan kepada cadangan pindaan Akta 355, semakin banyak gangguan “kemuncup”. Usah hilang fokus. Jangan dilayankan gangguan “kemuncup”.

Inilah saatnya kita mahu kemenangan tersebut. Inilah masanya untuk kita buktikan kita boleh berjaya. Bersama kita jayakan. Pedulikan sedikit ketidakselesaan dek kerana “kemuncup” itu.

Begitu juga bila berpasukan … di bawah pasukan Malaysia – jangan terbawa-bawa permusuhan semasa pelawanan pasukan negeri masing-masing – Pasukan Bolasepak Malaysia Akan Terus Gagal Jika Masih Pentingkan Pasukan Negeri Masing-masing

Jom bersama kita sokong cadangan pindaan Akta 355.

Baca tentang Cadangan Pindaan Akta 355: