Rabbi “GANAS” Yitzhak Shapira dari Israel, pengasas gereja Ahavat Ammi, pernah datang ke Tanah Air kita. Rabbi ini datang untuk satu program 4-hari di gereja Grace Assembly.

Gereja Ahavat Ammi Ministries ini adalah jenis “Messianic Jewish” yang ingin menyebarkan nama Yeshua kepada orang Yahudi (mendakyah Kristian kepada orang Yahudi). Ini adalah untuk tujuan kedatangan Jesus Christ sebelum Kiamat nanti (Jesus second coming).

Ajaran yang dibawa oleh Rabbi Shapira adalah selari dengan gerakan Kristian Zionis yang GANAS, yang mahukan Raja Zion (King of Glory – Jesus Christ) mentadbir Kerajaan Kristian Sedunia (Kingdom of Glory).

Dalam satu video ceramahnya di sebuah gereja di Amerika Syarikat, Rabbi kelahiran Israel ini menceritakan bahawa sekembalinya dia ke Israel, setelah tamat pengajian di Amerika Syarikat dan oleh kerana bidang kemahiran khusus yang dia menerima, dia ditempatkan di sebuah agensi penting rejim Zionis Israel (yang dia kata dia tidak boleh sebut nama agensi tersebut).

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam semasa majlis di Malaysia. Dalam gambar-gambar ini jelas melihatkan betapa mesranya paderi pemilik Pusat Latihan Bolasepak Brazil berpelukan dengan Rabbi “GANAS” Shapira. [baca lanjut: Brazil Footbal Centre Subang Jaya]Lihat juga BENDERA ISRAEL dikibar bangganya.

[Memang ada beberapa gereja di Malaysia yang mengibarkan BENDERA ISRAEL dalam majlis-majlis mereka – baca: Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!]

Gambar-gambar ini dan liputan sebegini saya perolehi dari laman dan portal luar negara (setakat ini sukar diperolehi dari laman gereja tempatan).

Persoalannya sekarang, kenapa Rabbi yang menyebarkan fahaman GANAS ini dijemput oleh sesetengah gereja di Tanah Air kita. Menjadi persoalan juga, lebih 1,000 orang mengikuti programnya yang diadakan di gereja Grace Assembly di Petaling Jaya, Selangor, apakah mereka ini sudah menerima pendekatan GANAS Rabbi Shapira?

Perhimpunan tersebut turut disertai oleh lebih 100 paderi termasuk dari 20 buah pelbagai negara. Tanah Air kita ditumpukan kerana negara kita adalah pusat kepada “Pintu Gerbang Emas” (Golden Gate) yang akan menghubungi dengan negara haram Israel.

Evangelis Kristian di Malaysia membesarkan serta menyambut peristiwa kota Jerusalem dirampas oleh Rejim Zionis ISRAEL -baca: Jerusalem Jubilee (1967) Lawan Memperingati Nakbah (1948)

Agenda dan misi sebegini mencabar kedaulatan Tanah Air kita. Sebarang bentuk niat, reka atau usaha untuk menyanggah kedaulatan YDP Agong adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 121B Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: