Apabila kita bercakap tentang ancaman gerakan pelampau evangelis Kristian, kita bukan omong-omong kosong. Kita bukan sahaja-sahaja hendak menakut-nakutkan. Kita menulis dengan fakta dan bukti.

buku2evangelisAlhamdulillah, semalam baru sampai beberapa buah buku lagi yang ditempah selama ini. Ini bermakna kenalah membelek-belek halaman-halaman penting demi memahami lagi agenda jahat memurtadkan umat Islam oleh musuh yang telah pun Allah sebut dalam ayat 120 surah Al Baqarah.

Memahami tentang missiologi berbeza dengan sahabat-sahabat yang bergiat dalam perbandingan agama. Missiologi adalah bidang tentang tipu helah kaedah-kaedah pendakyahan orang-orang Kristian. Bukan berdebat tentang di mana kesilapan dan percanggah Bible.

Untuk mendedahkan agenda jahat mereka, perlulah kita baca dan fahami bidang missiologi ini dengan buku-buku yang berlambak – terserah kepada kita sahaja untuk memilihnya. (kalau susah hendak cari tekan Amazondotcom je)

Maka, kepada mereka yang tidak habis-habis skeptic, dan mereka yang terlalu selesa dengan evangelis yang bermuka-muka, di dalam sesetengah buku ini telah pun didedah tentang sikap musuh orang Islam dari kalangan orang-orang Islam. Sikap orang-orang Islam yang diperbodohkan oleh evangelis pun dibicara supaya digunakan oleh mereka untuk membantu kerja tipu muslihat evangelis supaya orang Islam menghabiskan masa bertelingkahan sesama sendiri.

* rasa macam buku tentang HOPE atau “kisah tentang HARAPAN” tu hendak didahulukan … manalah tahu memudahkan untuk kita fahami kesungguhan orang yang mencari HARAPAN BARU

TSOH-leadersguide** malah buku tersebut telah diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu bertajuk “Kisah Tentang Harapan” … dan “panduan mengajar” untuk pembimbing “usrah” mereka pun boleh dimuat turun percuma …

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: