Saya telah kumpul berpuluh, mungkin sudah seratus jumlahnya, petikan kata-kata, tulisan, ucapan, rakaman video dan pelbagai lagi – kata-kata nista evangelis Kristian terhadap nama Allah. Mereka benci dan hina Allah.

Maka, persoalannya – KENAPA TUNTUT GUNA KALIMAH ALLAH?

Itulah jahat dan licik tipu daya strategi evangelis Kristian. Dalam pada ada yang tuntut hendak guna hingga ke Mahkamah Persekutuan, evangelis Kristian mengHINA nama suci Allah.

Sebab itu frasa yang paling tepat ialah bukan mereka tuntut untuk guna. Tetapi mereka tuntut untuk SALAH GUNA kalimah Allah.

Kaedah penggunaan istilah-istilah dan cara-budaya masyarakat setempat dalam menyebar ajaran sesat Kristian ini disebut kontekstualisasi. [baca; Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad] Mereka bukan sahaja ingin salah guna nama Allah, mereka juga cuba mengabui mata orang awam dengan mengguna pelbagai istilah lain yang lazim diguna dalam amalan agama Islam.

Kalau untuk Malaysia, Indonesia dan seumpamanya, mereka hendak salah guna kalimah Allah. Kalau untuk masyarakat Hindu, mereka akan tipu penganut Hindu dengan mengguna istilah Iswar/Iswara – tuhan Hindu.[baca: Nama Tuhan Kristian Ialah ISWAR? Bukan Jesus dan Bukan Allah?] Dan begitulah nama tuhan orang Kristian agaknya boleh ditukar-tukar. [baca: Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar]. Sedangkan Pope Benedict XVI sendiri tolak penggunaan nama Allah. [baca: Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?]

Dalam bentuk infografik di bawah, saya kumpulkan beberapa petikan dari pelbagai sumber evangelis Kristian sendiri, yang diungkapkan sendiri oleh tokoh-tokoh besar evangelis Kristian mereka yang benci dan hinakan nama Allah.

kristian-benci-namaallah

*******************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: