Ubah suai agama Kristian untuk orang Melayu, itulah pengertian mudah bagi memahami strategi yang dilakukan oleh pelampau evangelis Kristian hari ini. Itulah tipu helah licik untuk menarik serta memudahkan orang Islam Melayu murtad masuk Kristian. Inilah strategi KONTEKSTUALISASI (contextualization). [Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian]

Strategi kontekstualisasi ini akan “… menggunakan istilah-istilah dan cara/adat budaya dari masyarakat Islam itu sendiri …” (Muslim-focused church-planting strategy … uses the terms and forms from their Muslim community, not something from other religious communities). Mereka akan cuba memberi gambaran supaya agama Kristian ini tidak asing bagi masyarakat setempat.

Malah kontekstualisasi diperakui sebagai satu komponen penting dalam penyebaran agama Kristian yang efektif (Contextualization is an important component of effective Gospel ministry).

Tonton rakaman perbincangan tentang kontekstualisasi – [Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV]

Ada juga sesetengah dari pada pelampau evangelis Kristian yang mengatakan bahawa kontekstualisasi adalah suatu alat manipulasi untuk menarik orang murtad masuk Kristian (contextualization is deceptive manipulation to get converts).

comprehensive-contextualizationEvangelis Kristian sanggup membiarkan orang Islam yang dimurtadkan itu seolah kekal sebagai bagaikan seorang Islam cuma cukup dengan mengaku bahawa Jesus Christ itu sebagai tuhan (Instead of … making Muslims into Christians, we need to encourage and enable believers to continue their identification with their community as “Muslims,” but express their allegiance to Christ in Islamic terms and forms).

Bagi mereka, pentingnya kontekstualisasi ini sehingga jika tidak melakukan kontekstualisasi dalam terjemahan Bible akan mengakibatkan ianya menjadi sukar untuk difahami seolah meletakkan racun pula di dalam Bible yang diterjemahkan itu. (At every point we fail to fully contextualize translation of the Bible, we inject it with poison that renders it less appealing and weakens its power to penetrate Islamic society)

Maka ini akan menjadi penghalang untuk orang Islam murtad masuk Kristian (this puts unnecessary barriers in the way of Muslims coming to Christ).

Sebab itu mereka akan seberapa boleh menggunakan istilah-istilah yang lazim kita anggap sebagai istilah “Islamik” untuk memudahkan tipu helah ajaran sesat mereka. Ini kerana jika mereka kekal menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan agama Kristian tanpa dikontekstualisasikan ianya akan menjadi penghalang psikolgi dan emosi untuk orang Islam terima kesesatan Kristian. (Islamic language is needed for clear communication. Many Christian words are unknown or unclear to the Muslim and use of Christian language can raise psychological and emotional barriers against the message)

Itulah tajuk yang saya pilih di atas “Ubah Suai Agama Kristian Untuk Orang Melayu“, bahawa mereka ubah suaikan agama mereka supaya mudah untuk orang Melayu terima kesesatan mereka. Itulah di antara sebab mereka bersungguh mahu salah gunakan nama suci Allah. [baca: Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?]

Malah, untuk orang-orang Hindu, mereak ada strategi lain khusus untuk orang Hindu. Untuk orang Hindu, pelampau evangelis Kristian akan tukar nama tuhan mereka kepada Iswar/Iswara pulak! [baca: Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar dan ini Nama Tuhan Kristian Ialah ISWAR? Bukan Jesus dan Bukan Allah?]

baca ancaman ini … Malaysia Bakal Mempunyai Hubungan Diplomatik Dengan Israel

*******************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: