Dipanjatkan segala kesyukuran kepada Illahi Yang Maha Esa.

Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi s.a.w.

UPR-FA-Mac2014.pngAlhamdulillah, setelah membaca dengan teliti laporan kerajaan Malaysia merujuk kepada proses Penerimaan Terakhir (Final Adoption) di PPB Geneva “Report of the Working Group on the Universal Periodic Review”, nampaknya titik peluh usaha dan doa umat Islam seluruh Tanah Air telah berjaya untuk mengelakkan Negara kita ditimpa bencana yang bakal mendatang jika tuntutan melampau COMANGO diterima Kerajaan.

Daripada laporan tersebut nampaknya kerajaan bertegas dalam isu-isu penting yang melibatkan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bertolak ansur dalam menerima desakan untuk membawa masuk budaya seks songsang oleh talibarut musuh Islam yang dibiayai dengan dana besar oleh anasir luar.

Laporan tersebut boleh di baca dengan klik kepada imej di bawah. Rumusan lanjut akan disusuli oleh delegasi MuslimUPRo yang akan mengikuti sidang di Geneva sebentar nanti.

Namun demikian, kita teruskan berdoa agar sesi yang akan berlangsung petang ini berjalan baik memihak untuk umat Islam.

DAN … kerja kita tidak terhenti di sini. Jalannya masih panjang dan jauh. Dalam masa 4-5 tahun lagi, satu proses yang sama bakal kita lalui sekali lagi. Kita MESTI tetap terus berjuang untuk mendaulatkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Semoga Allah menghancurkan bala tentera anasir musuh yang telah menyelinap masuk di Tanah Air kita melalui pelbagai rupa NGO termasuk yang bertopengkan dengan nama Islam.

UPR-FA-Mac2014-1

Muka Surat -1

UPR-FA-Mac2014-2

Muka Surat -2

UPR-FA-Mac2014-3

Muka Surat -3

UPR-FA-Mac2014-4

Muka Surat -4

UPR-FA-Mac2014-5

Muka Surat -5

UPR-FA-Mac2014-6

Muka Surat -6

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin