Dalam menghadapi tuntutan-tuntutan COMANGO (klik untuk baca) dalam proses UPR (baca: Apa itu UPR? di sini) kita cuba lihat ketegasan pendirian kerajaan Malaysia sebelum ini apabila isu yang sama dibangkitkan.

OICSebagai contoh, pendirian kerajaan Malaysia adalah konsisten bersama Kumpulan OIC bagi hak Asasi Manusia semasa menolak Resolusi 17/19 PBB berkenaan hak-hak LGBT serta menarik diri dari Panel berkaitan Hak-hak berdasarkan Sexual Orientation & Gender Identity (SOGI) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland 14 Februari 2012.

Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian mereka dalam isu ini apabila menolak tuntutan memasukkan hak-hak LGBT dari dimasukkan ke dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada 17 & 18 November 2012.

ASEANMalah ASEAN sebagai kelompok negara di rantau ini turut bertegas apabila Danny Lee, Pengarah Pembangunan Masyarakat, Sekretariat ASEAN menegaskan:

“Pengisytiharan tersebut adalah dengan sendirinya merupakan mercu tanda. Apabila kamu memikirkan tentangnya, mempunyai 10 negeri dengan perlembagaan yang berbeza-beza untuk bersetuju terhadap sesuatu perkara bukannya senang …Di negara-negara ASEAN, kebebasan sepenuhnya tidak mungkin dapat dinikmati kerana terdapat begitu banyak agama dan perbezaan etnik.”

Dengan asas pendirian sebegini kita sama-sama mengharapkan delegasi Malaysia yang bakal hadir untuk proses UPR di Geneva nanti turut bertegas menolak tuntutan-tuntutan COMANGO, yang dilihat sebagai menjadi talibarut asing. Kita sama-sama doakan agar delegasi Malaysia diberi kekuatan serta bertegas dengan pendirian menolak tuntutan-tuntuntan yang songsang dan menyanggahi kedaulatan Tanah Air kita.

Prinsip-prinsip dan deklrasi PBB bukan suatu yang mengikatkan mana-mana negara untuk tunduk sepenuhnya kerana Tanah Air kita adalah sebuah negara berdaulat yang mempunyai asas-asas Perlembagaannya tersendiri.

Sebagai contoh, negara Israel pada awal tahun ini bertindak untuk keluar dari proses UPR apabila menghadapi tekanan dalam isu-isu yang mereka rasakan bercanggah dengan pendirian negara mereka. Di mana taring negara-negara kuasa besar yang “memperjuangkan hak asasi kemanusiaan” dalam menuntut kepatuhan terhadap Israel dalam semakan hak asasi manusia ini?

… bersambung … insha Allah kita lihat sedikit sejarah Deklarasi Hak Asasi Manusia ini.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR: