Apakah The Malaysian Insider (TMI) gemar membela agenda puak-puak pelampau evangelis Kristian? TMI dilihat sentiasa akan mengapi-apikan situasi hingga menimbul kesangsian apakah mereka mempunyai niat jahat dalam membawa isu-isu kristianisasi di Tanah Air kita.

Terbaru, TMI menghangatkan kembali isu seminar membongkar agenda jahat Kristinisasi di Tanah Air kita dengan laporan mereka hari ini bertajuk “Why no action on UiTM anti-Christianity seminar after 8 months, ask complainants”.

Timbalan Perdana Menteri telahpun menjelaskan isu seminar tersebut bahawa ianya adalah suatu perbincangan intelektual. (baca: TPM: Seminar anti-Kristian UiTM hanya perbincangan intelektual)

Yang diungkit oleh TMI hari ini ialah:

At the May 6 seminar, which featured speakers from Indonesia, the audience was told that undercover Christian priests had been sent to Malaysia under different guises, including working with Muslim children as football coaches, to proselytise and convert Muslims.

Tweet Gereja Brazil Murtad anak MelayuMemang benar. Memang ada paderi yang menyamar sebagai jurulatih bolasepak. Saya yang dedahkan dalam seminar itu bahawa ada paderi Kristian yang dihantar oleh gereja luar negara dan dirancang bersama gereja di Tanah Air kita khusus untuk murtadkan orang Melayu. Noktah.

Betapa jahatnya TMI ini, persoalan tersebut saya sudah pun jawab sebelum ini apabila mereka melaporkan (6 Mei 2014):

A Muslim non-governmental organisation has warned of undercover Christian priests who have been sent to Malaysia under different guises to proselytise and convert Muslims. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) president Abdul Karim Omar‎ said these “undercover priests” worked with Muslim children as football coaches and others.

[fakta TMI pun salah – saya bukan Presiden Muafakat]

Saya sudah katakan sebelum ini bahawa “Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak” (klik untuk baca) dan saya turut mempertegaskan lagi, apabila TMI mengangkat Mujahid Rawa sebagai tokoh “salibiyah evangelis” (mungkin inilah pengiktirafan untuk anak bekas pemimpin Parti Islam SeMalaysia), bahawa memang saya ada bukti “Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak” (klik untuk baca).

Newsweek-bible sin-Jan2015TMI turut mengatakan bahawa seminar tersebut “belittled the Bible by alleging that it contained “tales””. Memang betul Bible itu penuh dengan kepalsuan dan segala penipuan. Bukan setakat kita-kita sahaja yang kata. Ini dilaporkan oleh Majalah antarabangsa “NEWSWEEK” baru dua minggu lepas! (klik untuk baca) Bible itu dibukukan hasil dari:

a translation of translations of translations of hand-copied copies of copies of copies of copies, and on and on, hundreds of times.

Pencatatan Bible itu terputus “sanad”nya berkali-kali. Malah Newsweek menyenaraikan pelbagai kepalsuan yang terkadung di dalam Bible dan mengambarkan seolah-olah ada suatu konspirasi untuk meminda ajaran asal Nabi Isa a.s. menjadi suatu penyembahan dewa Greek dan berevolusi dari tuhan yang satu menjadi sembahan kepada dua tuhan dan akhir tuhan tiga (triniti).

Apakah TMI sebenarnya mempunyai agenda mengalih perhatian dari pendedahan Newsweek tersebut? Apakah TMI sememangnya mempunyai agenda jahat? Ini bukan pertama kali bagi TMI. Baca: Malaysian Insider Medan Penghasut dan Pelampau Agama dan Apakah Sebenarnya Agenda Malaysiakini dan MalaysianInsider Yang Marah Apabila Strategi Gerakan Kristian Didedahkan?

Blogger Helen Ang telah beberapa kali dengan panjang lebar membongkar agenda jahat pelampau EVANGELISTA Kristian di Tanah Air ini – baca: UiTM seminar accused of whipping up anti-Christian sentiments. Malah Helen Ang turut memberi gambaran bahawa orang Islam mungkin mengalami nasib seperti negara Islam Nigeria yang kini sudah hilang majoriti kepada penganut Kristian. Itu mungkin terjadi. Malah menurut Helen Ang lagi – Korea Selatan kini sudah pun menjadi negara majoriti Kristian walaupun penganut Kristian kurang dari 0.5% 100 tahun lalu.

Wahai umat Islam di Tanah Melayu ini, janganlah dikau jadikan bumi ini sebagai kubu terakhir sepertimana Granada jatuh pada tahun 1492 sekali gus menamatkan Islam di Andalusia. 

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: