Kita ingin melihat dua perspektif yang berbeza tentang cara penyelesaian isu kalimah Allah dari dua orang pejuang untuk puak Kristian di Malaysia.

1. Maximus J Ongkili, Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau

DailyExpress-MaxOngkili-7Feb2014

Maximus Ongkili berkata bahawa penggunaan kalimah Allah itu bukan KRITIKAL malah tidak menggunanya tidak akan menjejas kualiti pengamalan agamanya

Akhbar Daily Express, 7 Feb 2014, melaporkan bahawa Maximus “became the first Christian Minister in the Federal Cabinet to openly distance himself from the church action of seeking a court solution on the use of the word “Allah” in Christian worship”. Maximus laporkan berkata:

“… if ‘Allah’ is critical in my prayers, then I can understand the sentiment. But if other words carry the same meaning (in addressing God), then I will not want to hurt others whose views are different from mine …” “Besides Allah, I can always address God as Bapa Syurga in Bahasa, my native dialect ‘Kinorohingan’ Bapa Syruga, or Latin/Hebrew Jehovah, Yahweh and Trinity God in English. Using such terms does not in any way affect the quality of my worship.”

Kata-kata sebegini datangnya dari seorang yang beragama Kristian yang memperakui bahawa nama suci Allah itu bukan suatu istilah yang “KRITIKAL” dalam upacara keagamaan Kristian. Inilah juga yang disebut dalam penghakiman yang dibuat oleh Hakim Zawawi Haji Salleh dalam rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan tahun lalu, bahawa penggunaan nama suci Allah itu bukan suatu yang integral yang dimestikan penggunaannya dalam ajaran Kristian. Pendirian Maximus Ongkili ini jauh berbezanya dengan seorang lagi pejuang untuk penganut agama Kristian di bawah ini.

2. Anwar Ibrahim, pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang tidak pernah dipilih secara demokratik

CT-paderi larang AlhamdulillahKesungguhan Anwar untuk menjadi jagoan di kalangan orang-orang Kristian dalam meraih undi mereka tidak dapat disangsi lagi. Saban hari sudah menjadi suatu zikir wajib untuk Anwar sebut di mana-mana ceramah. Terbaru, di dalam ucapannya di gereja Holy Family Kajang semalam (16 Feb 2014), beliau sekali lagi mempermainkan isu ini dengan mengatakan orang Kristian terpaksa berkata “Alhamdu Lord” kerana “adanya larangan” untuk orang Kristian menyebut Allah. Ini sudah menjadi berapa kali bodoh? (boleh baca ulasan saya sebelum ini: Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim! – saya sudah banyak kali sebut semenjak isu ini bermula bahawa kita tidak paksakan orang Kristian panggil “Abdul God” kepada kawan mereka yang bernama Abdullah) Allah-is blackstoneSebenarnya orang Kristian DILARANG MENYEBUT Alhamdulillah oleh paderi mereka sendiri. Lihat petikan dari majalah mereka sendiri “Christianity Today”, bahawa paderi Kristian ini yang melarang orang-orang Islam yang sudah murtad dan masuk agama Kristian dari berterusan menyebut nama Allah:

He asked me to not use the term Allah because Allah is evil, Allah is the Devil, Allah is the black stone, Allah is an idol.

Terjemahannya:

Dia (paderi itu) melarang saya guna kalimah Allah kerana Allah jahat, Allah adalah Syaitan, Allah adalah batu hitam (Kaabah), Allah itu adalah berhala.

Sungguh aneh. Ketua pemimpin Kristian yang tidak bersetuju dengan tuntutan penggunaan kalimah Allah, orang Islam pula yang bersungguh hendak paksakan tuntutan ini diteruskan. Apakah perlu keruhkan suasana ini? Apakah motif dan tujuan Anwar? Apakah kita masih tidak dapat bezakan? Apakah kita masih mahu membiarkan paderi-paderi sebegini berterusan menghina nama suci Allah? Apakah kita masih redha?

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: