myvi merahLaporan tersebar petang ini melalui pelbagai media social facebook, whatsapp, twitter dan pelbagai lagi menyebut dengan ringkas kenderaan MYVI berwarna MERAH bernombor pendaftaran BXM 2345. Sesetengah mesej yang dikirim itu beserta dengan gambar yang tertera sebelah.

Gempar masyarakat bertanya dan menuduh agensi kerajaan kerana dikatakan menahan kereta MYVI yang dipandu oleh seorang wanita tua yang bersama di dalamnya cucu-cucunya yang kecil.

Begitulah mudahnya berita tersebar. Kemudian baru kita akan bertanya kenapa. Kadang-kadang kenapa kereta itu ditahan tidak timbul kerana kesian nenek yang tua memandu yang ditahan dan dibawa ke balai polis dan dimasukkan lokap menunggu keesokkannya untuk direman.

Dengan sedikit siasatan mungkin kita dapat tahu bahawa rupanya kereta tersebut ketika ditahan disuatu operasi oleh polis bahagian narkotik rupanya sudah menerima aduan dan laporan dari orang ramai bahawa di dalam kereta tersebut ada sebungkus dadah. Dan nenek yang memandu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Senario kereta merah yang bernombor BXM2345 tersebut bukan ditahan kerana dipandu oleh nenek tua. Bukan juga kerana ianya jenama MYVI. Bukan juga kerana ianya berwarna merah dan bukan juga semata-mata kerana nombor pendaftarannya.

Ianya ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Begitulah contoh mudah untuk kita fahami isu terkini berhubung tindakan JAIS untuk merampas 351 buah naskah bahan bercetak di premis Persatuan Bible Malaysia.

Bahan-bahan cetak atau buku yang dirampas oleh pihak pengkuatkuasa JAIS kerana buku-buku tersebut melanggar Seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Negeri Selangor. Dalam Seksyen 9 tersebut disebut 35 istilah yang dilarang untuk digunakan dalam penerbitan bercetak tersebut – antaranya adalah kalimah Allah. Ini enakmen negeri! Bukan peraturan reka-rekaan yang dibuat-buat.

Secara kebetulan, buku-buku tersebut adalah terjemahan Bible dalam bahasa Melayu dan seumpamanya.

Siapa salah? Anda jawab …

***************************************************

Bacaan berkaitan: